Khamis, 26 April 2012

Suami orang isteri orang bercinta

Masa kini bukan sedikit cinta terlarang berlaku dalam masyarakat kita. Kisah cinta suami orang dengan isteri orang selalu didengari di mana-mana dan ada sehingga tercetus tragedi pembunuhan akibat cinta curang ini. Mengikut pendapat saya, berlaku cinta sebegini ada beberapa sebab yang logik untuk direnungkan.

Antara sebab yang saya kenal pasti ialah kawin kerana pilihan keluarga bukan kerana cinta. Selain itu, perkahwinan atas dasar kasihan atau kerana terpaksa atau kerana tiada pilihan juga penyebab utama seorang suami atau isteri beralih hati selepas kawin apabila bertemu dengan cinta hatinya sebenar. Kemanisan cinta menyebabkan mereka lupa seketika pasangan yang sudah ada. Mereka tidak menerima kemanisan itu dengan pasangan kerana sayang mereka pada pasangan kerana tanggungjawab atau kerana seks atau kerana anak-anak. Perasaan cinta yang lahir apabila bertemu dengan orang yang mereka cinta membuatkan timbul perasaan yang tersangat indah dalam hidup mereka. 

Keindahan dan kenikmatan cinta ini ditambah pula jika mereka berpeluang melakukan perkara-perkara yang terlarang seperti sentuhan, ciuman dan yang lebih parah jika sempat melakukan hubungan seks. Seks secara haram memang manis jika dibandingkan dengan cara halal tambahan pula dengan orang yang sangat dicintai. Sedangkan semua ini adalah permainan iblis dan syaitan.

Jika sudah mencintai orang lain, secara automatik pasangan di rumah akan dilupakan atau perasaan kasih sayang akan longgar. Semakin lama akan terus hilang. Akibatnya tidak mustahil akan berlaku penceraian demi sebuah cinta.

Jadi, saya membuat kesimpulan bahawa, bercinta sebelum kahwin sangat perlu untuk menghindari cinta terlarang.....Walau bagaimanapun bukan semua pendapat ini tepat kerana ada juga yang bercinta bagai nak rak sebelum kahwin tetapi selepas kawin masih juga bermain kayu tiga......

Pengajaran dari semua ini, bersyukur dengan apa yang ada sangat pentng untuk mengekalkan perasaan pada yang satu. Kesetiaan dan kejujuran kunci kebahagiaan sebuah perkahwinan. Yang penting, suami atau isteri TIDAK mengabaikan perasaan cinta sepanjang masa pada pasangan masing-masing. Cinta bukan hanya untuk orang muda tetapi juga untuk orang veteren.....Jika ada kekurangan yang boleh menjejaskan hubungan berusahalah membaiki kekurangan itu tanpa ego dan 'malas baso' kerana berfikir...kita ni dah tua.... SALAH TU....


Tiada ulasan: