Ahad, 20 Disember 2009

Sibuk seketika

Ketika penghujung tahun 2009 hendak mengungsi ke birainya dan melangkah ke pengkalan 2010, maka satu pemahaman tentang menjaga hati... Banyak hati yang perlu kita jaga.... Hati isteri, anak, kwan-kawan dan sebagainya tetapi menjaga hati diri sendiri sangat penting supaya tidak berlaku perasaan kecil hati.....

Menjaga hati kekasih... yang ramai orang mementingkannya....Mengapa??? Tanyalah kepada mereka yang sedang bercinta.....

Tahun 2009.....ditolak ke dalam sampah....
Tahun 2010.....disambut dengan azam yang kuat........

Isnin, 30 November 2009

Kesetiaan








Kejujuran sinonim dengan kesetiaan. Dalam pergaulan sama ada atas dasar persahabatan, perniagaan, tugasan, perjanjian mahupun percintaan, kejujuran dan kesetiaan adalah lambang peribadi sesaorang. Orang kata sekali kita curang kita akan dicop curang selama-lamanya oleh orang yang terkena tempiasnya. Walaupun sebelum ini kita sangat setia dan jujur.

Dalam percintaan, sesaorang lelaki misalnya yang menyintai sesaorang wanita, akan benar-benar bersikap setia jika dia mempunyai perasaan cinta yang sejati. Jika sebelum ini dia bermata keranjang, pantang melihat perempuan berdahi licin, tetapi bila dia menyintai sesaorang denganperasaan yange mendalam dan ikhlas, pasti dia akan menghapuskan tabiatnya yang bermata keranjang itu. Itu baru betul-betul cinta sejati....

Dia akan sentiasa menundukkan matanya jika terserempak dengan mana-mana perempuan. Dia akan bertekad tidak akan terpikat dengan siapa lagi dan dia berbuat demikian dengan harapan, wanita yang dicintainya tadi juga tidak memandang kepada lelaki lain.......

Sebab dia percaya, jika dia jujur, maka dia akan menemui pasangan yang jujur dan jika dia curang, maka dia akan menemui orang yang juga curang.... Untuk memastikan pasangannya jujur dan tidak memandang lelaki lain lagi, maka dia sendiri mesti jujur kepada dirinya sendiri.... Dan kesetiaannya tidak berbelah lagi......

Jumaat, 27 November 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha



Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.


Telah tiba Aidil Adha untuk disambut dengan penuh semangat pengorbanan. Pengorbanan yang tulus suci, ikhlas dan redha dengan segala-galanya.
Senikata lagu" berkorban apa saja, harta atau pun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia...' Ya, setiap pengorbanan ada hasilnya. Jangan berkorban jika tidak ada balasan. Balasannya adalah pahala dari Ilahi. Untuk mendpat pahala bukanlah semudah menyanyikan lagu berkorban apa saja....
Tidak ramai yang sanggup berkorban. Contoh yang paling jelas, jika ada ahli keluarga, walau isteri atau suami sekali pun yang memerlukan buah pinggang, adakah sanggup dermakan satu untuk orang yang kita kata sayang tadi???? Cuba renung diri kita sendiri....
Akan banyak alasan yang diberi untuk mengelakkan dari menderma...
Saya sekadar mengingatkan diri saya sendiri juga........
Dalam menjalani ibadah QURBAN ini kita jarang sekali memikirkan tujuan kita berkorban...Kita hanya fikir mengikut sunnah....Tapi tidak ramai yang merenung hikmah korban.....Sebab itu kadang-kadang akan ada yang berkata"aku berkorban setiap tahun, bukan ramai macam aku ni...." bayangkan apa yang dia dapat?
Oleh itu, marilah kita sama-sama muhasabah diri sendiri apakah tujuan kita berkorban sambil
kita lihat fadilat korban yang dikirim oleh Raja Abdul Aziz Raja Bakar

Fadhilat ibadah Qurban amat besar, antaranya:

1. Menambah amal kebajikan.
Sabda Rasullah SAW: "Qurban itu bagi tuannya dgn setiap bulunya adalah kebajikan". (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

2. Sebagai penebus dosa.
Sabda Rasullah SAW kpd Sayyidatina Fatimah:"Hai Fatimah,berdirilah di sisi qurban mu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yg pertama itu pengampunan bagimu atas dosa2mu yg telah lalu".. (Hadis riwayat al-Bazzar & Ibnu Hibban)

3. Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.
Sabda Rasullah SAW: "Wahai manusia, sembelihlah qurban dgn mengharapkan pahala drp Allah dgn darahnya, bahwa sesungguhnya darah qurban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yg mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani)

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Tiada dibuat oleh anak Adam pd Hari Raya Adha akan sesuatu amal yg lebih disukai oleh Allah Ta'ala drp menumpahkan darah (menyembelih qurban). Bahwa korban itu dtg pada hari kiamat dgn tunduk2nya, bulu2nya dan kuku2nya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yg mulia di sisi Allah sblm darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat qurban itu dgn hati yg bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)

4. Akan memperolehi kenderaan/tungganga n ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak.
Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu krn ia menjadi tunggangan kamu di titian pd hari kiamat
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT KURBAN
MAAF ZAHIR BATIN
TAKBIR

Ahad, 22 November 2009

Menghargai Pemberian....


Suatu awal senja, saya didatangi seorang kawan lama iaitu R. Lama saya tidak bertemu dengannya selepas sama-sama menyertai Kem Keluarga tahun 2006. R begitu ceria tetapi makin lama berbual, saya dapat mengesani perasaan hatinya. Saya cuba mencungkil beberapa peristiwa lampau dan tanpa masalah R terus meluahkan seolah-olah itulah tujuannya hadir ke teratak saya.



Kata R, selepas Kem Keluarga 2006, dia jatuh cinta dengan salah seorang peserta program iaitu P. Percintaan mereka berjalan hampir enam bulan sehinggalah P dihalang oleh keluarganya atas sebab-sebab tertentu.


R kata lagi, dia sangat menyintai dan menyayangi P dan demikian juga P. Tetapi kerana keluarga, R dan P berpisah juga secara fizikal tetapi hati masih tidak berubah. Walau bagaimanapun, R terasa sangat kecewa dan kecil hati.kerana segala pemberiannya telah dimusnahkan oleh P atas alasan dipaksa oleh keluarganya sedangkan R terus menyimpan segala pemberian dan kenangan dengan sebaik-baiknya kerana R yakin hubungan kasih itu akan ada kesinambungan.


Selepas hampir dua tahun berlalu, tetiba cinta itu benar bersambung semula menerusi suatu pertemuan yang tidak disengajakan. Bunga-bunga cinta berkembang semula. Namun suatu malam, R berkata ketika dia membuka sebuah beg lama, dia terjumpa beberapa barang yang hampir sama dengan pemberiannya kepada P. Saat itu R jadi murung memikirkan kesanggupan P memusnahkan semua pemberiannya selepas cinta terhalang oleh ugutan keluarga. Sedangkan pemberian itu sangat besar maknannya pada R. R merasakan jika P benar-benar kasihkannya, dia tidak sepatutnya musnahkan semua pemberiannya. Dia perlu menghargai pemberian dari seorang yang sangat dicintainya. Namun tidak untuk P. Dia lupuskan semua kenangan walaupun kata P kenangan dalam mindanya tidak pernah luput. Tetapi hati R sangat kecewa dengan tindakan P.


Jadi bila terkenangkan tindakan P itu, hatinya secara mendadak mulai pudar dan terus pudar. Dia cuba jadikan P sebagai kawannya tetapi gagal kerana baginya bekas kekasih tidak boleh jadi kawan melainkan kekasih juga…..


Saya yang mendengar cerita itu terfikir juga bahawa hati lelaki juga sangat sensitif. Menghargai pemberian sama juga menghargai orangnya. Bayangkan bagaimana perasaan hati orang yang memberi jika kita membuang pemberiannya dengan alasan yang boleh dielakkan. Contohnya jiran memberi kita kueh, katakan kueh itu tidak sedap lalu kita membuangnya di halaman rumahnya. BAYANGKAN……!!


Moral cerita R dan P ini ialah:- Hargailah pemberian setiap insan. Mengikut riwayat yang pernah saya dengar (kalau silap riwayat sila tegur), Nabi Muhammad s.a.w pernah diberi beberapa buah limau yang sangat masam oleh musuhnya yang ingin menduga tentang peribadi Rasulullah. Baginda memakan kesemua buah limau itu sambil tersenyum di hadapan orang yang memberi dan sahabat Rasulullah. Tujuan baginda Rasulullah makan sambil tersenyum ialah untuk tidak mengecilkan hati musuhnya. Jika dia mengerutkan kening ketika makan kerana buah yang masam, pasti musuhnya akan kecil hati…..Baginda juga makan kesemua limau itu tanpa memberi kepada sahabat-sahabatnya bimbang kalau-kalau sahabatnya tidak boleh tahan dengan kemasanan buah limau itu dan menunjukkan reaksi kurang menyenangkan kepada pemberi buah…. Itu musuh tu… Maknanya musuhpun kita kena hargai pemberiannya… apa lagi pemberian kekasih…..!!!

Sabtu, 14 November 2009

70 DOSA BESAR












Raja Abdul Aziz Raja Bakar, dari Penang mengirim pesanan ini ke dalam e-mail saya. Mari kita berkongsi pengetahuan ini dengan rasa penuh keinsafan....Insya Allah. Tanpa mengedit saya siarkan sepenuhnya.




DOSA-DOSA BESAR
1. Syirik (secara tak sedar pun ada...tapi dah selalu....jadi laa DOSA BESAR)
2.. Membunuh Manusia
3. Sihir
4. Tinggal Sembahyang (yang selalu di lakukan)
5. Tidak Mengeluarkan Zakat
6. Tidak Berpuasa (yang selalu di lakukan)
7. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan
8. Derhaka Kepada Ibu Bapa (yang selalu di lakukan)
9. Memutuskan Silatulraham
10.Berzina (individu tertentu)
11.Homosex
12.Memakan Riba
13.Memakan Harta Anak Yatim
14.Mendustakan Allah S.W.T dan Rasul
15.Lari dari Medan Perang
16.Sombong (yang selalu di lakukan)
17.Saksi Palsu
18.Meminum Arak(individu tertentu)
19.Pemimpin Yang Penipu dan Kejam
20.Berjudi (yang selalu di lakukan-secara tak sengaja)
21.Menuduh orang baik melakukan Zina
22.Menipu harta rampasan Perang
23.Mencuri
24.Merompak
25.Sumpah Palsu (HOT)
26.Berlaku Zalim
27.Pemungut cukai yang Zalim
28.Makan dari kekayaan yang Haram (skim2)
29.Bunuh Diri
30.Berbohong (yang selalu di lakukan)
31.Hakim yang Tidak adil (HOT)
32.Rasuah (HOT)
33.Wanita yang menyerupai Lelaki (dah banyak)
34.Tidak Cemburu
35. Cina Buta
36.Tidak Suci Hadas kecil
37.RIAK Mempamerkan Diri (yang selalu di lakukan)
38.Ulamak Dunia (jahat)
39.Khianat (yang selalu di lakukan)
40.Mengungkit- Ungkit Pemberian (yang selalu di lakukan)
41.Mengingkari Takdir
42.Mencari Kesalahan Orang lain (yang selalu di lakukan)
43.Menabur Fitnah (yang selalu di lakukan)
44.Mengutuk Umat Islam ( HARI-HARI)
45.Mengingkari Janji (individu tertentu)
46.Percaya Kepada Sihir dan Nujum
47.Derhaka kepada Suami (amalan isteri)
48.Gambar pada Baju (hari-hari)
49.Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala
50.Menggangu Orang lain (hari-hari)
51.Berbuat Zalim terhadap yg lemah
52.Menggangu Tetangga
53.Menyakiti dan Memaki Orang Islam (HOT)
54.Derhaka kepada Hamba Allah S.W.T dan menggangap dirinya baik
55.Melabuhkan Pakaian
56.Lelaki yang memakai Sutera dan Emas
57.Hamba Lari dari Tuan
58.Sembelihan Untuk Selain Dari Allah S.W.T
59.Menjadi Pak Sanggup (HOT)
60.Berdebat dan Bermusuh (HOT kat media)
61.Enggan Memberi Kelebihan Air
62.Mengurangkan Timbangan
63.Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah S.W.T
64.Putus Asa Dari Rahmat Allah S.W.T
65..Meninggalkan Sembahyang Berjemaah (hari-hari)
66.Meninggalkan Sembahyang Jumaat (setengah individu jgn lebih 3 kali dah laa....idea&fatwa bodoh)
67.Menguragi Wasiat
68.Menipu (Hari-hari)
69.Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain
70.Mencela Nabi dan Sahabat

Semoga kita semua terhindar dari segala dosa walau sekecil-kecil dosa.... Amin Ya Rabbal alamin

Jumaat, 13 November 2009

Sejarah Mengajar Kita

Kejujuran bukan sesuatu yang boleh dipaksa tetapi ianya boleh dilatih. Untuk mengasah kejujuran wujud dalam diri, keikhlasan adalah gandingan mantap. Tidak ada kepentingan, tidak ada udang di sebalik batu dan tidak ada perasaan ingin dipuji. Maka kejujuran hendaklah meniti pada garisan yang jelas dan tidak menimbulkan kesangsian.

(Jangan buat sesuatu yang boleh menimbulkan prejudis. Jika tidak jangan salahkan orang jika mereka mengsyaki sesuatu terhadap kita. )

Kata orang, jika kita tidak setia pada kekasih maka kekasih kita juga akan curang dengan kita. Sebagaimana kita menyakiti hati orang lain, tidak terkecuali suatu hari nanti kita disakiti pula. Hukum sebegini lazimnya berputar bagai roda. Sekali kita di atas sesekali kita di bawah. Memang fahaman inilah yang ramai orang pegang tanpa memikirkan bahawa kejadian, kudrat iradat Allah ini banyak tidak terhitung. Kita seolah-olah merasakan itu sahajalah yang Tuhan akan buat atas dunia ini.

Untuk melengkapkan apa yang saya ingin katakan dalam bicara ini, ramai orang mentafsirkan bahawa seorang isteri yang curang kepada suaminya kerana menyintai lelaki lain, tidak mustahil suatu hari nanti dia akan curang kepada pasangannya yang berikutnya itu. Kalau ikut adab biasa demikianlah akan jadinya. Tetapi perlu juga diingat, Tuhan sentiasa menerima taubat. Andai kata selepas itu wanita tersebut benar-benar insaf dan bertaubat tidak akan mengulanginya lagi, maka tidak akan berputar hukum sedemikian..... Tuhan Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Jika selepas taubat ianya masih berulang, fahamlah kita bahawa taubat wanita itu tidak diterima. Sama juga lelaki yang mencurangi isterinya.....

Jadi sebagai manusia yang waras, melakukan kesalahan yang sama pada keadaan yang sama, masa yang sama dan plot yang sama adalah manusia yang hipokrit (munafik atau fasik??) Manusia yang berfikir, tidak akan mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh orang lain.

Sebab itu : SEJARAH MENGAJAR KITA.... MAKA BERGURULAH DENGAN SEJARAH....KAJI PUNCA DAN PENYELESAIANNYA.... ORANG YANG BERAKAL TIDAK AKAN DIPATUK DUA KALI OLEH ULAR PADA LUBANG YANG SAMA, APA LAGI OLEH ULAR YANG SAMA.......

Rabu, 4 November 2009

Nilai Pembaziran....

Ada orang memberitahu saya bahawa untuk menilai tahap keakraban atau jumlah syaitan yang berdampingan dengan manusia adalah dengan melihat sebanyak mana pembazirannya. Makin banyak pembaziran yang dilakukan semakin bertambah kawan-kawannya dari golongan syaitan.

Suatu ketika saya pergi ke rumah kawan saya. Di rumahnya dia menghidang teh susu dan biskut. Saya memang kurang gemar dengan teh susu sebab dahulu ada Tukang Ubat kaki lima memberitahu teh susu boleh menawarkan ubat yang kita makan. Jadi saya minum separuh saja. Selepas berbual seketika saya memohon diri. Tiba-tiba kawan saya berkata, "Li, kau ada bela hantu raya yea??"

Saya terkejut dan bertanya, "kenapa kau kata gitu Mid?"

"Arwah datuk aku cakap, kalau sesaorang itu makan atau minum tidak habis, maknanya dia menyimpan baki makanannya itu kepada hantu belaannya atau sahabatnya iaitu syaitan." Jawab kawan saya yang berasal dari Perak itu dengan serius.

Terkedu aku dengan jawapannya. Lantas aku segera menghabiskan baki teh susu itu. Kawan saya menepuk bahu dan berkata lagi, "kan ada hadis, orang yang suka membazir itu saudara syaitan..."

Sepanjang perjalanan pulang saya teringat cerita-cerita orang tua bahawa jika sesaorang itu membela hantu raya, pelesit, atau jin atau sebarang belaan makhluk halus. dia mesti menjamu mereka itu dengan makanan-makanan tertentu. Contohnya darah, ayam panggang, berteh (beras goreng) dan sebagainya. Jika tidak makhluk belaannya akan meracau.

Saya fikir betul juga kawan saya cakap tadi bahawa tahap keakraban atau jumlah syaitan yang mendampingi kita perlu dinilai sebanyak mana kita melakukan pembaziran makanan setiap hari......Wallahu 'alam.

Isnin, 26 Oktober 2009

SBGP dan EPC

Mungkin ramai OKU yang telah menerima bantuan SBGP iaitu satu skim Bantuan Geran Perniagan untuk OKU membesarkan perniagaan dan memberi peluang pekerjaan kepada OKU. Bantuan ini dimulakan pada tahun lepas oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dengan peruntukkan jutaan ringgit. Usaha JTK untuk menaikkan taraf hidup OKU ini amatlah dihargai dan patut diteruskan serta diikuti oleh jabatan lain.
Walau bagaimanapun saya ingin mnyebut beberapa perkara di sini yang berkaitan. Pertama, SBGP berupa bantuan peralatan sahaja iaitu modal tetap seperti mesin dan sebagainya. Ada satu dua kes barangan / mesin yang ditempah tidak sebagaimana yang diminta. Pembekal menghantar barangan yang ada sesetengahnya tidak berkualiti sedangkan dalam invois lain jenamanya. Akibatnya mesin asyik rosak. Bila diajukan kepada pembekal, ditukar mesin lain tetapi masih juga asyik rosak.... Tetapi bagi pihak JTK, ada pegawainya menyindir dalam ceramahnya mengatakan kehairanan barangan yang dibeli oleh OKU berkenaan asyik rosak. Kenapa pihak JTK sendiri tidak memastikan betul-betul barangan yang dihantar oleh pembekal menepati apa yang tertulis dalam invois?? Mungkin ada kong kali kong oleh pembekal atau OKU itu sendiri, maka ketelusan adalah perlu.
Kedua, berkaitan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberi bantuan Elaun Pekerja Cacat kepada OKU. Mengikut garis ketetapan OKU yang layak mendapat EPC ialah mereka yang berpendapatan bawah RM1200.00. Kebanyakan penerima SBGP adalah OKU yang mendapat EPC. Sebelum mendapat SBGP mungkin pendapatannya RM800 sebulan, maka layaklah beliau menerima EPC. Selepas itu beliau mendapat SBGP, katakan bantuan peralatan RM50,000.00. Andai sebelum dapat SBGP katakan beliau memiliki tiga buah mesin jahit. Pendapatannya RM800.00 sebulan. Kemudian dapat SBGP untuk membeli tambahan 3 buah mesin lagi. Secara logik pendapatannya akan meningkat menjadi RM1600 sebulan. Ini bermakna beliau tidak lagi layak menerima EPC. Tetapi apa yang terjadi tidak begitu. Setakat hari ini rasanya penerima SBGP belum ada yang ditarik balik EPC.
Persoalan yang saya ingin kemukakan adakah ini bermakna SBGP tidak berjaya menaikkan taraf hidup
OKU atau adakah SBGP sekadar untuk memberi peluang OKU lain bekerja?
Ada sesetengah pegawai berkata, mana-mana OKU yang mendapat SBGP dan kemudian pendapatannya meningkat lebih RM1200 diminta hadir ke pejabat dan secara sukarela memberitahu supaya EPCnya dipotong....Mungkin ada insan yang berjiwa seperti harapan pegawai tersebut tetapi berapa ramai? Berapa peratus???

Jumaat, 23 Oktober 2009

Puisi Kenangan






Aku bergayut kedewasaan
sedang engkau mengungsi remaja
di sini
aku menganyam cinta
setia mengasak penantian
di depan waktumu
berteman sayu
serpihan harapan
sekadar melembutkan rasa
mengindahkan mimpi.


Namun segalanya
ilusi terluka
penantian membakar kesabaran
harapan menyengat pilu
cinta bukan sekadar rindu
tetapi pemilik kalbu.

Suatu kenangan yang amat menyiksakan........................bagiku...

Selasa, 20 Oktober 2009

Merindu...

 Sakit merindu tidak ada ubat yang boleh diperolehi di hospital. Ianya hanya perlu menemui orang yang dirindui. Walaupun tidak sepenuhnya tetapi cukuplah untuk mengubati kerinduan yang selama ini membungkam, Orang kata, dekat lagikan rindu inikan pula berjauhan.... Saat inilah orang kata bila rindu ku sebut namamu....Namanya tersebut sahaja tanpa dipaksa... spontan.... Demikianlah rindu... kali ini kita bercakap pasal rindukan kekasih hati....
Cuma yang parahnya jika merindu orang yang ada di depan mata. Pelik tetapi benar kepada yang pernah mengalaminya. Ada serangkap pantun yang saya perolehi dari orang tua dahulu:
Pucuk putat layu,
pucuk pauh kembang,
duduk dekat malu,
duduk jauh sayang....

Duduk jauh sayang ditafsirkan sebagai rindu.... Semasa dekat susah hendak bercakap kerana malu dan sebagainya.....

Tetapi rindu sebenar sangat pedih, gelisah dan apa saja yang dibuat tidak menentu....Hati teringat kepada sidia yang jauh di mata.... ingin sangat menemuinya segera....Wajahnya sentiasa terbayang dengan penuh ghairah dan pilu....ada sesetengahnya bila merindu.... air mata tetiba turun meleleh di pipi....

Jika ada telefon, bil melambung tinggi.....

Ada sesetengahnya... kebahagiaannya adalah merindukan kekasih hati...

Ubat sebenar rindu yang disahkan mujarab ialah kahwin dengan orang yang dirindui....

Ahad, 11 Oktober 2009

Pilihanraya Kecil Bagan Pinang


Secara lebih kurang saya tahu makna rasuah. Sejak dulu memang rasuah cukup membahaya. Bahaya rasuah bukan sahaja kepada individu tetapi boleh smpai ke peringkat negara. Pilihanraya kecil Bagan Pinang membuatkan saya terfikir sebesar mana dosa rasuah dalam politik. Calun yang disabitkan kes rasuah dan didapati bersalah kemudian dihukum. Habis tempoh hukuman, beliau dipilih jadi calun pilihanraya kecil Bagan Pinang. Selepas itu dipilih secara majoriti oleh rakyat di situ untuk menjadi wakil rakyat.

Pada fikiran saya orang ramai mungkin mengambilkeputusan memilihnya ada beberapa sebab. Pertama mungkin itu pilihan ketua parti mereka lalu mereka kena patuh. Kedua mungkin mereka fikir calun tersebut sudah insaf. Lagipun bukan ditahan di penjara. Tidak digelar banduan. Yang duduk dalam tahanan ISA boleh menang. Ketiga mereka terlampau bencikan pembangkang.

Pada pendapat saya, masyarakat kita lupa seketika kata-kata mantan seorang Perdana Menteri yang berbunyi, "kita bukan sahaja kena bersih tetapi mesti nampak bersih...."

Walau bagaimanapun, kehendak Tuhan mengatasi segala-galanya. Ada hikmat dan pengajaran yang akan diberikan selepas ini. Yang menang bukan bermakna menang sebenar-benarnya dan yang kalah sebaliknya juga.

Saya rasa jika semua pengundi menghayati artikel Bekas Mufti Perlis dalam blognya Minda Tajdid sebelum pergi mengundi, keputusan mungkin bukan seperti yang kita dapati hari ini. Tetapi menghayati bukan dengan iman tidak banyak membantu......

Pengajaran awal yang saya perolehi, jika sudah terlalu taksub, letak calun tunggul kayu pun boleh menang. Tidak kira parti mana.....

Isnin, 28 September 2009

Persepsi Merajuk



Setiap insan pasti pernah merajuk. Merajuk adalah satu perlepasan perasaan untuk menyatakan kerendahan diri, hati terasa, sedih, untuk menginsafi, untuk muhasabah diri, menyatakan perasaan kecil hati atau dan berbagai tujuan lagi.

Cara merajuk pun ada macam cara. Sesetengahnya menyepikan diri, yang ada jawatan ugut atau terus lepaskan jawatannya, yang ada kawan memulaukan diri sendiri dan lain orang lain rajuknya.

Pada yang ada kekasih, akan merajuk dengan tujuan untuk dipujuk agar kemesraan dapat dilebihkan. Ada juga kekasih merajuk untuk menilai sejauh mana sayangnya dia kepada kekasihnya.

Tetapi merajuk yang saya ingin ketengahkan kali ini adalah rajuk seorang kerana usahanya tidak dihrgai, malah diperlekehkan. Bila diperlakukan begitu...... Tuhan sahaja tahu betapa kecilnya hati.....

Ada seorang yang berusaha membawa kemajuan pada sebuah rumah kebajikan. Dia bekerja siang malam tanpa memikirkan upah kerana memang itu kerja kebajikan. Tujuannya satu iaitu untuk kepentingan orang lain. Baginya, dirinya tidak penting asalkan dia dapat buat kebajikan dengan seikhlas seadanya. Dia gunakan segala pengalaman, kebijaksanaan dan ruang masanya semata-mata untuk rumah kebajikan dan penghuninya.

Malangnya apabila timbul satu masalah yang ditimbulkan orang lain, tiba-tiba dia dipersalahkan dengan sepenuhnya. Sapa yang tidak kecil hati bila diucapkan, "awak sebenarnya tidak perlu ada di rumah kebajikan ini....cukuplah datang sekali sekala sahaja untuk memantau...."

Terasa tidak dihargai dengan segala usaha yang dilakukan, akhirnya seorang itu menyepikan diri dan merasa dirinya seperti kacang... sudah dapat isi, kulitnya dibuang.....

Juga.... Masa perlu ditatang, masa bosan ditendang..... Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi..... masa belajar jadi pelajar, sudah pandai kurang ajar....(kasar ke? maaf)....

...dan banyak lagi perumpamaan yang boleh dibandingkan tetapi apa gunanya kalau yang terlibat tetap tidak terasa apa-apa... malah mencebih bibir menganggap seorang itu yang salah faham... seorang itu yang tidak mahu mengakui kesilapannya... dan pelbagai anggapan lagi..... sekali lagi seorang itu dipersalahkan kerana mudah sangat merajuk....

...dan yang dapat dikenalpasti.... panas setahun cukuplah dengan hujan sehari.... habis semua basah...maknanya.. buatlah baik sebanyak manapun tetapi jika sekali buat salah... yang salah itulah akan dikenang orang.... segala jasa budi dan pengorbanan selama ini hilang entah kemana... adilkah dunia???

Ahad, 20 September 2009

Lebaran 1430H telah tiba.



