Isnin, 18 Mac 2013

CIRI-CIRI BURUK WANITA & LELAKI


6 Jenis Perempuan Yang Wajib Dijauhi
Lelaki digalakkan untuk mencari isteri solehah. Jauhi jenis perempuan-perempuan di bawah untuk dijadikan isteri nescaya kamu akan bahagia :
1. Al-Anaanah : Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi kereta tak cukup. Tak redha dengan pemberian yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa menghiraukan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.
2. Al-Manaanah : Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak membicarakan perihal suami. Tak mengenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Walaupun suaminya sudah memberi perlindungan macam-macam padanya.
3. Al-Hunaanah : Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.
4. Al-Hudaaqah : Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukannya. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman. Ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti orang suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.
5. Al-Hulaaqah : Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak.
6. As-Salaaqah : Banyak berbicara, bergosip. Siang malam, pagi petang asik bergosip. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet, dan macam-macam cara yang lain . Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.

10 CIRI-CIRI LELAKI YANG MESTI DIJAUHI.
1. Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya bertahun-tahun lamanya. Ini bermakna bahawa anda bukan orang yang diinginkannya. Mungkin anda juga tiada dalam kamus hidupnya.
2. Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki jenis ini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi apabila anda memerlukannya dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelak.
3. Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tetapi mesra. Ke mana saja hanya anda berdua. Ibarat merpati dua sejoli pada pandangan orang lain. Malangnya, dalam hati lelaki itu tidak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang kosong itu. Jangan buang masa anda dengan lelaki seperti ini.
4. Lelaki yang sudah mempunyai kekasih hati tetapi tetap mahukan anda. Selalunya lelaki jenis ini mempunyai ramai teman wanita dan hanya mahu memenuhi nafsunya.
5. Lelaki yang hanya memandang dirinya saja yang betul. Pandangan dan apa yang dibuat anda adalah salah. Selalunya ketika menjalinkan hubungan dengan lelaki jenis ini anda sering dimarahi atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal. kadang kala hal yang kecil juga diperbesarkan.
6. Lelaki yang naif dan mementingkan diri sendiri. Selalunya lelaki jenis ini tidak akan faham kehendak wanita. Walaupun anda sudah berterus terang mengenai sesuatu, dia tetap tidak mengendahkannya. Lelaki jenis ini sering menganggap semua perkara adalah remeh dan selalu mengambil mudah sesuatu perkara.
7. Lelaki yang tidak tahu kehendak dirinya sendiri. Jika lelaki jenis ini tidak mengetahui apa kehendak dirinya sendiri, cuba anda bayangkan bagaimana dia hendak memahami masalah anda jika hidup bersamanya nanti.
8. Lelaki yang tetap akan mengganggu anda. Walaupun sudah diberitahu yang anda terlalu sibuk, lelaki ini tidak mempedulikannya. Lelaki jenis ini selalunya hanya ingin berkepit siang dan malam.
9. Lelaki yang suka memburukkan lelaki lain dengan harapan anda akan menjauhi lelaki yang diburukkannya itu. Lelaki jenis ini selalunya kuat cemburu dan akan cuba sedaya upayanya supaya anda tidak akan berhubung dengan lelaki lain. Relakah anda dikongkong oleh lelaki jenis ini?
10. Lelaki yang tidak dapat memberikan layanan yang betul kepada wanita. Anda tidak nampak ciri kepemimpinan pada lelaki jenis ini. Bagaimana anda mahu sandarkan segala harapan pada lelaki seperti ini nanti?

Rabu, 6 Mac 2013

KENALI GODAAN.


Fakta ini hanyalah pandangan penulis sendiri berdasarkan pembacaan, temubual dan pengalaman. Sesaorang yang nampak warak, beriman dan berhemah tidak semestinya insan yang baik kerana banyak lagi yang boleh kita nilai berdasarkan perkara di bawah:

1.       Mata galak,memandang kiri dan kanan seolah-olah mencari sesaorang atau sesuatu, selalu curi-curi pandang kepada kita dengan renungan yang mendalam.
2.       Bila bercakap, mata bergerak-gerak atas bawah dan bibir selalu tersenyum manja.
3.       Melakukan sesuatu yang seolah-olah tidak sengaja seperti tunduk membelakangi kita sehingga tertungging jelas punggungnya,  mengangkat sesuatu sehingga nampak betis, nampak dada dan sebagainya.
4.       Bila bercakap, bibir selalu dijilat lidahnya.
5.        Undur ke belakang atau bergerak di tempat sempit sehingga terlanggar kita kononnya secara tidak sengaja, sedangkan jika tempat sempit dia tidak sepatutnya lalu atau tunggu kita berlalu.
6.       Dia akan bergerak secara perlahan-lahan atau secara tidak sengaja atau secara pergi ikut laluan yang jauh dan akhirnya sampai atau terserempak dengan kita. Kononnya dia tidak tahu kita ada di situ tetapi dia sebenarnya dah rancang awal-awal.
7.       Memberi sesuatu atau menyambut sesuatu dari kita sehingga menyentuh jari atau tangan kita. Selalunya semasa menghulur atau mengambil, matanya akan menoleh ke arah lain supaya apabila tersentuh dikira tidak sengaja sebab tak nampak.
8.       Semasa makan atau minum, cara makan dan minumnya sangat sopan dan bibirnya akan melakukan aksi yang menggoda seperti memuncungkan  atau menjilat bibir dengan cara romantik.
9.       Bercakap sambil mencuit-cuit tubuh atau pakaian kita seolah meminta perhatian kita semasa dia bercakap.
10.   Memuji keterlaluan pakaian dan rupa kita dan kadang-kadang berlagak menjadi pakar perunding imej yang sangat hebat sehingga kita rasa dia sangat bijak dan perlu kita dekatinya.
11.   Sesekali sekala dia berpura-pura mengurut peha, punggung atau mana-mana bahagian tubuhnya seolah-olah dia kepenatan atau lenguh sedangkan dia tahu kita sedang memerhatinya.
12.   Berlagak semua dia tahu apa saja yang kita tanya atau isu yang kita bualkan.
13.   Cara duduknya seolah-olah menonjolkan diri. Kalau semua orang duduk, dia akan berdiri sambil bercakap dengan mata yang menjeling-jeling ke arah kita. kalau semua orang berdiri, dia akan buat sesuatu untuk menarik perhatian seperti makan kacang, buah asam dan berdiri jauh dari orang dan ssebagainya.
14.   Jika berjalan beramai-ramai dia akan jalan di belakang sekali.
15.   Jika semua orang duduk di majlis rasmi, dia akan cari peluang duduk di tempat kerusi sebelahnya kosong atau duduk di bahagian yang ada peluang orang yang lain jantina dengannya duduk di sebelahnya.
16.   Jika ada mana-mana bahagian tubuhnya seksi, bahagian itulah yang selalu ditonjolkan semasa berpakaian.
17.   Selalu menunjukkan dirinya pemurah dan suka berbelanja atau memberi sesuatu makanan atau minuman walaupun kita bukan kenal sangat dengannya.
18.   Tidak duduk diam di satu-satu tempat. Dia akan sentiasa bergerak ke sana sini terutama di tempat orang ramai atau keadaan sibuk.
19.   Suka bercakap atau berkawan dengan lain jantina walaupun dia bukan pondan atau tomboy.
20.   Suka berpakaian yang menonjol seperti warna terang, ketat, berhias yang keterlaluan terutama bahagian bibir dan mata.

Ini adalah sebahagian. Mungkin banyak lagi cara penggoda menggoda mengikut kreativiti dan keadaan semasa. Biasanya orang yang suka menggoda bijak berfikir dan berfikiran bernas walaupun kadang-kadang ada yang berbohong atau berhujah menggunakan konsep dengar cakap.

Apa pun ini hanyalah coretan mengisi masa lapang. Jika ada yang betul jadikan ianya panduan dan jika salah jadikan ianya sempadan.
Terima kasih kerana membaca dan jika ada apa-apa yang ingin dikongsikan, sila emailkan kepada penulis.