Keistimewaan berselawat.
1. Sabda Rasullah SAW:
Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan
rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)
2. Allah akan hapuskan
dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali
selesai menunaikan solat fardu.
3. Jodoh ditentukan oleh
Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu
jodoh sama ada lelaki @ wanita.
4. Setiap penyakit ada
penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang
sakit atau memulas akan sembuh.
5. Sesiapa yang amal
membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan
fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6. Amalkan membaca
selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan
pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7. Sesiapa yang
mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan
lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8. Menurut Sayyid Ahmad
Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya
kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9. Sesiapa yang
berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela
seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.
10. Sesiapa yang amalkan
berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan
sama ada di dunia mahu pun di akhirat.
11. Amalkan selawat 11
kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya
menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
12. Berselawat 33 kali
sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang
diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
13. Sesiapa yang
berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat
keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.
14. Amalan berselawat
sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan
Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
15. Menurut Syibab Ahmad,
sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak,
Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
16. Sesiapa yang amalkan
berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada
sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17. Amalan berselawat
secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan
Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
18. Menurut As-Shawi,
sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada
gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
19. Membaca selawat 10
kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta
dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
20. Sesiapa yang membaca selawat
sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat
(pertolongan) daripada baginda SAW.
21. Menurut Al-Hafiz
Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan
membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22. Ada riwayat yang
menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari
Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
23. Sesiapa yang sering
mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki
yang tidak disangka-sangka baginya.
24. Jiwa yang resah
gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang
mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.
25. Ulamak berpendapat,
sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya,
insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
26. Membaca selawat 1000
kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita
serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
27. Menurut para ulama, sesiapa
yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah
sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
28. Para Ulamak
berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat
40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
29. Sabda Nabi SAW:
Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka
ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu
Naim.
30. Sabda Nabii SAW:
Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu
petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat
Thabrani.
1 ulasan:
Assalammualaikum wbt.
Terima kasih info yang amat bermanfaat. Mohon izin share. Semoga diberkati dan dirahmati Allah swt.
Amin Ya Rabb :).
Catat Ulasan