Setelah 29 hari berpuasa, kini menjelma Hari Lebaran, 20 September 2009. Hari menyatakan kesyukuran setelah berjaya menamatkan sebulan bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi juga menahan diri dari segala kebiasaan. Yang wanita sebelum ini penuh make-up di muka masuk bulan puasa wajah asli dipamerkan.

Yang suka mengumpat akan mengurangkan aktiviti tersebut. Yang lelaki apabila masuk waktu Isyak, masing-masing berjemaah di masjid untuk bertarawih. Wanita juga begitu. Tetapi itu yang suka dengan ibadat dan tahu kelebihan bulan Ramadan. Yang tidak sedar diri, baginya sama sahaja bulan mana-mana pun. Tidak akan terdetik apa-apa dalam sanubarinya kecuali berharap cepat-cepat bulan Ramadan berlalu....

Pada Hari bahagia Aidilfitri ini, pelbagai ucapan diterima sama ada melalui kad ucapan atau menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), e-mail dan lain-lain. SMS paling popular. Saya ingin kemukakan beberapa petikan ucapan menerusi SMS yang masuk ke dalam telefon saya.

"Jika kesilapan semalam belum terampun, maafkanlah. Jika Kesilapan Hari ini menyakitkan hati lupakanlah, jika kesilapan esok datang, janganlah bawa ke akhirat. Ingin saya menyusun sepuluh jari, mohon kemaafan zahir dan batin. SALAM AIDILFITRI."

"Tiba Syawal berakhir Ramadan, Aidilfitri menghujung puasa, tangan dihulur simbol bermaafan, hening bersih segunung dosa, Selamat  Hari Raya Aidilfitri."

"Ukhwah itu terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir, tetapi pada ingatan sesaorang terhadap saudaranya di dalam doanya (Imam Al-Ghazali). Selamat Raya Aidilfitri...."

"Indah langit kerana awan, indah laut kerana kebiruan, indah Aidilfitri kerana kemaafan, indah Aidiladha kerana pengorbanan, Selamat Menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir Batin..."

Begitulah antara SMS yang saya terima sepanjang tahun ini....

KESEMPATAN INI SAYA MENGUCAPKAN RIBUAN AMPUN DAN MAAF JIKA SEPANJANG MENGENDALIKAN BLOG INI ADA  MENGGURISKAN HATI SESIAPA. TIDAK ADA NIAT SEDEMIKIAN......

SELAMAT HARI RAYA....MAAF ZAHIR DAN BATIN......

Selasa, 15 September 2009

Cinta sebelum & Selepas Kahwin

Sesungguhnya menyintai sesaorang adalah sesuatu yang sangat membahagiakan walaupun pelbagai rintangan dan halangan terpaksa dihadapi. Jika kekuatan cinta benar-benar utuh, pendek kata ombak dan badai, duri dan ranjau, tidak akan menghakis perasaan cinta. Bahkan ianya bertambah kuat dan kukuh padu.

Cinta sebelum kahwin dan selepas kahwin ada perbezaan. Saya ingin memberi pandangan saya secara peribadi untuk kita sama-sama fikir. Pada pendapat saya cinta sebelum kahwin dan kemudian kahwin lebih bahagia daripada cinta selepas kahwin. Bahagia di sini maksudnya kebahagian jiwa.  Saya katakan begitu kerana cinta sebelum kahwin akan memberi peluang kepada kita merasai kemanisan cinta sebenar sebab kita ada 'target' kenikmatan selepas diijabkabul. Kita menanti saat itu, kita menghitung hari menunggu saat dinikahkan kemudian menjalani kehidupan rumahtangga dengan orang yang sudah tentu kita menyayanginya. Semasa kahwin, kita merasakan kitalah yang paling bahagia dalam dunia ini. Selepas itu perjalanan cinta biasanya akan mengikut sumpah setia janji sebelum ini.....  Kita mendapat tiga kebahagiaan, sebelum, semasa dan selepas kahwin..... Selepas malam pertama (jika berlaku) kita akan tahu bahawa kita memang menyintainya)

Tetapi cinta selepas kahwin, kita diburu dilema samada kita boleh atau tidak menerima cinta pasangan kita. Kita terasa dikongkong kerana tidak berupaya memilih sendiri jodoh. Kita lebih kepada 'ikutlah'. Untuk menempuh keserasian cinta dengan pasangan sesuatu yang susah untuk dibentuk. Kita lebih kepada menerima seadanya. Kita bagaikan terpaksa menyintai pasangan kita walaupun bukan lahir dari hati. Kita tidak mesra dengan pasangan. Lebih kepada menggalas tanggungjawab. Perasaan cinta tidak menonjol tetapi lebih kepada perasaan suka atau sayang saja.

Mereka yang bercinta selepas kahwin akan merasai sayang dan suka hanya selepas malam pertama. Mereka 'gilakan' pasangan mereka kerana 'kenikmatan' yang dirasai pada malam pertama. Itulah cinta yang mereka rasakan walaupun pasangan mereka bukan kehendak hati sebenar. (Mungkin kalau tidak ada kenikmatan malam pertama, tidak akan ada cinta bagi mereka.....?)

Tidak mustahil mereka yang bercinta selepas kahwin akan mengimpikan cinta sebelum kahwin apabila sudah kahwin nanti. Sebab itu walaupun sudah kahwin, sesetengah ada yang cuba 'pasang' seorang lagi untuk merasa kenikmatan cinta sebelum kahwin.

ARTIKEL INI TIDAK BERNIAT UNTUK MELUKAKAN HATI SESIAPA. SEKADAR PENDAPAT PERIBADI YANG HANYA DISOKONG ILHAM FIKIR SAHAJA. Harap Maaf.

Jumaat, 11 September 2009

Taksub Kepada Bomoh

Seorang kawan (Z) bercerita, dia dituduh mengilmukan isteri kawannya K. Cerita bermula apabila isteri K yang juga kawan kepada isteri Z bekerja di syarikat Z.Oleh kerana selalu balik lewat dan malam-malam bertalipon, K jadi cemburu. K mula curiga dan dalam senyap-seyap dia bertemu seorang bomoh di utara Kelantan. Entah macamana cerita, bomoh itu menujum mengatakan isteri K terkena ilmu Z semasa mereka out station di Pulau Pinang. Kononnya Z menggunakan ilmu tiup ke muka. Maka kononnya isteri K pun tergila-gilakan Z.

Tetapi walaupun bomoh itu memberi minum air jampi dan sebagainya isteri K tetap tidak berubah sentiasa sibuk dengan tugasnya di syarikat Z. Isteri K tetap tidak mahu berhenti kerja walaupun K memaksanya. K terus berusaha mencari bomoh lain sehinggalah mencecah dua puluh orang. Yang peliknya, kalau Tok Alim atau Tok Lebai kata isteri K bukan terkena buatan orang tetapi memang perangai isterinya, K tidak mempercayainya tetapi jika ada bomoh khurafat berkata dibuat orang dia terus percaya dan menuduh kawannya Z.

Bukan setakat itu sahaja, K membawa cerita kepada semua kaum keluarga dan kawan-kawannya bahawa Z mengilmukan isterinya. Habis keluarganya mengancam hendak membelasah Z. Bahkan bapa K cuba merempuh Z ketika bertemu di masjid. Mujur tidak terjadi kes.

Z kata kalau betul dia ada ilmu boleh membuat orang gilakan dia, dia tidak akan ilmukan isteri K yang sudah mempunyai 8 orang anak itu. Kalau betul dia ada dia akan ilmukan anak dara......

Isteri K tidak juga berubah walaupun dah berpuluh bomoh ditemuinya. K semakin taksub kepada bomoh. Sebut saja ada bomoh dia akan jumpa walaupun habis beratus ringgit. Isteri K kata kenapa suaminya tidak minta bomoh-bomoh yang dia jumpa itu membuat pembenci supaya dia membenci kepada Z dan tidak bekerja di situ lagi. Dia bekerja kerana ada alasan tersendiri.

Walau bagaimanapun untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku berikutan K sendiri mengancam Z, maka Z memberi cuti tanpa gaji kepada isteri K untuk meredakan keadaan. Namun begitu, K sentiasa mengancam Z. Hubungan persahabatan sudah putus......

(Cerita ini banyak yang boleh dipersoalkan.........................)

Isnin, 7 September 2009

Kenangan Silam - Memori Remaja.

Tika sendirian di depan monitor usang, kuteringat puisi-puisi lama yang banyak tersimpan dalam fail. lalu kucapai sebuah fail puisi lama yang kukarang puluhan tahun lepas. Setelah membelek-belek kuterjumpa sebuah puisi yang sangat meninggalkan kesan zaman keremajaan dahulu.... walaupun puisi ini tidak bernilai sastera tetapi sengaja kucatatkan di sini supaya ingatanku tidak nyanyuk.....
PUISI PENGEMIS CINTA II
Misteri apakah semalam Shafira
bahtera belayar di samudera sepi
karam tanpa kematian
pulau bahagia hanyut tenggelam
mata tercapai tangan tak sampai.

I - Musim berganti zaman
     variasi memisahkan perjalanan
     remajamu melangkah dewasa
     harapan memuncak ketandusan upaya
     kau berlegar di ruang masa
     aku menanti dalam mitosis usia
     terpaku di depan tabir waktu.

     Lagenda uda dan dara
     mimpi sekadar melembutkan perasaan
     lalu terjaga diulit keresahan
     bangkit memandang pilu
     setitik
     setitik
     airmata membilang bilah-bilah kehampaan
     kau dengan mercu kejayaan
     melangkah membina sempadan kita.

II - Saat tawa memenuhi kerianganmu
      aku menyusur luka-luka duka
      menyentuhi serpihan cinta terpadam
      ketewasan dari pengemisan semalam
      menghantar aku ke dasar kekecewaan.

     Pengemis-pengemis seperti aku
    dinafikan ruang teduh cinta
     membiarkan kasih bertaburan, bergelimpangan
     kepanasan dibakar penantian
     kedinginan diselimuti kerinduan

Realiti menyedarkan aku Shafira
jurang antara kita ciptaan insan
kita antara jurang ciptaan Tuhan
egoistik, materialistik dan keupayaan
menjarakkan titik pertemuan
dan tidak mungkin bertemu lagi.....

......................dan bila teringatkan sebab-sebab lahirnya puisi ini, air mata hampir menitis......

Jumaat, 28 Ogos 2009

Teka teki yang masih jadi teka teki

Tetiba suatu malam saya teringat satu kenangan lama ketika saya mengikuti arwah abang saya membuat "homework" bersama kawan-kawannya. Masa itu umur saya baru 15 tahun. Selepas mentelaah pelajaran, abang dan kawan-kawannya berehat sambil mengemukakan teka teki untuk menghiburkan hati. Dalam banyak teka teki itu ada satu teka teki yang sampai sekarang tidak berjawab secara jelas.

Teka teki berbunyi: Ada tiga orang sahabat pergi makan di satu restoran. Selepas makan, mereka memanggil pelayan untuk mengira harga makanan yang telah dimakan. Pelayan itu kira dengan cepatnya dan berkata semuanya RM30. Tanpa bersoal jawab, tiga sahabat tadi mengeluarkan wang sebanyak RM10 seorang dan diberikan kepada pelayan tadi. Pelayan tadi pun membawa duit RM30 tadi kepada taukey kedai. Setelah meneliti dengan teliti harga makanan, taukey kedai suruh kembalikan RM5 kepada tiga sahabat tadi kerana sebenar ialah RM25 sahaja. Pelayan tadi pun pergi semula ke meja tiga sahabat tadi tetapi sebelum sampai ke meja mereka, dia telah mencuri RM2.  Selebihnya RM3 diberikan kepada tiga sahabat tadi. Masing-masing mengambil RM1 seorang. Ini bermakna setiap sahabat tadi mengeluarkan RM9 seorang untuk membayar makanan yang dimakan tadi.(Betul lah sebab mula-mula bagi RM10 seorang kemudian dapat baki RM1, maknanya beri RM9)

Jika RM9 seorang keluarkan duit, tiga orang bermakna RM27. Cuba tambahkan dengan duit yang pelayan curi tadi RM2, jumlahnya RM29. Soalannya, di manakah hilangnya RM1 lagi??? Sebab jumlah semua duit yang berkisar ialah RM30.

Kawan-kawan abang saya cuba jawab dengan pelbagai idea tetapi semuanya buntu. Dan yang menyoal soalan itu juga sebenarnya tidak tahu jawabannya.

Saya sendiri juga selepas itu meneka soalan ini kepada kawan-kawan saya dan sampai sekarang tidak ada yang menjawab dengan sebenar-benar jawapan dan  saya pun tak tahu jawapannya....

Teka teki itu masih jadi teka teki sampai sekarang.... Ada sapa-sapa tahu?

Khamis, 27 Ogos 2009

Bertaubat Dalam Bulan Ramadan




Bertaubat sebenarnya bukan sahaja dalam bulan Ramadan tetapi kesempatan pada bulan yang penuh barakah ini sebenarnya banyak memberi kelebihan. Suasana di bulan lain tidak seperti bulan ini. Pada bulan ini kita merasa kasihan pada semua insan termasuk kepada diri sendiri. Ini kerana kita berada dalam keadaan yang lapar dan dahaga. Hati mudah tersentuh dan sensitif. Oleh yang demikian bila berdoa dan memohon keampunan dari Allah s.w.t saat diri kita yang berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya (kesan dari puasa), jiwa kita terasa kecil dan hina dengan dosa-dosa yang pernah kita lakukan sebelum ini. Apa lagi jika dosa besar yang kita lakukan.

Saat kita mengangkat tangan memohon doa keampunan, saat itu kita merasakan Allah memerhati kita dengan paparan segala rahsia dosa yang kita lakukan sebelum ini samada secara terangan atau tersembunyi. Kita mengaku kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan. Kita menyatakan kekesalan dan berjanji tidak akan mengulangi lagi segala kesilapan tersebut di masa depan. Maka saat itu, jarang insan yang tidak mengalirkan air mata kerana kekesalan kecuali hati orang yang tidak betul-betul menyesal atau tidak ikhlas mahu taubat nasuha.

Allah s.w.t sentiasa mengampunkan segala dosa jika kita benar-benar inginkan keampunannya kecuali dosa syirik. Oleh yang demikian, sempena bulan Ramadan yang mulia ini, saya menyeru kepada diri sendiri dan pembaca blog sekelian, marilah kita semua bertaubat dengan bersungguh-sungguh di samping menjalankan amalan yang memberi saham yang menguntungkan di akhirat.

Sama-sama kita menjalankan ibadat puasa dengan penuh keinsafan........

Isnin, 17 Ogos 2009

Pasal wanita...


Saya teringat kata-kata seorang Pegawai di suatu Daerah yang berkata, " sebagai ketua jabatan, atau pengerusi kita mesti bersikap professional dalam melayan anak buah atau staff. Tidak boleh jatuh cinta kepada kakitangan bawahan kita....Kalau ada perasaan itu, sebagai ketua kita perlu buang jauh-jauh...."


Saya renung mata pegawai wanita yang belum kahwin itu dalam lingkungan umur 27 - 29 tahun dengan penuh persoalan. Saya tidak berpeluang berbincang jauh tentang perkara itu dan saya tidak mahu persoalan awal saya iaitu, "salahkah kalau saya jatuh cinta dengan orang bawahan saya?" disalahtafsirkan....
Apa yang saya fikirkan selepas itu ialah perasaan hati lelaki dan wanita. Ada satu hadis yang saya rasa kalau tidak silap membawa maksud, "jangan kamu pandang wanita bukan muhrim kamu lebih dua kali. Tetapi saya faham bahawa hadis ini bukan sahaja ditujukan kepada lelaki sahaja, tetapi juga kepada perempuan kerana perempuan juga ada yang suka pandang, jeling, renung dan main mata dengan lelaki bukan muhrim mereka walaupun bersama suami ketika itu. Jangan menidakkan fakta ini kerana lazimnya wanita dan lelaki sama sahaja dalam konteks perasaan. Cuma jika wanita berperangai seperti itu sungguh tidak 'comel'.

Ada wanita yang nampak serius ketika di khalayak ramai, contohnya ketika makan di restoran tetapi cara dia memperagakan wajah, raut muka, jelingan dan renungannya mudah diketahui bahawa dia sedang mengambil perhatian sesaorang lelaki di situ. Kadang-kadang dia tidak minat kepada lelaki yang ada di situ tetapi dia bangga atau gembira jika lelaki itu asyik pandang padanya, apa lagi jika memberi senyuman. Dia puas jika ada lelaki tergoda atau terpikat dengan dirinya sebab cara dia menampilkan diri memang ingin mengambil perhatian. Sekurang-kurangnya hatinya berbisik, "lawa aku ni...." Dan perempuan jenis ini suka bertemu mata dengan lelaki...bertentangan dan mengharapkan lekaki itu berkenan padanya... walaupun dia sendiri tidak berminat... Pelik tapi ini benar....

Ada juga wanita yang suka memberi peluang atau membuka jalan kepada lelaki memandangnya, menegurnya dan jatuh hati kepadanya menerusi bahasa badan atau kata-katanya. Contohnya jika ada lelaki berkata, " minta lalu sikit..." Dia pun segera menjawab, "minta lalu saja? Tak nak minta lain-lain lagi?" Ini maknanya dia buka jalan kepada lelaki itu untuk meneruskan percakapan dan akhirnya berkenalan dan sebagainya.... Begitu juga bahasa badan, dia akan pura-pura lurut betis, peha, atau membaiki baju di bahagian "susu"nya atau memuncungkan bibir atau menjilat bibir. Berjalan sendirian...... Banyak contoh lain..... Tetapi perlu diingat bahawa wanita yang baik tidak akan bersikap seperti di atas.... TETAPI ingat juga bahawa sifat sebegini sama sahaja keburukannya kepada lelaki atau perempuan.

Wanita yang baik tidak menimbulkan fitnah, tidak membuat fitnah. Wanita yang baik juga tidak akan memandang lelaki bukan muhrim atau tidak dikenalinya melebihi batasan yang dibenarkan.......

Berbalik kepada cerita pegawai wanita tadi, saya kadang-kadang sukar untuk membaca hatinya kerana wajahnya yang selamba dan bersahaja. Pada logiknya dia seorang cantik, menawan dan muda tidak mungkin terlibat dalam kancah percintaan? Pada staffnya mungkin tidak tetapi pada orang lain? Saya pernah tanya dia, " Cik dot-dot pernah bercinta?" Dia jawab sambil tersenyum, "kita sedang bekerja ni, jangan cakap pasal peribadi..." Sama ada dia malu nak bercakap pasal ini atau dia memang dan frust berkali-kali.. wallau a'lam....

Jumaat, 7 Ogos 2009

Puisi untuk ibu


Saya menerima satu e-mail dari seorang waris yang tinggal jauh nun di Pulau Pinang. (Gambar) Beliau telah mengirim sebuah puisi ciptaannya khas untuk mengenang arwah ibunya. Memandangkan puisi ini suara hati untuk ibunya tersayang, saya tidak mengeditnya bagi memberi kepuasan hatinya yang melahirkan sebuah puisi ikhlas dari hatinya untuk orang yang tersayang..... ibu
IBUKU………….
KAULAH SINAR HATIKU,
NAMUN……
KAU TELAH PERGI,
UNTUK SELAMA2NYA.

IBUKU………….
KAU PERGI MENGADAP ILAHI,
KAU TINGGAL SEGALA2NYA,
KEGEMBIRAAN DAN KEMEWAHAN DUNIA,
HANYA KAIN KAPAN MENGIRINGIMU,
TANAH MENJADI TEMPAT TIDURMU,
INSYAALLAH…..
IMAN DAN AMAL MENJADI TEMANMU,
SENTIASA KU BERDOA KE ATASMU,
AGAR KAU DIKASIHI ILLAHI.

IBUKU………..
IMBAS KEMBALI KENANGANKU,
KETIKA BERSAMAMU,
KAU SELALU MEMBERI KASIH SAYANG KEPADAKU,
AKU JUGA SERING BERMANJA DENGANMU,
ALANGKAH SERONOKNYA DI HATIKU,
KETIKA BERSAMAMU,
SEGALA KENANGAN AKAN KUSIMPAN ,
DI SANUBARIKU.

IBUKU………….
TENANGLAH KAU…….
GEMBIRALAH KAU…..
SENANGLAH KAU……
DOAKU AGAR ROHMU DIBERKATI,
INILAH PUISI UNTUK IBUKU.

Coretan oleh:Raja Aziz….2 Ogos 2009
* Terima kasih atas sumbangan puisi. Kepada yang telah kehilangan seorang wanita bernama ibu, sama-samalah kita doakan agar ibu-ibu kita semua di tempatkan bersama-sama orang yang soleh.... Amin. InsyaAllah.

Khamis, 6 Ogos 2009

Berat Mata Memandang


Peribahasa ini semua orang pernah dengar... Berat mata memandang berat lagi bahu memikil. Lazimnya orang yang memikul memanglah terasa beratnya. Yang melihat tolong simpati sahaja dan sememangnya ramai yang simpati sahaja, tapi bila minta tolong, ramai yang jawab "saya tak tahu.... Jawapan yang selalu dikeluarkan oleh orang malas atau orang yang 'malas baso'.


Semua yang saya kata ini adalah kesinambungan dari cerita Dibuat Orang". Dipanjangkan cerita, setelah rata-rata disebarkan bahawa kawan saya itu menggunakan ilmu pengasih untuk memikat perempuan, kawan saya itu telah berjumpa dengan keluarga perempuan itu untuk bersemuka. Setelah diterangkan dengan jelas, maka sedarlah keluarga perempuan itu dan si bapak perempuan itu pun memohon maaf kepada kawan saya itu. Kawan saya ini memanglah pemaaf orangnya maka dengan senang hati menerima maaf yang dihulurkan. Mudah sahaja kata-kata yang keluar dari mulut bapak perempuan, " minta maaflah, nak buat macamana, masa tu tengah marah..." (Bagaimana perasaan bapak perempuan tu, kalau kawan saya yang kata begitu kepadanya setelah menuduh macam-macam...?)

Apa yang menjadi masalahnya, keluarga perempuan itu tidak pula membetulkan semula tuduhan yang dibuat sebelum ini kepada orang-orang yang disebarkan.... Maka walaupun keluarga perempuan itu meminta maaf tetapi orang ramai masih lagi menganggap kawan saya ini menggunakan ilmu pengasih untuk memikat perempuan.... Cerita itu terus tersebar dan tersebar.....

Pada keluarga perempuan itu tuduhannya simple sahaja, tak perlu diperbetulkan tetapi bagi kawan saya ini tuduhan itu sangat berat dan mengaibkan, itulah berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, contohnya perkataan bodoh mungkin biasa bagi sesetengah orang tetapi setetengah orang boleh membawa kepada pembunuhan.........Tetapi kawan saya ni anggap semuanya dah selesai setelah keluarga perempuan minta maaf.... Dia pun 'malas baso' dengan orang bodo.....

Bolehkah diterima maaf spesis jenis ini???

Tepuk dada tanya selera.,....

Ahad, 2 Ogos 2009

Seloka Orang Bercinta


Seloka ini pernah saya cuba hantar ke suatu penerbitan tetapi tidak disiarkan...Mungkin tidak menepati kehendak penerbitnya atau bahasa yang saya gunakan tidak sesuai... Namun saya siarkan di sini untuk tatapan kita semua agar dapat sekurang-kurangnya menghiburkan hati.....


Apa salahnya bermadah seloka
sambil membaca bersuka-suka
dapat menghibur hati berduka
moga terubat hati yang luka.

Kalau hati sudah sayang
siang malam terbayang-bayang
apa dibuat terkenang-kenang
mandi dan makan menjadi kurang.

Masa bercinta semuanya indah
hati memuja disampaikan lidah
apa disebut menjadi madah
hati senang sedih tak pernah.

Bila sudah patah hati
bosan hidup bak ingin mati
makin difikir makin dituruti
semua dipujuk tak dapat diganti.

Bila benci semua tak kena
tak mahu jumpa di mana-mana
yang cantik menjadi hina
ibarat sesen tidak berguna.

Memiliki kasih bukannya rupa
fikiran dan hati biar serupa
budi bahasa jangan dilupa
itulah orang yang harus disapa.

Kasih sayang bukan mainan
bukan jualan bukan belian
kalau boleh ia dibandingkan
umpama luas sebagi lautan.

Karya ini dikarang pada 29 Mac 1991.

Rabu, 3 Jun 2009

Dibuat Orang


Sejak dahulu, ramai orang percaya dan sesetengahnya taksub kepada bomoh, dukun, pawang atau seangkatan dengannya. Apa yang dikatakan oleh bomoh dipercayai seratus peratus walaupun tidak logik dan tidak boleh diterima akal.

Saya menulis tentang ini (walaupun hal ini telah banyak dipertuturkan) kerana ada seorang kawan saya menerima bahana pertuduhan bomoh. Kawan saya ini tidak termasuk dalam golongan orang kacak, bahkan beliau bukannya berjawatan tinggi atau hartawan. Beliau telah bercinta dengan seorang wanita yang agak berkedudukan dan lawa. Mereka saling mencintai dan merancang hendak kahwin. Malangnya keluarga wanita itu tidak menyukai lelaki ini. Puas ikhtiar menghalang percintaan ini tetapi wanita itu semakin kuat menyintai lelaki itu.

Akhirnya keluarga wanita itu pergi berjumpa seorang bomoh. Setelah mendengar masalah dan penjelasan dari keluarga wanita itu, bomoh itu tanpa segan silu membuat tuduhan (nujum) bahawa wanita itu telah terkena ilmu pengasih lelaki itu yang diletakkan dalam makanan. Kata-kata bomoh itu yang seakan betul memberitahu perwatakan lelaki itu telah dirakam untuk diperdengarkan kepada wanita itu.

Setelah mendengar rakaman kata-kata bomoh itu, wanita itu segera memberitahu kekasihnya. Terkejut sakan lelaki itu dan hendak ketawa pun ada. Tetapi lama kelamaan, lelaki itu mula rasa terhina dengan tuduhan tersebut. Apabila hal ini disebarkan oleh keluarga wanita itu, pelbagai pandangan negatif diberikan kepadanya. Sangat terhina dirasakan. Mentang-mentanglah rupanya buruk, miskin, orang menganggap, untuk mendapatkan seorang kekasih terpaksa menggunakan ilmu, sedangkan dia tidak pernah percaya ilmu-ilmu begini. Mujurlah kekasihnya tidak terpengaruh dengan dakwaan bomoh tadi.

Lelaki itu berkata, kalau wanita itu hendakkan dia kerana digunakan ilmu, maka dia (lelaki itu) yang turut tergila-gilakan wanita itu adakah juga diilmukan oleh wanita itu?

Siasat punya siasat, tahulah bahawa, tuduhan bomoh itu yang hampir tepat berkenaan lelaki itu sebenarnya telah digambarkan sedikit sebanyak oleh keluarga wanita itu semasa ditanya oleh bomoh itu. Menggunakan maklumat yang disampaikan, lalu bomoh itu membuat ramalan yang seolah-olah tepat kena batang hidung lelaki itu.

Air jampi yang diberikan bomoh tadi tetap diminum oleh wanita itu setelah dipaksa oleh keluarganya. Setelah minum beberapa hari, hati wanita itu terus kukuh menyintai lelaki itu.....

Moral cerita ini: Melakukan hal-hal nujum adalah haram hukumnya. Orang yang menujum dan orang yang mendapatkan khidmat nujum sama dosanya. Fasik ke, munafik ke, kufur ke hukumnya, kedua pihak telah melakukan satu kesalahan dosa besar di sisi agama. Perasaan cinta sebenarnya wujud secara semula jadi dalam diri insan. Cinta sesuatu yang unik.

Jadi jangan percaya kegilaan sesaorang kepada sesaorang kerana diilmukan. Lainlah kalau kerana diberi makan racun........ sahlah diracunkan......


Lelaki itu berkata lagi, dia tidak akan memaafkan orang yang terlibat membuat tuduhan itu sehinggalah mereka memohon maaf daripadanya......

Rabu, 6 Mei 2009

Manisnya masa bercinta...!



Alam percintaan sungguh mengasyikkan. Sesiapa yang pernah mengalaminya pasti mengatakan ya. Tidak kira tua atau muda, percintaan satu yang lumrah dalam dunia insan. Cara mungkin berbeza tetapi matlamat tetap sama iaitu kekal selama-lamanya kecuali yang bercinta kerana ada udang di sebalik batu.

Percintaan orang muda berlainan dengan orang veteren. Orang muda bercinta penuh dengan madah pujangga. Kalau tulis surat bukan main berbunga lagi. Sekarang kemudahan telefon yang canggih-canggih menambahkan kecanggihan percintaan orang muda. Kalau rindu usah cakaplah sebab perjalanan cinta mereka sangat panjang. Mungkin kerana masih menuntut atau usia terlalu muda. Jadi mereka bercinta terus-terusan. Yang kurang iman akan terlanjur dan terjadi macam-macam. Yang ada iman tetapi kurang setia atau mata keranjang akan silih berganti kekasih.

Percintaan orang veteren lain sikit. Mereka bercinta sekejap saja. Lepas itu terus kahwin. Tambahan yang duda atau janda. Cinta orang mudah cinta kerana kasih tetapi cinta orang veteren banyak kepada kasihan......

Namun ada juga orang veteren yang bercinta bagai nak rak mengalahkan orang muda. Jumpa hari-hari. Melaram macam artis tetapi sayangnya jika sudah kedut, faham-fahamlah bila mereka ini berhias.

Walau apapun, alam percintaan selalunya meninggalkan nostalgia yang sangat indah. Kenangan-kenangan itu akan sentiasa meniti dalam fikiran. Yang muda bila sudah tua akan menghimbau masa lalu bila dengar lagu-lagu yang sering didengari sewaktu bercinta dahulu.... Ketika itu, ada yang meleleh air mata jika mereka pernah gagal dalam percintaan sebelum itu.

Yang teruknya, bila mabuk cinta, semua lagu tangkap jiwang. Sampaikan lagu patriotik pun tangkap syahdu.... Cinta-cinta.....!!

Ada sapa-sapa nak tambah?? Silakan....

Khamis, 9 April 2009

Apa Makna Cemburu sebenarnya??


Setiap insan sikit sebanyak mesti ada sifat cemburu. Jika sesaorang insan itu tidak ada sifat cemburu pasti ada sesuatu yang tidak kena dalam dirinya. Sama ada akal dia sudah mati atau dia memang bermasalah jiwa. Yang pasti cemburu ada kaitan dengan cinta dan kasih sayang.


Kebiasaannya, sesaorang itu cemburu kepada pasangannya tetapi dia tidak suka jika pasangannya cemburu kepadanya. Begitulah sifat manusia. Cemburu samada lelaki atau wanita sama sahaja. Bergantung kepada penampilannya atau sifatnya. Sesetengah orang hanya memendam perasaan cemburu kerana takut dikata orang. Ada sesetengahnya pula terus terang meluahkan rasa cemburunya. Cemburu sebenarnya ada kaitan dengan dengki dan iri.

Ada orang berkata, orang yang tidak menampakkan cemburunya walaupun dalam hatinya berombak-ombak rasa cemburu sebenarnya ada udang disebalik batu. Mungkin dia berbuat begitu kerana dia tidak mahu pasangannya menyimpan rasa cemburu terhadapnya. Maka dengan itu senangnya dia berbuat sesuatu seperti rapat dengan sesaorang atau menyintai orang lain. Kata orang lagi (ini kata sayalah) jika wanita tidak cemburu dan tidak suka orang cemburu kepadanya dia sebenarnya suka merampas kekasih atau suami orang!!? Atau dengan bahasa yang sinis, suka jadi madu....! (Jangan mareee....)

Walau bagaimanapun, cemburu adalah api dalam sekam. Ada bahayanya jika keterlaluan.... Cemburu membabi buta akan membawa padah... Kalau yang muda, cemburu kerana darah muda dan yang tua jika cemburu maknanya dia dah rasa dia sebenarnya dah tua dan takut tidak disukai oleh pasangannya... ini terjadi terutama wanita mempunyai suami yang "handsome" dan berjawatan.

Entah betul entahkan idak..... Bincang-bincanglah pulak.....

Jumaat, 13 Mac 2009

Dilema - Sebuah Cinta Terlarang

Entah siapa yang menghantar sebuah puisi ini. Gaya bahasanya macam aku. Maksud puisinya pun sangat mengesankan seakan aku jua mengalaminya.....

Dan sesungguhnya aku memang mengalaminya.........


Cuba baca dulu:.....................


Sayang, sejak sekian lama
kukaburkan perasaan
demi kesangsian
ku pendam sebuah cinta
hanya kerana bunga di taman orang
tidak kuimpikan meskipun kuharapkan
tidak kuluahkan biarpun hati mengucapkan.

sayang, dalam mimpi ada mimpi
dalam jaga ada igauan
suratan kadang-kadang pasti
takdir sesekali sukar mengerti.

Sayang, malam yang temaram
berbisik lagu rindu
ombak dan pantai saling menyapa
bercerita kisah Qais dan Laila
dan kita sedemikian
seakan memahami
cinta terlarang bukannya mimpi
malangnya bukan juga ada destinasi.

Sayang, beginikah hari ini
atau esok masih begini?

Begitulah kita insan yang kadang-kadang akan mengalami perkara ini tanpa diduga. Mungkin ramai yang kata kalau aku tak mungkin, tetapi jangan dilupa, bahawa cinta sering datang tanpa diduga.... Menyintai sesaorang yang statusnya bunga larangan amat malang untuk diteruskan.

Bagi lelaki pun salah, yang perempuan lagilah salah.....
Namun, cinta sungguh pelik dan terharu...........
Duduk dekat pun rindu, apa lagi duduk berjauhan...

Bak kata pantun:

Pucuk putat kembang
Pucuk Pauh layu
Duduk dekat sayang
duduk jauh rindu.....

Lalu bila bersendirian lagu inilah pula jadi nyanyian:

ingin kunyanyikan lagu nan gembira
ingin kuceritakan senandung asmara
tapi hatiku selalu berduka
kerna diri kecewa

Harap kuharapkan kasihmu padaku
harap kuharapkan kan kekal selalu
Namun begitu tak mungkin menjelma
tapi ku kenang jua.

Di malam terkenang wajahmu terbayang
air mata berlinang
kurenung di bulan kuseru namamu
kerna kutak tahan merindu selalu

Bilakah derita kan ganti bahgia
hati duka lara kan sembuh semula
dapat bersama memadu asmara
kekal selama-lama

Hampir menitiskan airmata menghayati lagu ini....

Apapun, Biar takdir menentukan......................
..............????????

Ahad, 8 Februari 2009

Meluat lagi kalau OKU..



Meluat sungguh melihat lelaki yang sudah ada isteri, umur dah hampir setengah abab tetapi bermata keranjang - Buaya Darat! Lambat jumpa yang bernama perempuan berdahi licin, terus menggatal.... Tapi.... meluat lagi kalau OKU yang berperangai sedemikian....



Memanglah perasaan tak kira orang normal atau OKU tetapi kalau lebih-lebih sangat, tambahan pula OKU bangka nak ngorat cik adik normal kan memalukan? Semalam saya saksikan adegan itu kat satu pekan.... Saya rasa macam OKU tu tak sedar diri atau memang dia perasan sangat-sangat... Kenalah pandai tafsir orang layan kerana kasihan atau nak jaga perasaan. Kenalah juga bijak menilai status diri sebagai OKU. OKU pergi kemana pun memang jadi perhatian. Kalau buat perangai tak senonoh, macam-macam kutukan dan kejian yang kedengaran... Masa tu ada juga orang kasihan - kasihan angan dia tinggi sangat.... Selebihnya orang mendengus - ceh, tak padan cacat nak ngorat aku.... - Masa ni kita juga yang terasa....

Apa lagi OKU yang cacat teruk..... bersiul-siul menegur gadis.... kan aib tu....

Kalau ngorat sama-sama OKU taklah orang kisah sangat tapi kalau depan umum malu juga orang tengok.....

Lainlah kalau ngorat secara terhormat, secara senyap atau cara diplomasi.... Yang mulanya kasihan boleh jadi lama-lama akan sayang... Yang dulu hanya berkawan, mungkin suatu masa akan jadi teman......

Kepada kawan-kawan seOKU, jagalah status kita sebagai OKU. Pesan untuk kita semua termasuk untuk saya juga....

Sifat OKU adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kepada mereka yang pandai menilai sebab musabab dijadikan OKU..... Mungkin kalau kita tahu akibatnya, kita pun tidak mahu jadi orang normal.....

