Isnin, 23 November 2015

ISTERI SOLEHAH




Ada kisah Ketika Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menghadapi permasalahan dengan istri-istrinya sampai beliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah Subhanahu wa Ta'ala menyatakan kepada Rasul-Nya Shallallahu 'alaihi wa sallam:
عَسَى رَبُّهُ إِنْ طَلَّقَكُنَّ أَنْ يُبْدِلَهُ أَزْوَاجًا خَيْرًا مِنْكُنَّ مُسْلِمَاتٍ مُؤْمِنَاتٍ قَانِتَاتٍ تآئِبَاتٍ عَابِدَاتٍ سآئِحَاتٍ ثَيِّبَاتٍ وَأَبْكَارًا
"Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan istri-istri yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat, taibat, 'abidat, saihat dari kalangan janda ataupun gadis." (At-Tahrim: 5)
Sifat yang mulia sebagaimana disebut dalam ayat di atas ialah:
a. Muslimat: wanita-wanita yang ikhlas (kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala), tunduk kepada perintah Allah ta'ala dan perintah Rasul-Nya.
b. Mukminat: wanita-wanita yang membenarkan perintah dan larangan Allah Subhanahu wa Ta'ala
c. Qanitat: wanita-wanita yang taat
d. Taibat: wanita-wanita yang selalu bertaubat dari dosa-dosa mereka, selalu kembali kepada perintah (perkara yang ditetapkan) Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam walaupun harus meninggalkan apa yang disenangi oleh hawa nafsu mereka.
e. 'Abidat: wanita-wanita yang banyak melakukan ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala (dengan mentauhidkannya karena semua yang dimaksud dengan ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam Al-Qur'an adalah tauhid, kata Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma).
f. Shoimat: wanita-wanita yang berpuasa. (Al-Jami' li Ahkamil Qur'an, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir, 8/132)

KESIMPULANNYA ISTERI YANG BAIK ADALAH:
Sentiasa Menjaga aurat
Sentiasa Menjaga pandangan mata
Sentiasa Menjaga maruah diri
Tidak berkata-kata dengan lelaki yang bukan muhrim kecuali perlu.
Tidak memberi sesuatu dari rumah kepada orang lain tanpa kebenaran suami
Tidak mengizinkan sesiapa masuk ke rumah tanpa izin suami
Tidak Keluar rumah tanpa suami
Tidak meninggikan suara kepada suami
Menjaga rahsia-rahsia suami terutama rahsia di tempat tidur.
Mendoakan kebaikan untuk suami
Tidak mengumpat dan menghina suami
Tidak mengungkit janji suami
Tidak mengungkit pemberian kepada suami
Menyukai dan menjaga kegemaran suami
Membenci dan menjauhi kebencian suami
Menjaga harta benda dan hak milik suami sebaik-baiknya.
Tidak meminta sesuatu di luar kemampuan suami.
Menampilkan keadaan yang menyenangkan dan menarik bila bersama suami
Selalu memohon maaf dari suami
Memberi kasih sayang sepenuhnya.
Bersyukur dan redha dengan pemberian serta kebaikan suami.
Tidak menyibukkan diri dengan ibadat sunat ketika suami ada di rumah kecuali diizinkan.

Semoga bermanfaat...

Ahad, 23 Ogos 2015

BICARA REZEKI

Semua rezeki datangnya dari Allah. Tidak kiralah dia berusaha atau tidak, Islam atau kafir, kaya atau miskin, cerdik atau bodoh, hakikatnya rezeki yang datang itu semuanya dari Maha Pemberi Rezeki, Allah s.w.t. 

Kadang-kadang kita tidak faham rezeki yang dikurniakan. Apabila perpatah berbunyi, "rezeki secupak tidak akan jadi segantang" dikeluarkan, kita akan memandang semua rezeki datangnya dari usaha kita. Ya betul, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya namun, semua perubahan itu hanya Allah yang mengetahui dan melakukannya. Sebagaimana rezeki, kita wajib berusaha tetapi jika Allah tidak izinkan, usaha akan jadi sia-sia. Sebab itu, berdoa hendaklah sentiasa ditadahkan walaupun kita tahu kita akan pergi kerja dan rezeki sudah pasti akan diperolehi terutama yang kerja tetap.

Walaupun kerja tetap, tidak semestinya kita akan dapat rezeki sebanyak yang kita dapat lazimnya kerana bulan itu mungkin kereta rosak, mungkin ada sakit demam, mungkin ada kehilangan barangan, atau sebagainya, ketika ini, rezeki yang kita perolehi tetap setiap bulan tidak lagi sebagaimana jumlah biasa dan yakinlah bahawa semua itu ditentukan oleh Maha Kuasa.

Ada mereka menakutkan emosi dengan berkata, macamana hendak kawin sedangkan tidak ada sumber pendapatan, tidak perlu anak ramai jika miskin dan sebagainya, walhal rezeki diatur oleh Allah semuanya. Bukan kita yang menyediakan rezeki untuk anak dan isteri. Malah rezeki kita pun Allah yang sediakan. Jadi takut apa untuk memiliki anak ramai atau isteri yang lebih dari satu?

Demikian juga ada antara mereka saat miskin tidak mahu bersedekah dibimbangi habis wang atau rezeki yang ada, padahal, rezeki akan bertambah jika bersedekah. Bab ini pun ramai yang tidak begitu yakin. Walau bagaimanapun percayalah, jika kita mengamalkan bersedekah, insyaAllah akan digandakan rezeki terhadap kita. Jangan mudah terperngaruh dengan bisikan iblis saat kita hendak bersedekah akan kendengaran di minda kita " kalau kau sedekah nanti orang kata kamu menunjuk" "Tak payah beri derma, dia orang ni malas kerja" kalau kau tak beri pun, ramai lagi orang lain beri, jadi tak susah dia" dan lain-lain bisikan. Semua ini penghalang kepada murah rezeki.

Justeru, memohon doa dan melakukan solat sunat Dhuha adalah satu ikhtiar utama mendapatkan rezeki secara batin. Sekadar memperingati, ada setengah ulama mengamalkan doa ini pada sujud yang terakhir solat Dhuha. Caranya ialah membaca 10 kali pada sujud terakhir dan dikhabarkan akan mendapat rezeki yang tidak dijangka pada hari tersebut. Wallahu alam. Berdoa dan berusaha kemudian bertawakkal....