Fakta ini hanyalah pandangan penulis sendiri berdasarkan
pembacaan, temubual dan pengalaman. Sesaorang yang nampak warak, beriman dan
berhemah tidak semestinya insan yang baik kerana banyak lagi yang boleh kita
nilai berdasarkan perkara di bawah:
1.
Mata galak,memandang kiri
dan kanan seolah-olah mencari sesaorang atau sesuatu, selalu curi-curi pandang
kepada kita dengan renungan yang mendalam.
2.
Bila bercakap, mata bergerak-gerak
atas bawah dan bibir selalu tersenyum manja.
3.
Melakukan sesuatu yang
seolah-olah tidak sengaja seperti tunduk membelakangi kita sehingga tertungging
jelas punggungnya, mengangkat sesuatu
sehingga nampak betis, nampak dada dan sebagainya.
4.
Bila bercakap, bibir selalu
dijilat lidahnya.
5.
Undur ke belakang atau bergerak di tempat sempit sehingga terlanggar kita
kononnya secara tidak sengaja, sedangkan jika tempat sempit dia tidak sepatutnya lalu atau tunggu kita berlalu.
6.
Dia akan bergerak secara
perlahan-lahan atau secara tidak sengaja atau secara pergi ikut laluan yang
jauh dan akhirnya sampai atau terserempak dengan kita. Kononnya dia tidak tahu
kita ada di situ tetapi dia sebenarnya dah rancang awal-awal.
7.
Memberi sesuatu atau
menyambut sesuatu dari kita sehingga menyentuh jari atau tangan kita. Selalunya semasa menghulur atau mengambil, matanya akan menoleh ke arah lain supaya apabila tersentuh dikira tidak sengaja sebab tak nampak.
8.
Semasa makan atau minum,
cara makan dan minumnya sangat sopan dan bibirnya akan melakukan aksi yang
menggoda seperti memuncungkan atau
menjilat bibir dengan cara romantik.
9.
Bercakap sambil mencuit-cuit
tubuh atau pakaian kita seolah meminta perhatian kita semasa dia bercakap.
10.
Memuji keterlaluan pakaian
dan rupa kita dan kadang-kadang berlagak menjadi pakar perunding imej yang
sangat hebat sehingga kita rasa dia sangat bijak dan perlu kita dekatinya.
11.
Sesekali sekala dia
berpura-pura mengurut peha, punggung atau mana-mana bahagian tubuhnya
seolah-olah dia kepenatan atau lenguh sedangkan dia tahu kita sedang
memerhatinya.
12.
Berlagak semua dia tahu apa
saja yang kita tanya atau isu yang kita bualkan.
13.
Cara duduknya seolah-olah
menonjolkan diri. Kalau semua orang duduk, dia akan berdiri sambil bercakap
dengan mata yang menjeling-jeling ke arah kita. kalau semua orang berdiri, dia
akan buat sesuatu untuk menarik perhatian seperti makan kacang, buah asam dan berdiri
jauh dari orang dan ssebagainya.
14.
Jika berjalan beramai-ramai
dia akan jalan di belakang sekali.
15.
Jika semua orang duduk di
majlis rasmi, dia akan cari peluang duduk di tempat kerusi sebelahnya kosong
atau duduk di bahagian yang ada peluang orang yang lain jantina dengannya duduk
di sebelahnya.
16.
Jika ada mana-mana bahagian
tubuhnya seksi, bahagian itulah yang selalu ditonjolkan semasa berpakaian.
17.
Selalu menunjukkan dirinya
pemurah dan suka berbelanja atau memberi sesuatu makanan atau minuman walaupun
kita bukan kenal sangat dengannya.
18.
Tidak duduk diam di
satu-satu tempat. Dia akan sentiasa bergerak ke sana sini terutama di tempat
orang ramai atau keadaan sibuk.
19.
Suka bercakap atau berkawan
dengan lain jantina walaupun dia bukan pondan atau tomboy.
20.
Suka berpakaian yang
menonjol seperti warna terang, ketat, berhias yang keterlaluan terutama
bahagian bibir dan mata.
Ini adalah sebahagian. Mungkin banyak lagi cara penggoda
menggoda mengikut kreativiti dan keadaan semasa. Biasanya orang yang suka
menggoda bijak berfikir dan berfikiran bernas walaupun kadang-kadang ada yang
berbohong atau berhujah menggunakan konsep dengar cakap.
Apa pun ini hanyalah coretan mengisi masa lapang. Jika ada
yang betul jadikan ianya panduan dan jika salah jadikan ianya sempadan.
Terima kasih kerana membaca dan jika ada apa-apa yang ingin
dikongsikan, sila emailkan kepada penulis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan