
Ahad, 20 Disember 2009
Sibuk seketika
Menjaga hati kekasih... yang ramai orang mementingkannya....Mengapa??? Tanyalah kepada mereka yang sedang bercinta.....
Tahun 2009.....ditolak ke dalam sampah....
Tahun 2010.....disambut dengan azam yang kuat........
Isnin, 30 November 2009
Kesetiaan
Jumaat, 27 November 2009
Selamat Hari Raya Aidil Adha
Telah tiba Aidil Adha untuk disambut dengan penuh semangat pengorbanan. Pengorbanan yang tulus suci, ikhlas dan redha dengan segala-galanya.
Senikata lagu" berkorban apa saja, harta atau pun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia...' Ya, setiap pengorbanan ada hasilnya. Jangan berkorban jika tidak ada balasan. Balasannya adalah pahala dari Ilahi. Untuk mendpat pahala bukanlah semudah menyanyikan lagu berkorban apa saja....
Tidak ramai yang sanggup berkorban. Contoh yang paling jelas, jika ada ahli keluarga, walau isteri atau suami sekali pun yang memerlukan buah pinggang, adakah sanggup dermakan satu untuk orang yang kita kata sayang tadi???? Cuba renung diri kita sendiri....
Akan banyak alasan yang diberi untuk mengelakkan dari menderma...
Saya sekadar mengingatkan diri saya sendiri juga........
Dalam menjalani ibadah QURBAN ini kita jarang sekali memikirkan tujuan kita berkorban...Kita hanya fikir mengikut sunnah....Tapi tidak ramai yang merenung hikmah korban.....Sebab itu kadang-kadang akan ada yang berkata"aku berkorban setiap tahun, bukan ramai macam aku ni...." bayangkan apa yang dia dapat?
1. Menambah amal kebajikan.
Sabda Rasullah SAW: "Qurban itu bagi tuannya dgn setiap bulunya adalah kebajikan". (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
2. Sebagai penebus dosa.
Sabda Rasullah SAW kpd Sayyidatina Fatimah:"Hai Fatimah,berdirilah di sisi qurban mu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yg pertama itu pengampunan bagimu atas dosa2mu yg telah lalu".. (Hadis riwayat al-Bazzar & Ibnu Hibban)
3. Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.
Sabda Rasullah SAW: "Wahai manusia, sembelihlah qurban dgn mengharapkan pahala drp Allah dgn darahnya, bahwa sesungguhnya darah qurban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yg mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani)
Rasulullah SAW pernah bersabda: "Tiada dibuat oleh anak Adam pd Hari Raya Adha akan sesuatu amal yg lebih disukai oleh Allah Ta'ala drp menumpahkan darah (menyembelih qurban). Bahwa korban itu dtg pada hari kiamat dgn tunduk2nya, bulu2nya dan kuku2nya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yg mulia di sisi Allah sblm darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat qurban itu dgn hati yg bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)
4. Akan memperolehi kenderaan/tungganga n ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak.
Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu krn ia menjadi tunggangan kamu di titian pd hari kiamat
Ahad, 22 November 2009
Menghargai Pemberian....
Kata R, selepas Kem Keluarga 2006, dia jatuh cinta dengan salah seorang peserta program iaitu P. Percintaan mereka berjalan hampir enam bulan sehinggalah P dihalang oleh keluarganya atas sebab-sebab tertentu.
R kata lagi, dia sangat menyintai dan menyayangi P dan demikian juga P. Tetapi kerana keluarga, R dan P berpisah juga secara fizikal tetapi hati masih tidak berubah. Walau bagaimanapun, R terasa sangat kecewa dan kecil hati.kerana segala pemberiannya telah dimusnahkan oleh P atas alasan dipaksa oleh keluarganya sedangkan R terus menyimpan segala pemberian dan kenangan dengan sebaik-baiknya kerana R yakin hubungan kasih itu akan ada kesinambungan.
Selepas hampir dua tahun berlalu, tetiba cinta itu benar bersambung semula menerusi suatu pertemuan yang tidak disengajakan. Bunga-bunga cinta berkembang semula. Namun suatu malam, R berkata ketika dia membuka sebuah beg lama, dia terjumpa beberapa barang yang hampir sama dengan pemberiannya kepada P. Saat itu R jadi murung memikirkan kesanggupan P memusnahkan semua pemberiannya selepas cinta terhalang oleh ugutan keluarga. Sedangkan pemberian itu sangat besar maknannya pada R. R merasakan jika P benar-benar kasihkannya, dia tidak sepatutnya musnahkan semua pemberiannya. Dia perlu menghargai pemberian dari seorang yang sangat dicintainya. Namun tidak untuk P. Dia lupuskan semua kenangan walaupun kata P kenangan dalam mindanya tidak pernah luput. Tetapi hati R sangat kecewa dengan tindakan P.
