Khamis, 29 Ogos 2013

SIKAP PERCAYA SEBELAH PIHAK

Banyak kes-kes dan tragedi yang berlaku menjadi perbualan semua orang. Tidak kiralah di kedai kopi, di pejabat, di dalam kereta atau di mana sahaja mereka akan bercakap mengenai apa yang terjadi di seluruh dunia. Yang terbaru semua orang bercakap tentang peritiwa di Mesir dan Syria. Dan yang paling terbaru kes Altantuya yang mana misteri kematiannya terus menjadi rahsia.

Saya tidak bercadang untuk mengupas semua isu ini. Apa yang saya ingin bawa dalam artikel bilis ini adalah sikap kita yang suka berat sebelah. Apabila sesuatu berita tentang sesaorang, kita biasanya akan percaya kepada orang pertama yang menceritakan kepada kita atau percaya kepada berita yang datang dari sumber yang kita sukai. Contohnya jika kita suka dan minat kepada TV X, apa sahaja yang TV X bawakan dalam beritanya akan kita yakin dan percaya 100% atau mungkin 1000%. Demikian juga jika kawan baik kita membawa sesuatu berita, kita akan terus percaya. Sedangkan menceritakan apa yang kita dengar tidak boleh dijadikan saksi sesuatu perbicaraan.

Untuk itu, jangan membuat keputusan selagi kita tidak mendengar penjelasan dari dua pihak yang bertentangan. Memang,  untuk mengetahui sejahat mana sesaorang, tanyalah musuhnya tetapi kenyataan musuhnya bukan jaminan ianya adalah benar. 

Jangan terlalu taksub dengan cerita-cerita sebelah pihak. Membenci sesuatu dengan melampau akan memalukan kita suatu hari nanti apabila suatu masa kita akan menyayangi sesuatu itu. Justeru, berpada-padalah dalam semua hal. 
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu ." (Surah Al-Baqarah [2]:216)

Semua peristiwa yang berlaku di atas dunia ini pastinya ada hikmah di sebaliknya. Memang patut kita simpati kepada apa yang berlaku di Mesir. Syria, Palestin dan sebagainya tetapi pernahkah kita bertanya mengapa semua ini berlaku? Apa yang sebenarnya berlaku di sana sehingga Allah turunkan bala kepada rakyatnya?

Yakinlah bahawa setiap yang berlaku ada sebab-sebabnya sebagaimana Allah berfirman:

"Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi, mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya." (Surah Al-A'raf [7]:96)

dan firman Allah lagi:


"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu." 
(Surah As-Syura: ayat 30)
Maka, percayalah bahawa kita perlu mendengar cerita sebenar dari dua pihak untuk membuat kesimpulan. Walau bagaimanapun, marilah kita sama-sama berdoa semoga saudara kita seagama di Mesir, Syria dan mana-mana negara Islam yang berada dalam kancah kesengsaraan supaya mendapat kembali kesenangan dan kebahagiaan serta kedamaian. Amen!!