Jumaat, 28 Ogos 2009

Teka teki yang masih jadi teka teki

Tetiba suatu malam saya teringat satu kenangan lama ketika saya mengikuti arwah abang saya membuat "homework" bersama kawan-kawannya. Masa itu umur saya baru 15 tahun. Selepas mentelaah pelajaran, abang dan kawan-kawannya berehat sambil mengemukakan teka teki untuk menghiburkan hati. Dalam banyak teka teki itu ada satu teka teki yang sampai sekarang tidak berjawab secara jelas.

Teka teki berbunyi: Ada tiga orang sahabat pergi makan di satu restoran. Selepas makan, mereka memanggil pelayan untuk mengira harga makanan yang telah dimakan. Pelayan itu kira dengan cepatnya dan berkata semuanya RM30. Tanpa bersoal jawab, tiga sahabat tadi mengeluarkan wang sebanyak RM10 seorang dan diberikan kepada pelayan tadi. Pelayan tadi pun membawa duit RM30 tadi kepada taukey kedai. Setelah meneliti dengan teliti harga makanan, taukey kedai suruh kembalikan RM5 kepada tiga sahabat tadi kerana sebenar ialah RM25 sahaja. Pelayan tadi pun pergi semula ke meja tiga sahabat tadi tetapi sebelum sampai ke meja mereka, dia telah mencuri RM2.  Selebihnya RM3 diberikan kepada tiga sahabat tadi. Masing-masing mengambil RM1 seorang. Ini bermakna setiap sahabat tadi mengeluarkan RM9 seorang untuk membayar makanan yang dimakan tadi.(Betul lah sebab mula-mula bagi RM10 seorang kemudian dapat baki RM1, maknanya beri RM9)

Jika RM9 seorang keluarkan duit, tiga orang bermakna RM27. Cuba tambahkan dengan duit yang pelayan curi tadi RM2, jumlahnya RM29. Soalannya, di manakah hilangnya RM1 lagi??? Sebab jumlah semua duit yang berkisar ialah RM30.

Kawan-kawan abang saya cuba jawab dengan pelbagai idea tetapi semuanya buntu. Dan yang menyoal soalan itu juga sebenarnya tidak tahu jawabannya.

Saya sendiri juga selepas itu meneka soalan ini kepada kawan-kawan saya dan sampai sekarang tidak ada yang menjawab dengan sebenar-benar jawapan dan  saya pun tak tahu jawapannya....

Teka teki itu masih jadi teka teki sampai sekarang.... Ada sapa-sapa tahu?

1 ulasan:

izah berkata...

Sbnrnya RM9 yg dbyr oleh 3 shbt td adalah mewakili hrga sbnr mknn tersebut (RM25) dicampur dgn duit yg dicuri oleh pelayan (RM2). Jd, RM25 + RM2 = RM 27. RM27 bahagi 3 org shbt = RM9 sorg. 3 org shbt mbyr RM9 sorg krn menyangka hrga sbnr mknn tersebut adalah RM27 pdhl hrga sbnrnya adalah RM25. RM27(hrga sbnr mknn + duit pelayan curi) - RM 25 (hrga sbnr mknn)= RM2 (duit pelayan curi).

Jika seorg tlh mengeluarkn RM9, maka RM9 + RM9 +RM9 = RM27.
Duit awal yg dbyr 3 shbt td bjumlah RM30.
Mengapa RM27 perlu ditambah dgn RM2(pelayan curi) sdgkn RM2 yg pelayan curi itu sudah termasuk dlm RM27.
Sepatutnya RM27 perlu ditambah dgn RM3(duit balance yg pelayan bg). RM27 + RM3 = RM30.
@
RM25(hrga sbnr mknn) + RM2(pelayan curi) + RM3(pelayan bg balance). RM25 + RM2 + RM3 = RM30.

pengajarannya di sini, duit RM1 bknnya hilang tp cuma tersilap membuat kiraan shj..

macamana,settle??