Jadi bila terkenangkan tindakan P itu, hatinya secara mendadak mulai pudar dan terus pudar. Dia cuba jadikan P sebagai kawannya tetapi gagal kerana baginya bekas kekasih tidak boleh jadi kawan melainkan kekasih juga…..
Saya yang mendengar cerita itu terfikir juga bahawa hati lelaki juga sangat sensitif. Menghargai pemberian sama juga menghargai orangnya. Bayangkan bagaimana perasaan hati orang yang memberi jika kita membuang pemberiannya dengan alasan yang boleh dielakkan. Contohnya jiran memberi kita kueh, katakan kueh itu tidak sedap lalu kita membuangnya di halaman rumahnya. BAYANGKAN……!!
Moral cerita R dan P ini ialah:- Hargailah pemberian setiap insan. Mengikut riwayat yang pernah saya dengar (kalau silap riwayat sila tegur), Nabi Muhammad s.a.w pernah diberi beberapa buah limau yang sangat masam oleh musuhnya yang ingin menduga tentang peribadi Rasulullah. Baginda memakan kesemua buah limau itu sambil tersenyum di hadapan orang yang memberi dan sahabat Rasulullah. Tujuan baginda Rasulullah makan sambil tersenyum ialah untuk tidak mengecilkan hati musuhnya. Jika dia mengerutkan kening ketika makan kerana buah yang masam, pasti musuhnya akan kecil hati…..Baginda juga makan kesemua limau itu tanpa memberi kepada sahabat-sahabatnya bimbang kalau-kalau sahabatnya tidak boleh tahan dengan kemasanan buah limau itu dan menunjukkan reaksi kurang menyenangkan kepada pemberi buah…. Itu musuh tu… Maknanya musuhpun kita kena hargai pemberiannya… apa lagi pemberian kekasih…..!!!
Sabtu, 14 November 2009
70 DOSA BESAR
Raja Abdul Aziz Raja Bakar, dari Penang mengirim pesanan ini ke dalam e-mail saya. Mari kita berkongsi pengetahuan ini dengan rasa penuh keinsafan....Insya Allah. Tanpa mengedit saya siarkan sepenuhnya.
DOSA-DOSA BESAR
1. Syirik (secara tak sedar pun ada...tapi dah selalu....jadi laa DOSA BESAR)
2.. Membunuh Manusia
3. Sihir
4. Tinggal Sembahyang (yang selalu di lakukan)
5. Tidak Mengeluarkan Zakat
6. Tidak Berpuasa (yang selalu di lakukan)
7. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan
8. Derhaka Kepada Ibu Bapa (yang selalu di lakukan)
9. Memutuskan Silatulraham
10.Berzina (individu tertentu)
11.Homosex
12.Memakan Riba
13.Memakan Harta Anak Yatim
14.Mendustakan Allah S.W.T dan Rasul
15.Lari dari Medan Perang
16.Sombong (yang selalu di lakukan)
17.Saksi Palsu
18.Meminum Arak(individu tertentu)
19.Pemimpin Yang Penipu dan Kejam
20.Berjudi (yang selalu di lakukan-secara tak sengaja)
21.Menuduh orang baik melakukan Zina
22.Menipu harta rampasan Perang
23.Mencuri
24.Merompak
25.Sumpah Palsu (HOT)
26.Berlaku Zalim
27.Pemungut cukai yang Zalim
28.Makan dari kekayaan yang Haram (skim2)
29.Bunuh Diri
30.Berbohong (yang selalu di lakukan)
31.Hakim yang Tidak adil (HOT)
32.Rasuah (HOT)
33.Wanita yang menyerupai Lelaki (dah banyak)
34.Tidak Cemburu
35. Cina Buta
36.Tidak Suci Hadas kecil
37.RIAK Mempamerkan Diri (yang selalu di lakukan)
38.Ulamak Dunia (jahat)
39.Khianat (yang selalu di lakukan)
40.Mengungkit- Ungkit Pemberian (yang selalu di lakukan)
41.Mengingkari Takdir
42.Mencari Kesalahan Orang lain (yang selalu di lakukan)
43.Menabur Fitnah (yang selalu di lakukan)
44.Mengutuk Umat Islam ( HARI-HARI)
45.Mengingkari Janji (individu tertentu)
46.Percaya Kepada Sihir dan Nujum
47.Derhaka kepada Suami (amalan isteri)
48.Gambar pada Baju (hari-hari)
49.Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala
50.Menggangu Orang lain (hari-hari)
51.Berbuat Zalim terhadap yg lemah
52.Menggangu Tetangga
53.Menyakiti dan Memaki Orang Islam (HOT)
54.Derhaka kepada Hamba Allah S.W.T dan menggangap dirinya baik
55.Melabuhkan Pakaian
56.Lelaki yang memakai Sutera dan Emas
57.Hamba Lari dari Tuan
58.Sembelihan Untuk Selain Dari Allah S.W.T
59.Menjadi Pak Sanggup (HOT)
60.Berdebat dan Bermusuh (HOT kat media)
61.Enggan Memberi Kelebihan Air
62.Mengurangkan Timbangan
63.Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah S.W.T
64.Putus Asa Dari Rahmat Allah S.W.T
65..Meninggalkan Sembahyang Berjemaah (hari-hari)
66.Meninggalkan Sembahyang Jumaat (setengah individu jgn lebih 3 kali dah laa....idea&fatwa bodoh)
67.Menguragi Wasiat
68.Menipu (Hari-hari)
69.Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain
70.Mencela Nabi dan Sahabat
Semoga kita semua terhindar dari segala dosa walau sekecil-kecil dosa.... Amin Ya Rabbal alamin
Jumaat, 13 November 2009
Sejarah Mengajar Kita

Rabu, 4 November 2009
Nilai Pembaziran....

Isnin, 26 Oktober 2009
SBGP dan EPC

Jumaat, 23 Oktober 2009
Puisi Kenangan
Selasa, 20 Oktober 2009
Merindu...
Ahad, 11 Oktober 2009
Pilihanraya Kecil Bagan Pinang
Pada fikiran saya orang ramai mungkin mengambilkeputusan memilihnya ada beberapa sebab. Pertama mungkin itu pilihan ketua parti mereka lalu mereka kena patuh. Kedua mungkin mereka fikir calun tersebut sudah insaf. Lagipun bukan ditahan di penjara. Tidak digelar banduan. Yang duduk dalam tahanan ISA boleh menang. Ketiga mereka terlampau bencikan pembangkang.
Pada pendapat saya, masyarakat kita lupa seketika kata-kata mantan seorang Perdana Menteri yang berbunyi, "kita bukan sahaja kena bersih tetapi mesti nampak bersih...."
Walau bagaimanapun, kehendak Tuhan mengatasi segala-galanya. Ada hikmat dan pengajaran yang akan diberikan selepas ini. Yang menang bukan bermakna menang sebenar-benarnya dan yang kalah sebaliknya juga.
Saya rasa jika semua pengundi menghayati artikel Bekas Mufti Perlis dalam blognya Minda Tajdid sebelum pergi mengundi, keputusan mungkin bukan seperti yang kita dapati hari ini. Tetapi menghayati bukan dengan iman tidak banyak membantu......
Pengajaran awal yang saya perolehi, jika sudah terlalu taksub, letak calun tunggul kayu pun boleh menang. Tidak kira parti mana.....
Isnin, 28 September 2009
Persepsi Merajuk
Setiap insan pasti pernah merajuk. Merajuk adalah satu perlepasan perasaan untuk menyatakan kerendahan diri, hati terasa, sedih, untuk menginsafi, untuk muhasabah diri, menyatakan perasaan kecil hati atau dan berbagai tujuan lagi.
Cara merajuk pun ada macam cara. Sesetengahnya menyepikan diri, yang ada jawatan ugut atau terus lepaskan jawatannya, yang ada kawan memulaukan diri sendiri dan lain orang lain rajuknya.
Pada yang ada kekasih, akan merajuk dengan tujuan untuk dipujuk agar kemesraan dapat dilebihkan. Ada juga kekasih merajuk untuk menilai sejauh mana sayangnya dia kepada kekasihnya.
Tetapi merajuk yang saya ingin ketengahkan kali ini adalah rajuk seorang kerana usahanya tidak dihrgai, malah diperlekehkan. Bila diperlakukan begitu...... Tuhan sahaja tahu betapa kecilnya hati.....
Ada seorang yang berusaha membawa kemajuan pada sebuah rumah kebajikan. Dia bekerja siang malam tanpa memikirkan upah kerana memang itu kerja kebajikan. Tujuannya satu iaitu untuk kepentingan orang lain. Baginya, dirinya tidak penting asalkan dia dapat buat kebajikan dengan seikhlas seadanya. Dia gunakan segala pengalaman, kebijaksanaan dan ruang masanya semata-mata untuk rumah kebajikan dan penghuninya.
Malangnya apabila timbul satu masalah yang ditimbulkan orang lain, tiba-tiba dia dipersalahkan dengan sepenuhnya. Sapa yang tidak kecil hati bila diucapkan, "awak sebenarnya tidak perlu ada di rumah kebajikan ini....cukuplah datang sekali sekala sahaja untuk memantau...."
Terasa tidak dihargai dengan segala usaha yang dilakukan, akhirnya seorang itu menyepikan diri dan merasa dirinya seperti kacang... sudah dapat isi, kulitnya dibuang.....
Juga.... Masa perlu ditatang, masa bosan ditendang..... Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi..... masa belajar jadi pelajar, sudah pandai kurang ajar....(kasar ke? maaf)....
...dan banyak lagi perumpamaan yang boleh dibandingkan tetapi apa gunanya kalau yang terlibat tetap tidak terasa apa-apa... malah mencebih bibir menganggap seorang itu yang salah faham... seorang itu yang tidak mahu mengakui kesilapannya... dan pelbagai anggapan lagi..... sekali lagi seorang itu dipersalahkan kerana mudah sangat merajuk....
...dan yang dapat dikenalpasti.... panas setahun cukuplah dengan hujan sehari.... habis semua basah...maknanya.. buatlah baik sebanyak manapun tetapi jika sekali buat salah... yang salah itulah akan dikenang orang.... segala jasa budi dan pengorbanan selama ini hilang entah kemana... adilkah dunia???
Ahad, 20 September 2009
Lebaran 1430H telah tiba.
Yang suka mengumpat akan mengurangkan aktiviti tersebut. Yang lelaki apabila masuk waktu Isyak, masing-masing berjemaah di masjid untuk bertarawih. Wanita juga begitu. Tetapi itu yang suka dengan ibadat dan tahu kelebihan bulan Ramadan. Yang tidak sedar diri, baginya sama sahaja bulan mana-mana pun. Tidak akan terdetik apa-apa dalam sanubarinya kecuali berharap cepat-cepat bulan Ramadan berlalu....
Pada Hari bahagia Aidilfitri ini, pelbagai ucapan diterima sama ada melalui kad ucapan atau menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), e-mail dan lain-lain. SMS paling popular. Saya ingin kemukakan beberapa petikan ucapan menerusi SMS yang masuk ke dalam telefon saya.
"Jika kesilapan semalam belum terampun, maafkanlah. Jika Kesilapan Hari ini menyakitkan hati lupakanlah, jika kesilapan esok datang, janganlah bawa ke akhirat. Ingin saya menyusun sepuluh jari, mohon kemaafan zahir dan batin. SALAM AIDILFITRI."
"Tiba Syawal berakhir Ramadan, Aidilfitri menghujung puasa, tangan dihulur simbol bermaafan, hening bersih segunung dosa, Selamat Hari Raya Aidilfitri."
Begitulah antara SMS yang saya terima sepanjang tahun ini....
KESEMPATAN INI SAYA MENGUCAPKAN RIBUAN AMPUN DAN MAAF JIKA SEPANJANG MENGENDALIKAN BLOG INI ADA MENGGURISKAN HATI SESIAPA. TIDAK ADA NIAT SEDEMIKIAN......
SELAMAT HARI RAYA....MAAF ZAHIR DAN BATIN......
Selasa, 15 September 2009
Cinta sebelum & Selepas Kahwin
Cinta sebelum kahwin dan selepas kahwin ada perbezaan. Saya ingin memberi pandangan saya secara peribadi untuk kita sama-sama fikir. Pada pendapat saya cinta sebelum kahwin dan kemudian kahwin lebih bahagia daripada cinta selepas kahwin. Bahagia di sini maksudnya kebahagian jiwa. Saya katakan begitu kerana cinta sebelum kahwin akan memberi peluang kepada kita merasai kemanisan cinta sebenar sebab kita ada 'target' kenikmatan selepas diijabkabul. Kita menanti saat itu, kita menghitung hari menunggu saat dinikahkan kemudian menjalani kehidupan rumahtangga dengan orang yang sudah tentu kita menyayanginya. Semasa kahwin, kita merasakan kitalah yang paling bahagia dalam dunia ini. Selepas itu perjalanan cinta biasanya akan mengikut sumpah setia janji sebelum ini..... Kita mendapat tiga kebahagiaan, sebelum, semasa dan selepas kahwin..... Selepas malam pertama (jika berlaku) kita akan tahu bahawa kita memang menyintainya)
Tetapi cinta selepas kahwin, kita diburu dilema samada kita boleh atau tidak menerima cinta pasangan kita. Kita terasa dikongkong kerana tidak berupaya memilih sendiri jodoh. Kita lebih kepada 'ikutlah'. Untuk menempuh keserasian cinta dengan pasangan sesuatu yang susah untuk dibentuk. Kita lebih kepada menerima seadanya. Kita bagaikan terpaksa menyintai pasangan kita walaupun bukan lahir dari hati. Kita tidak mesra dengan pasangan. Lebih kepada menggalas tanggungjawab. Perasaan cinta tidak menonjol tetapi lebih kepada perasaan suka atau sayang saja.
Mereka yang bercinta selepas kahwin akan merasai sayang dan suka hanya selepas malam pertama. Mereka 'gilakan' pasangan mereka kerana 'kenikmatan' yang dirasai pada malam pertama. Itulah cinta yang mereka rasakan walaupun pasangan mereka bukan kehendak hati sebenar. (Mungkin kalau tidak ada kenikmatan malam pertama, tidak akan ada cinta bagi mereka.....?)
Tidak mustahil mereka yang bercinta selepas kahwin akan mengimpikan cinta sebelum kahwin apabila sudah kahwin nanti. Sebab itu walaupun sudah kahwin, sesetengah ada yang cuba 'pasang' seorang lagi untuk merasa kenikmatan cinta sebelum kahwin.
ARTIKEL INI TIDAK BERNIAT UNTUK MELUKAKAN HATI SESIAPA. SEKADAR PENDAPAT PERIBADI YANG HANYA DISOKONG ILHAM FIKIR SAHAJA. Harap Maaf.
Jumaat, 11 September 2009
Taksub Kepada Bomoh
Tetapi walaupun bomoh itu memberi minum air jampi dan sebagainya isteri K tetap tidak berubah sentiasa sibuk dengan tugasnya di syarikat Z. Isteri K tetap tidak mahu berhenti kerja walaupun K memaksanya. K terus berusaha mencari bomoh lain sehinggalah mencecah dua puluh orang. Yang peliknya, kalau Tok Alim atau Tok Lebai kata isteri K bukan terkena buatan orang tetapi memang perangai isterinya, K tidak mempercayainya tetapi jika ada bomoh khurafat berkata dibuat orang dia terus percaya dan menuduh kawannya Z.
Bukan setakat itu sahaja, K membawa cerita kepada semua kaum keluarga dan kawan-kawannya bahawa Z mengilmukan isterinya. Habis keluarganya mengancam hendak membelasah Z. Bahkan bapa K cuba merempuh Z ketika bertemu di masjid. Mujur tidak terjadi kes.
Z kata kalau betul dia ada ilmu boleh membuat orang gilakan dia, dia tidak akan ilmukan isteri K yang sudah mempunyai 8 orang anak itu. Kalau betul dia ada dia akan ilmukan anak dara......
Isteri K tidak juga berubah walaupun dah berpuluh bomoh ditemuinya. K semakin taksub kepada bomoh. Sebut saja ada bomoh dia akan jumpa walaupun habis beratus ringgit. Isteri K kata kenapa suaminya tidak minta bomoh-bomoh yang dia jumpa itu membuat pembenci supaya dia membenci kepada Z dan tidak bekerja di situ lagi. Dia bekerja kerana ada alasan tersendiri.
Walau bagaimanapun untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku berikutan K sendiri mengancam Z, maka Z memberi cuti tanpa gaji kepada isteri K untuk meredakan keadaan. Namun begitu, K sentiasa mengancam Z. Hubungan persahabatan sudah putus......
(Cerita ini banyak yang boleh dipersoalkan.........................)
Isnin, 7 September 2009
Kenangan Silam - Memori Remaja.
karam tanpa kematian
pulau bahagia hanyut tenggelam
mata tercapai tangan tak sampai.
I - Musim berganti zaman
variasi memisahkan perjalanan
remajamu melangkah dewasa
harapan memuncak ketandusan upaya
kau berlegar di ruang masa
aku menanti dalam mitosis usia
terpaku di depan tabir waktu.
Lagenda uda dan dara
mimpi sekadar melembutkan perasaan
lalu terjaga diulit keresahan
bangkit memandang pilu
setitik
setitik
airmata membilang bilah-bilah kehampaan
kau dengan mercu kejayaan
melangkah membina sempadan kita.
II - Saat tawa memenuhi kerianganmu
aku menyusur luka-luka duka
menyentuhi serpihan cinta terpadam
ketewasan dari pengemisan semalam
menghantar aku ke dasar kekecewaan.
Pengemis-pengemis seperti aku
dinafikan ruang teduh cinta
membiarkan kasih bertaburan, bergelimpangan
kepanasan dibakar penantian
kedinginan diselimuti kerinduan
Realiti menyedarkan aku Shafira
jurang antara kita ciptaan insan
kita antara jurang ciptaan Tuhan
egoistik, materialistik dan keupayaan
menjarakkan titik pertemuan
dan tidak mungkin bertemu lagi.....
......................dan bila teringatkan sebab-sebab lahirnya puisi ini, air mata hampir menitis......
Jumaat, 28 Ogos 2009
Teka teki yang masih jadi teka teki
Teka teki berbunyi: Ada tiga orang sahabat pergi makan di satu restoran. Selepas makan, mereka memanggil pelayan untuk mengira harga makanan yang telah dimakan. Pelayan itu kira dengan cepatnya dan berkata semuanya RM30. Tanpa bersoal jawab, tiga sahabat tadi mengeluarkan wang sebanyak RM10 seorang dan diberikan kepada pelayan tadi. Pelayan tadi pun membawa duit RM30 tadi kepada taukey kedai. Setelah meneliti dengan teliti harga makanan, taukey kedai suruh kembalikan RM5 kepada tiga sahabat tadi kerana sebenar ialah RM25 sahaja. Pelayan tadi pun pergi semula ke meja tiga sahabat tadi tetapi sebelum sampai ke meja mereka, dia telah mencuri RM2. Selebihnya RM3 diberikan kepada tiga sahabat tadi. Masing-masing mengambil RM1 seorang. Ini bermakna setiap sahabat tadi mengeluarkan RM9 seorang untuk membayar makanan yang dimakan tadi.(Betul lah sebab mula-mula bagi RM10 seorang kemudian dapat baki RM1, maknanya beri RM9)
Jika RM9 seorang keluarkan duit, tiga orang bermakna RM27. Cuba tambahkan dengan duit yang pelayan curi tadi RM2, jumlahnya RM29. Soalannya, di manakah hilangnya RM1 lagi??? Sebab jumlah semua duit yang berkisar ialah RM30.
Kawan-kawan abang saya cuba jawab dengan pelbagai idea tetapi semuanya buntu. Dan yang menyoal soalan itu juga sebenarnya tidak tahu jawabannya.
Saya sendiri juga selepas itu meneka soalan ini kepada kawan-kawan saya dan sampai sekarang tidak ada yang menjawab dengan sebenar-benar jawapan dan saya pun tak tahu jawapannya....
Teka teki itu masih jadi teka teki sampai sekarang.... Ada sapa-sapa tahu?
Khamis, 27 Ogos 2009
Bertaubat Dalam Bulan Ramadan

Isnin, 17 Ogos 2009
Pasal wanita...

Jumaat, 7 Ogos 2009
Puisi untuk ibu

KAULAH SINAR HATIKU,
NAMUN……
KAU TELAH PERGI,
UNTUK SELAMA2NYA.
IBUKU………….
KAU PERGI MENGADAP ILAHI,
KAU TINGGAL SEGALA2NYA,
KEGEMBIRAAN DAN KEMEWAHAN DUNIA,
HANYA KAIN KAPAN MENGIRINGIMU,
TANAH MENJADI TEMPAT TIDURMU,
INSYAALLAH…..
IMAN DAN AMAL MENJADI TEMANMU,
SENTIASA KU BERDOA KE ATASMU,
AGAR KAU DIKASIHI ILLAHI.
IBUKU………..
IMBAS KEMBALI KENANGANKU,
KETIKA BERSAMAMU,
KAU SELALU MEMBERI KASIH SAYANG KEPADAKU,
AKU JUGA SERING BERMANJA DENGANMU,
ALANGKAH SERONOKNYA DI HATIKU,
KETIKA BERSAMAMU,
SEGALA KENANGAN AKAN KUSIMPAN ,
DI SANUBARIKU.
IBUKU………….
TENANGLAH KAU…….
GEMBIRALAH KAU…..
SENANGLAH KAU……
DOAKU AGAR ROHMU DIBERKATI,
INILAH PUISI UNTUK IBUKU.
Coretan oleh:Raja Aziz….2 Ogos 2009
Khamis, 6 Ogos 2009
Berat Mata Memandang

Ahad, 2 Ogos 2009
Seloka Orang Bercinta

Rabu, 3 Jun 2009
Dibuat Orang

Rabu, 6 Mei 2009
Manisnya masa bercinta...!

Alam percintaan sungguh mengasyikkan. Sesiapa yang pernah mengalaminya pasti mengatakan ya. Tidak kira tua atau muda, percintaan satu yang lumrah dalam dunia insan. Cara mungkin berbeza tetapi matlamat tetap sama iaitu kekal selama-lamanya kecuali yang bercinta kerana ada udang di sebalik batu.
Percintaan orang muda berlainan dengan orang veteren. Orang muda bercinta penuh dengan madah pujangga. Kalau tulis surat bukan main berbunga lagi. Sekarang kemudahan telefon yang canggih-canggih menambahkan kecanggihan percintaan orang muda. Kalau rindu usah cakaplah sebab perjalanan cinta mereka sangat panjang. Mungkin kerana masih menuntut atau usia terlalu muda. Jadi mereka bercinta terus-terusan. Yang kurang iman akan terlanjur dan terjadi macam-macam. Yang ada iman tetapi kurang setia atau mata keranjang akan silih berganti kekasih.
Percintaan orang veteren lain sikit. Mereka bercinta sekejap saja. Lepas itu terus kahwin. Tambahan yang duda atau janda. Cinta orang mudah cinta kerana kasih tetapi cinta orang veteren banyak kepada kasihan......
Namun ada juga orang veteren yang bercinta bagai nak rak mengalahkan orang muda. Jumpa hari-hari. Melaram macam artis tetapi sayangnya jika sudah kedut, faham-fahamlah bila mereka ini berhias.
Walau apapun, alam percintaan selalunya meninggalkan nostalgia yang sangat indah. Kenangan-kenangan itu akan sentiasa meniti dalam fikiran. Yang muda bila sudah tua akan menghimbau masa lalu bila dengar lagu-lagu yang sering didengari sewaktu bercinta dahulu.... Ketika itu, ada yang meleleh air mata jika mereka pernah gagal dalam percintaan sebelum itu.
Yang teruknya, bila mabuk cinta, semua lagu tangkap jiwang. Sampaikan lagu patriotik pun tangkap syahdu.... Cinta-cinta.....!!
Ada sapa-sapa nak tambah?? Silakan....
Khamis, 9 April 2009
Apa Makna Cemburu sebenarnya??

Jumaat, 13 Mac 2009
Dilema - Sebuah Cinta Terlarang

Ahad, 8 Februari 2009
Meluat lagi kalau OKU..

Jumaat, 6 Februari 2009
Perak Oh Perak
Saya sejak dari dulu pun tidak setuju peralihan kuasa berlaku kerana kes lompat parti. Demikianlah jika 16 september menjadi kenyataan, saya sama sekali tidak akan redha. Justeru apa yang bakal terjadi di negeri Perak, negeri yang pernah tersohor dengan sejarah Pasir Salak, tidak akan sekali-kali saya terima.
Bagi saya, mengkhianati pengundi yang mengundi kerana parti yang mereka minati tiba-tiba apabila menang keluar masuk parti lain adalah sesuatu yang sangat tidak bermaruah. Mereka jadi YB kerana pengundi. Pengundi tidak akan undi mereka jika mereka bukan dari parti yang dikehendaki. Maka di sinilah terserlahlah betapa curangnya YB tadi. YB sebegini sebenarnya ada kepentingan diri. Jika benar-benar ikhlas berjuang dan jujur pekerti, mereka sepatutnya letak jawatan dan diadakan pilihanraya semua. Itu baru betul. Jika mereka naik bukan kerana orang lain, tidak siapa peduli apa yang hendak dibuatnya.
Marilah kita berdoa agar tidak ramai atau tidak ada lagi spesis jenis lompat parti wujud dalam sistem politik negara ini. Kecelaruan pegangan fahaman lebih kurang sama dengan sifat munafik.
Mudah-mudahan apa yang bakal terjadi di negeri Perak membawa kebaikan bukan terarah kehancuran. Kepada yang terlibat, sabar itu sesungguhnya benteng kekuatan hakiki. Doa orang yang kena zalim sangat diterima Allah. Berdoalah supaya Allah s.w.t tidak menjadikan ini satu landasan penghabisan kepada jalan keadilan. Ruang dan waktu masih ada untuk mengubah semua ini.
Paling lama pun PRU13 nanti. Insya Allah.
Khamis, 29 Januari 2009
Jadilah Orang Kelainan Upaya.

Kadang-kadang saya perhatikan Orang Kurang Upaya (OKU) terlalu minta diberikan hak. Sepanjang saya menjadi OKU 22 tahun lalu dan mengenali OKU menerusi persatuan-persatuan OKU dan saya sendiri sebagai jawatankuasa sebuah persatuan OKU mendapati ramai OKU (bukan semua) suka menyalahkan orang lain, mengkritik dalam semua hal. Suka meminta-minta. Tidak terkecuali dalam bab bantuan yang diberikan oleh kerajaan.
Jika sebelum dapat bantuan mereka akan ke sana kemari sehingga ada yang sanggup jumpa 'orang atas' untuk dapatkan bantuan. Sudah dapat bantuan sibuk pula menyalahkan kerajaan jika bantuan lewat diterima. Seolah-olah kehendak dan keperluan OKU sahaja mesti ditepati sepanjang masa tanpa memikirkan bagaimana susahnya kerja orang yang ditugaskan untuk menguruskan bantuan.
Janganlah jadi pendesak. Kecacatan bukan lesen boleh dapat apa saja atau mesti dimanjakan dalam segenap segi. Janganlah jadi pemarah (pongoh) jika sesuatu perkara itu lambat atau cepat. Berhemahlah dalam menjalani kehidupan. Jika orang normal berkelakuan seumpama itu orang akan kata, 'sombong dia tu... atau garangnya..." Itu saja ungkapannya tetapi kalau OKU yang bertindak sedemikian, ungkapan orang akan berbunyi lain sedikit, contohnya, "sombong dia tu, tak padan dengan cacat..." atau "garangnya orang cacat ni." Ini betul. Saya pernah mendengarnya.....
Dalam bab parking, (saya tidak mahu menyentuh mana-mana artikel sebelum ini), ini pengalaman dan pemerhatian saya sendiri sebagai OKU yang menggunakan kenderaan. Saya pun rasa terkilan jika orang normal mengambil tempat parking OKU. Tetapi saya tidak boleh berbuat apa-apa. Itu hak dia. Sedangkan lampu merah yang boleh menyebabkan Polis saman lagikan orang langgar inikan pula parking OKU yang sekadar lambang tercetak di situ! Tempat-tempat yang menyediakan parking bertujuan baik dan mesra OKU tetapi pelaksanaannya tidak mesra OKU. Itu masalahnya. Sekarang jangan salahkan pemandu yang kurang sivik kerana kadang-kadang parking OKU berminggu-minggu tidak digunakan oleh OKU kerana mungkin OKU tidak berminat akan tempat itu. Mungkin pemandu kurang sivik fikir dari membazir ruang, lebih baik digunakan.
Soalnya sekarang, pihak pengurusan yang menyediakan parking OKU di sesuatu tempat tidak tegas dalam soal ini. Itu sebenarnya penambah sikap tidak bertanggungjawab dan ambil kesempatan. Cuma janganlah menunjukkan sikap kita sebagai OKU yang terasa bagaikan teraniya berlebihan dan bertindak keterlaluan....
Seperkara lagi (sebelum saya lupa), segelintir OKU (Islam) tidak menunaikan solat lima waktu, mereka jadikan kecacatan bagaikan satu alasan untuk dikecualikan menunaikan perintah Allah. Sebagaimana mereka dikecualikan dari bayaran hospital, potongan tiket bas, kapalterbang, keretapi, potongan penggunaan telefon dan sebagainya, maka mereka juga mengecualikan diri untuk bersolat atau melakukan ibadah lain. Mengapa OKU yang suka melenting bab lain tetapi tidak dalam isu ini? (Bab solat, kategori OKU akal MUNGKIN boleh dikecualikan tetapi OKU kategori lain masih terikat dengan perintah wajib ini).
Solat bukan hal peribadi! Masih ada ruang untuk ingat mengingati... Di sisi Allah, kita semua sama sahaja...
Justeru, saya mengingatkan diri saya, mengingatkan kawan-kawan, jadilah OKU normal bukan OKU istimewa....JANGAN JADI ORANG KURANG UPAYA TETAPI JADILAH ORANG KELAINAN UPAYA.

Selasa, 27 Januari 2009
Kasihani Palestin, Muhasabah Diri....

Sejak lama dahulu memang kita tahu bahawa Israel memang membuli rakyat Palestin. Saya tidaklah tahu sangat tentang sejarah mereka tetapi maklum bahawa Israel memang laknatullah berdasarkan perbuatannya selama ini. Tambahan lagi dengan sekutu rapatnya USA yang sentiasa menyokong.
Dalam bab boikot, sepatutnya kita mesti menetapkan dalam hati dan mengharamkan barangan keluaran yahudi-yahudi memasuki rumah kita sejak dahulu. Bukan apabila berlaku seperti sekarang baru sibuk hendak boikot.
Dalam pada kita sama-sama menitiskan air mata, saling boikot-memboikot sewaktu melihat keganasan Israel dan sekutunya, kita juga perlu muhasabah diri..... Merenung dan menilai tahap kualiti keimanan dan perbuatan yang ada pada kita.... Ya, kita tahu bahawa setiap kejadian di atas muka bumi Allah s.w.t ini ada hikmah dan musabab. Contohnya jika kita malas belajar pada kebiasaannya kita akan gagal, jika di rumah kita selalu membazir makanan, balasannya rumah kita akan dipenuhi tikus dan lipas atau jika kita lalai, 'manggok' (istilah Kelantan)atau mengantuk semasa memandu silap haribulan kita akan kemalangan dan juga contoh mudah, jika terlibat dengan najis dadah, seks bebas suatu masa akan terkena penyakit aids. Lihatlah contoh yang jelas, sejarah satu kaum yang ditimpa bala oleh Allah kerana kebebasan homoseks.....
Demikianlah apa yang berlaku di mana-mana di dunia ini hatta Palestin.... Sebagaimana kata pepatah 'kita akan tuai apa yang kita tanam'... Jadi firman Allah s.w.t yang bererti lebih kurang:- Nasib sesuatu kaum tidak akan berubah melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya boleh juga kita fikirkan bahawa apa jua nasib yang menimpa ke atas sesuatu kaum itu adalah kerana mereka sendiri yang mengubah sedemikian rupa....
Bala yang ditimpakan ke atas individu atau kaum itu berpunca dari kaum itu sendiri yang melakukan kesilapan..... Allah jua Yang Maha Mengetahui...
Justeru sementara kita berdoa kehadrat Ilahi agar kesengsaraan Palestin ditamatkan, kita juga perlu jadikan ianya satu iktibar yang maha menginsafkan....
"Ya Allah, Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui perkara tersembunyi, aku bermohon sepenuh jiwa ragaku, tamatkanlah penderitaan umat-Mu seagama denganku di Palestin dan di seluruh alam maya ini dan jauhilah sejauh-jauhnya kecelakaan itu menimpa aku, keluargaku, kaum kerabatku, sahabat-sahabatku, jiran-jiranku dan saudara seagama umat Rasulullah s.a.w. Ya Allah, perkenankanlah....."

/;'/;'/;'/;'/;/