Bersyukur jadi OKU...... sangat-sangat bersyukur....

.............................................

Jumaat, 6 Februari 2009

Perak Oh Perak

Pada mulanya saya tak ingin komen apa-apa tentang apa yang berlaku di negeri Perak. Cukuplah saya berbicara dalam hati. Tetapi melihat senario yang berlaku agak jarang-jarang, saya rasa terpanggil untuk menyatakan apa yang saya rasakan.

Saya sejak dari dulu pun tidak setuju peralihan kuasa berlaku kerana kes lompat parti. Demikianlah jika 16 september menjadi kenyataan, saya sama sekali tidak akan redha. Justeru apa yang bakal terjadi di negeri Perak, negeri yang pernah tersohor dengan sejarah Pasir Salak, tidak akan sekali-kali saya terima.

Bagi saya, mengkhianati pengundi yang mengundi kerana parti yang mereka minati tiba-tiba apabila menang keluar masuk parti lain adalah sesuatu yang sangat tidak bermaruah. Mereka jadi YB kerana pengundi. Pengundi tidak akan undi mereka jika mereka bukan dari parti yang dikehendaki. Maka di sinilah terserlahlah betapa curangnya YB tadi. YB sebegini sebenarnya ada kepentingan diri. Jika benar-benar ikhlas berjuang dan jujur pekerti, mereka sepatutnya letak jawatan dan diadakan pilihanraya semua. Itu baru betul. Jika mereka naik bukan kerana orang lain, tidak siapa peduli apa yang hendak dibuatnya.

Marilah kita berdoa agar tidak ramai atau tidak ada lagi spesis jenis lompat parti wujud dalam sistem politik negara ini. Kecelaruan pegangan fahaman lebih kurang sama dengan sifat munafik.

Mudah-mudahan apa yang bakal terjadi di negeri Perak membawa kebaikan bukan terarah kehancuran. Kepada yang terlibat, sabar itu sesungguhnya benteng kekuatan hakiki. Doa orang yang kena zalim sangat diterima Allah. Berdoalah supaya Allah s.w.t tidak menjadikan ini satu landasan penghabisan kepada jalan keadilan. Ruang dan waktu masih ada untuk mengubah semua ini.

Paling lama pun PRU13 nanti. Insya Allah.

Khamis, 29 Januari 2009

Jadilah Orang Kelainan Upaya.



Kadang-kadang saya perhatikan Orang Kurang Upaya (OKU) terlalu minta diberikan hak. Sepanjang saya menjadi OKU 22 tahun lalu dan mengenali OKU menerusi persatuan-persatuan OKU dan saya sendiri sebagai jawatankuasa sebuah persatuan OKU mendapati ramai OKU (bukan semua) suka menyalahkan orang lain, mengkritik dalam semua hal. Suka meminta-minta. Tidak terkecuali dalam bab bantuan yang diberikan oleh kerajaan.

Jika sebelum dapat bantuan mereka akan ke sana kemari sehingga ada yang sanggup jumpa 'orang atas' untuk dapatkan bantuan. Sudah dapat bantuan sibuk pula menyalahkan kerajaan jika bantuan lewat diterima. Seolah-olah kehendak dan keperluan OKU sahaja mesti ditepati sepanjang masa tanpa memikirkan bagaimana susahnya kerja orang yang ditugaskan untuk menguruskan bantuan.

Janganlah jadi pendesak. Kecacatan bukan lesen boleh dapat apa saja atau mesti dimanjakan dalam segenap segi. Janganlah jadi pemarah (pongoh) jika sesuatu perkara itu lambat atau cepat. Berhemahlah dalam menjalani kehidupan. Jika orang normal berkelakuan seumpama itu orang akan kata, 'sombong dia tu... atau garangnya..." Itu saja ungkapannya tetapi kalau OKU yang bertindak sedemikian, ungkapan orang akan berbunyi lain sedikit, contohnya, "sombong dia tu, tak padan dengan cacat..." atau "garangnya orang cacat ni." Ini betul. Saya pernah mendengarnya.....

Dalam bab parking, (saya tidak mahu menyentuh mana-mana artikel sebelum ini), ini pengalaman dan pemerhatian saya sendiri sebagai OKU yang menggunakan kenderaan. Saya pun rasa terkilan jika orang normal mengambil tempat parking OKU. Tetapi saya tidak boleh berbuat apa-apa. Itu hak dia. Sedangkan lampu merah yang boleh menyebabkan Polis saman lagikan orang langgar inikan pula parking OKU yang sekadar lambang tercetak di situ! Tempat-tempat yang menyediakan parking bertujuan baik dan mesra OKU tetapi pelaksanaannya tidak mesra OKU. Itu masalahnya. Sekarang jangan salahkan pemandu yang kurang sivik kerana kadang-kadang parking OKU berminggu-minggu tidak digunakan oleh OKU kerana mungkin OKU tidak berminat akan tempat itu. Mungkin pemandu kurang sivik fikir dari membazir ruang, lebih baik digunakan.

Soalnya sekarang, pihak pengurusan yang menyediakan parking OKU di sesuatu tempat tidak tegas dalam soal ini. Itu sebenarnya penambah sikap tidak bertanggungjawab dan ambil kesempatan. Cuma janganlah menunjukkan sikap kita sebagai OKU yang terasa bagaikan teraniya berlebihan dan bertindak keterlaluan....

Seperkara lagi (sebelum saya lupa), segelintir OKU (Islam) tidak menunaikan solat lima waktu, mereka jadikan kecacatan bagaikan satu alasan untuk dikecualikan menunaikan perintah Allah. Sebagaimana mereka dikecualikan dari bayaran hospital, potongan tiket bas, kapalterbang, keretapi, potongan penggunaan telefon dan sebagainya, maka mereka juga mengecualikan diri untuk bersolat atau melakukan ibadah lain. Mengapa OKU yang suka melenting bab lain tetapi tidak dalam isu ini? (Bab solat, kategori OKU akal MUNGKIN boleh dikecualikan tetapi OKU kategori lain masih terikat dengan perintah wajib ini).

Solat bukan hal peribadi! Masih ada ruang untuk ingat mengingati... Di sisi Allah, kita semua sama sahaja...

Justeru, saya mengingatkan diri saya, mengingatkan kawan-kawan, jadilah OKU normal bukan OKU istimewa....JANGAN JADI ORANG KURANG UPAYA TETAPI JADILAH ORANG KELAINAN UPAYA.

Selasa, 27 Januari 2009

Kasihani Palestin, Muhasabah Diri....


Sejak lama dahulu memang kita tahu bahawa Israel memang membuli rakyat Palestin. Saya tidaklah tahu sangat tentang sejarah mereka tetapi maklum bahawa Israel memang laknatullah berdasarkan perbuatannya selama ini. Tambahan lagi dengan sekutu rapatnya USA yang sentiasa menyokong.

Dalam bab boikot, sepatutnya kita mesti menetapkan dalam hati dan mengharamkan barangan keluaran yahudi-yahudi memasuki rumah kita sejak dahulu. Bukan apabila berlaku seperti sekarang baru sibuk hendak boikot.

Dalam pada kita sama-sama menitiskan air mata, saling boikot-memboikot sewaktu melihat keganasan Israel dan sekutunya, kita juga perlu muhasabah diri..... Merenung dan menilai tahap kualiti keimanan dan perbuatan yang ada pada kita.... Ya, kita tahu bahawa setiap kejadian di atas muka bumi Allah s.w.t ini ada hikmah dan musabab. Contohnya jika kita malas belajar pada kebiasaannya kita akan gagal, jika di rumah kita selalu membazir makanan, balasannya rumah kita akan dipenuhi tikus dan lipas atau jika kita lalai, 'manggok' (istilah Kelantan)atau mengantuk semasa memandu silap haribulan kita akan kemalangan dan juga contoh mudah, jika terlibat dengan najis dadah, seks bebas suatu masa akan terkena penyakit aids. Lihatlah contoh yang jelas, sejarah satu kaum yang ditimpa bala oleh Allah kerana kebebasan homoseks.....

Demikianlah apa yang berlaku di mana-mana di dunia ini hatta Palestin.... Sebagaimana kata pepatah 'kita akan tuai apa yang kita tanam'... Jadi firman Allah s.w.t yang bererti lebih kurang:- Nasib sesuatu kaum tidak akan berubah melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya boleh juga kita fikirkan bahawa apa jua nasib yang menimpa ke atas sesuatu kaum itu adalah kerana mereka sendiri yang mengubah sedemikian rupa....

Bala yang ditimpakan ke atas individu atau kaum itu berpunca dari kaum itu sendiri yang melakukan kesilapan..... Allah jua Yang Maha Mengetahui...

Justeru sementara kita berdoa kehadrat Ilahi agar kesengsaraan Palestin ditamatkan, kita juga perlu jadikan ianya satu iktibar yang maha menginsafkan....

"Ya Allah, Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui perkara tersembunyi, aku bermohon sepenuh jiwa ragaku, tamatkanlah penderitaan umat-Mu seagama denganku di Palestin dan di seluruh alam maya ini dan jauhilah sejauh-jauhnya kecelakaan itu menimpa aku, keluargaku, kaum kerabatku, sahabat-sahabatku, jiran-jiranku dan saudara seagama umat Rasulullah s.a.w. Ya Allah, perkenankanlah....."

/;'/;'/;'/;'/;/