Siapakah individu yang akan anda
berikan undi pada PRU 13 ini??
Coretan ini sekadar melepaskan
kegembiraan kerana mandat seterusnya diminta daripada rakyat. Walaupun
Pilihanraya ibarat satu proses biasa sesebuah negara tetapi jika dihalusi ianya
sebenarnya berkait rapat dengan kepribadian dan keimanan sesaorang.
Undi yang anda berikan kepada
mana-mana pemimpin akan menentukan corak kerajaan yang akan terbentuk. Kerajaan
yang terbentuk akan menjalankan pemerintahan mengikut acuan mereka. Acuan
mereka akan menentukan apa yang akan diberikan kepada kita sepanjang lima tahun.
Jika pemimpin yang kita pilih menjalankan projek maksiat, maka itulah yang
akan kita dapat dan jika pemimpin itu menghapuskan projek maksiat maka in sya Allah itulah yang kita tidak dapat.
Jika kita tahu pemimpin yang kita
hendak pilih itu akan menjalankan aktiviti yang merosakkan iman dan rakyatnya,
maka hukumnya adalah jelas tidak boleh dan jika kita tahu pemimpin yang akan
kita pilih akan menegakkan hukum-hukum Allah, sudah pasti kita akan mendapat
keredhaan. Ini logiknya.
Sekarang kita renungkan siapa yang
akan kita pilih.
1 - Ada
pemimpin yang cukup berkaliber menjalankan menjalankan pembangunan, memajukan
negara, memberi kebajikan dan menaiktaraf
hidup rakyat dan dalam masa yang sama membuka pusat-pusat maksiat, menggalakkan
program maksiat, dan sebagainya.
2- Ada
pemimpin berkaliber menjalankan menjalankan pembangunan, memajukan negara,
memberi kebajikan dan menaiktaraf hidup
rakyat dan dalam masa yang sama menutup pusat maksiat, mencegah kemukaran,
menggalakkan ajaran Islam, dan menjalankan perintah Allah sekadar yang termampu.
Jika kita berjiwa Islam, mustahil
kita akan memilih pemimpin nombor satu. Kita akan dapat apa yang kita usahakan
dan apa yang sealiran dengan kita. Contohnya jika kita tidak berminat dengan majlis
keagamaan, tak mungkin kita akan berada dalam majlis ilmu. Kita lebih selesa
berada di depan TV menonton artis-artis perempuan menyanyi dengan tidak menutup
aurat. Kita lebih selesa berada dalam kelompok kita juga. Jika kita berjiwa Islam, pasti kita lebih berminat dengan apa yang berkaitan keagamaan. Orang yang ada iman tidak mungkin membenarkan anak dan isterinya tidak menutup aurat. Orang yang ada iman juga tidak akan memilih pemimpin diketahui akan meneruskan pusat maksiat.
Sebab itu memilih pemimpin berkait
rapat dengan keimanan dan keperibadian kita. Bagaimana acuan kita, begitulah hasil
pemimpin yang akan kita pilih.
Coretan ini hanya berbicara tentang
ciri-ciri pemimpin sahaja, bukan dasar parti lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan