Isnin, 16 Mei 2011

Kecewa.

Bila mengharap sesuatu, kita akan kecewa jika harapan kita tidak kesampaian. Makin bertambah parah kecewa bila apa yang diharapkan tidak kesampaian kemudian diperli dan dipermainkan pula. Umpama seorang menagih kasih dari sesaorang tetapi tidak berbalas. Tidak cukup dengan cinta tidak dibalas malah dihina dan diperlekehkan serta dipersalahkan. Kalau boleh, mimpi mukanya pun tidak boleh.

Kekecewaan sebegini memang menimbulkan dua perasaan sama ada menyepi sendiri meratap pedih atau menyimpan dendam yang penuh membara..Orang desperado memang sanggup buat apa saja untuk melepaskan kekecewaannya dalam bentuk dendam. Bahkan ada yang sanggup menjadi pengkhianat negara. Kalau kecewa kerana seorang kekasih mungkin tidak sampai ke peringkat ini tetapi bayangkan apa yang sanggup sesaorang itu lakukan mengikut tahap kekecewaan itu.

Yang menyepi sendiri, meratap pedih derita cinta dan sebenarnya menangis tanpa air mata di khalayak tetapi berjuraian di kala mendendangkan lagu pilu tika sendirian. Yang menyedari itu adalah takdir tuhan mungkin memohon keredhaan Ilahi supaya dikuatkan semangat menempuh hidup ini.

Kepada mana-mana orang yang pernah kecewa, ingatlah bahawa muhasabah diri penting untuk menilai kesilapan di mana letaknya. Kemudian berserah kepada-Nya. Sejarah pernah berlaku bahawa orang yang pernah mencerca menjadi cinta dan yang pernah memuji menjadi keji.

Kepada mana-mana orang yang pernah mengecewakan orang mengikut tahap busuknya hati, ingatlah bahawa sekali kita melukakan orang dua kali kita akan terluka….

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tolonglah........kalu bila dua hati yang terlibat,jgn kata hanya 1 hati je yg kcewa..harap memahaminya...xkisahla,kata2 itu dituju pada sseorg atau sebaliknya...
si hamba itu pernh bertanya pada pada sesorg.apa yg perlu dia buat kalau dia yg berada ditmpatnya?si hamba itu tlh mmberi jwpannya..tolong jgn jdikan seseorang itu musuh yg ketat yg tiada maafnya....seseorang itu telah memiliki org2 yg btul2 mnyayangi dan mncintainya...apa mknanya hamba itu.....????xperlu apa2.ckupla kesilapan yg telah dibuat dimasa lampau.....jgn kata hmba itu tidak prnh muhasabah diri.memberi harapan..bermain tarik tali,meletakkan ksilapan atas org lain..apa itu smua?dan hamba itu akui memang itu adalah clpnya dan dia tidak sepatutnya mmberi harapan yg menggunug pada sseorang yg btul mengasihinya...tiada makna dgn ungkapn maaf.....tolongla...hamba itu merayu.biarkanlah dgn kptsnnya itu.itu adalah yg terbaik untuk semua,tolongla fahami whai seseorg yg bergelar insan yg perlu melalui perjalana hidup yg xlogik itu...dia lebih mengetahuinya,masakan budak mentaah itu...entahla...

Tanpa Nama berkata...

bila 2 hati yang terlibat,jangan kata hanya 1 hati je yang kecewa atau terluka..

anekaminda berkata...

Sikap berdolah dalik adalah ciri-ciri orang munafik. Jangan memperbanyakkan dosa dengan campuran dosa yang telah sedia ada. Sikap mengutuk diri sepupu dengan bunuh diri. Tidak jauh bezanya.
Yang sebetulnya, jika tidak ada angin manakan pohon bergoyang, kalau kerana ada kera atas pokok atau kerana digoyang oleh orang di bawah itu bukanlah maknanya ada sebab-sebab sesuatu itu berlaku. Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi tidak sama maknanya menepuk seorang diri ke dinding yang juga berbunyi tetapi seperti bunyi ayam jantan berkokok tetapi tahi berjurai di punggung.
Oleh itu, jika sudah tidak ada apa-apa, diam lebih baik, jangan mengharapkan dirai seperti orang lain kerana orang lain tidak terlibat dan kena sedar itulah harga melukakan dan terluka yang terpaksa dibayar...kerana seduka mana mentimun dihempap durian, akhirnya durian juga dibelah orang...