6 Jenis Perempuan Yang Wajib Dijauhi
Lelaki digalakkan untuk mencari isteri solehah. Jauhi jenis
perempuan-perempuan di bawah untuk dijadikan isteri nescaya kamu akan bahagia :
1. Al-Anaanah : Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa
yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup,
diberi kereta tak cukup. Tak redha dengan pemberian yang diberi suami. Asyik
ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa menghiraukan perasaan suami, tak
hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak
menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak
cukup.
2. Al-Manaanah : Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia
tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah
hendak membicarakan perihal suami. Tak mengenang budi, tak bertanggungjawab,
tak sayang dan macam-macam. Walaupun suaminya sudah memberi perlindungan
macam-macam padanya.
3. Al-Hunaanah : Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki
yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain.
Tak redha dengan suami yang ada.
4. Al-Hudaaqah : Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya
melakukannya. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya
dengan berbagai ancaman. Ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu
suami. Suami dibuat seperti orang suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang
dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.
5. Al-Hulaaqah : Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai hingga
lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus
rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak.
6. As-Salaaqah : Banyak berbicara, bergosip. Siang malam, pagi petang
asik bergosip. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Zaman
sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telefon,
SMS, internet, dan macam-macam cara yang lain . Yang jelas isteri tu asyik
menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.
10 CIRI-CIRI LELAKI YANG MESTI DIJAUHI.
1. Lelaki
yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk
menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya
bertahun-tahun lamanya. Ini bermakna bahawa anda bukan orang yang
diinginkannya. Mungkin anda juga tiada dalam kamus hidupnya.
2. Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu.
Selalunya lelaki jenis ini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat
memerlukan anda. Tetapi apabila anda memerlukannya dia langsung tidak muncul
atau memberi banyak alasan untuk mengelak.
3. Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman
tetapi mesra. Ke mana saja hanya anda berdua. Ibarat merpati dua sejoli pada
pandangan orang lain. Malangnya, dalam hati lelaki itu tidak terdetik langsung
untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang kosong itu. Jangan buang masa anda
dengan lelaki seperti ini.
4. Lelaki yang sudah mempunyai kekasih hati tetapi tetap mahukan
anda. Selalunya lelaki jenis ini mempunyai ramai teman wanita dan hanya mahu
memenuhi nafsunya.
5. Lelaki yang hanya memandang dirinya saja yang betul.
Pandangan dan apa yang dibuat anda adalah salah. Selalunya ketika menjalinkan
hubungan dengan lelaki jenis ini anda sering dimarahi atau ditengking kononnya
anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal. kadang kala hal yang kecil juga
diperbesarkan.
6. Lelaki yang naif dan mementingkan diri sendiri. Selalunya
lelaki jenis ini tidak akan faham kehendak wanita. Walaupun anda sudah berterus
terang mengenai sesuatu, dia tetap tidak mengendahkannya. Lelaki jenis ini
sering menganggap semua perkara adalah remeh dan selalu mengambil mudah sesuatu
perkara.
7. Lelaki yang tidak tahu kehendak dirinya sendiri. Jika lelaki
jenis ini tidak mengetahui apa kehendak dirinya sendiri, cuba anda bayangkan
bagaimana dia hendak memahami masalah anda jika hidup bersamanya nanti.
8. Lelaki yang tetap akan mengganggu anda. Walaupun sudah
diberitahu yang anda terlalu sibuk, lelaki ini tidak mempedulikannya. Lelaki
jenis ini selalunya hanya ingin berkepit siang dan malam.
9. Lelaki yang suka memburukkan lelaki lain dengan harapan anda
akan menjauhi lelaki yang diburukkannya itu. Lelaki jenis ini selalunya kuat
cemburu dan akan cuba sedaya upayanya supaya anda tidak akan berhubung dengan
lelaki lain. Relakah anda dikongkong oleh lelaki jenis ini?
10. Lelaki yang tidak dapat memberikan layanan yang betul kepada
wanita. Anda tidak nampak ciri kepemimpinan pada lelaki jenis ini. Bagaimana
anda mahu sandarkan segala harapan pada lelaki seperti ini nanti?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan