Menyayangi adalah suatu yang tinggi nilainya. Sesaorang sanggup buat apa saja demi seaorang yang disayangi. Apa lagi orang yang disayangi itu seorang kekasih. Menyayangi anak, suami, isteri atau kedua ibu bapa atau adik beradik mempunyai tahap yang pelbagai. Ada yang tidak lalu makan dan tidur tidak lena kerana rindukan orang yang disayangi. Bahkan ada orang sanggup mati kerana sayang.
Perubahan sayang kepada benci bukan sesuatu yang jarang berlaku bahkan sering terjadi kerana sesuatu sebab yang disengaja atau tidak. Saya katakan begitu kerana ada orang memberi alasan untuk membenci sesaorang dengan alasan yang tidak logik kerana sebelum ini dia teramat sayang dengan sesaorang itu. Mungkin dia sudah jatuh kasih pada yang lain maka dia cari jalan atau alasan untuk menyatakan bukan silapnya untuk menukar kasih tetapi salah pasangannya. Jadi ada alasan untuknya menukar kasih dengan sebab-sebab yang kecil lalu diperbesarkan.
Mengikut adat, hati seorang perempuan tidak boleh menyintai dua lelaki dalam satu masa. Pintu hatinya hanya boleh dimasuki seorang lelaki. Maka jika ada terdengar di telinga kita ada seorang isteri menyintai orang lain selain suaminya…tentu ada yang tidak kena….Persoalan sekarang, antara suami dan orang yang dicintainya itu, siapakah yang sebenarnya berada di dalam hatinya?
Seorang lelaki hatinya boleh menyimpan seberapa ramai wanita tetapi keimanan membataskan hanya empat sahaja yang dibenarkan. Jika lelaki ini bersikap adil, berkuasa dan mampu, dia memang layak memiliki empat wanita dalam satu masa. Kata seorang pakar motivasi, jika lelaki memiliki kemampuan tetapi tidak berkeinginan kahwin lebih dari satu, maknanya lelaki ini tidak normal. Mesti ada 'something wrong'.
Persoalannya, wanita manakah yang sanggup dimadukan sehingga 4 orang?
Persoalannya, wanita manakah yang sanggup dimadukan sehingga 4 orang?
Pada pendapat saya, Ada dua kemungkinan jawapan:
Pertama, wanita yang mempunyai imiginasi seks yang tinggi…..
Kedua, wanita yang terlalu menyayangi suaminya……..
Bagi menunjukkan, begitulah besarnya kuasa sayang, sehingga sanggup melawan arus demi menyayangi seaorang...biarpun dia tersiksa....walaupun ada yang sebenar-benar redha...
Bagi menunjukkan, begitulah besarnya kuasa sayang, sehingga sanggup melawan arus demi menyayangi seaorang...biarpun dia tersiksa....walaupun ada yang sebenar-benar redha...
Wallahualam.