Isnin, 21 Mac 2011

Selepas menyerah akhirnya membiarkan...

Mencinta dan dicintai bukan sesuatu yang senang untuk diperolehi. Setiap insan ada tuahnya bila mendapat apa yang diidamkan apa lagi memiliki hati wanita yang menjadi impiannya. Lelaki biasanya menyatakan hasrat cintanya pada wanita apabila hati sudah terpaut. Hati lelaki ada juga yang hanya mencintai wanita tertentu sahaja. Bila sudah berkenan dan menepati citarasa hatinya, dia akan cuba menyatakan hasratnya.

Hasratnya ada yang tidak dipenuhi kerana bagi wanita tersebut lelaki itu bukan pula citarasa hatinya. Tetapi bagi wanita yang sama citarasa dengan lelaki yang menyatakan hasrat, maka terjalin suatu ikatan cinta. 

Walau bagaimanapun ada juga wanita yang pada mulanya menerima cinta lelaki dengan sepenuhnya. Menyerahkan kasih sayang yang tidak ternilai bagi seorang lelaki yang terlalu mengharap, kemudian perlahan-lahan mengendurkan perasaannya. Wanita ini mula rasa tidak tega mencintai lelaki yang tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan. Sekadar hidup dengan cinta apalah sangat. Apa lagi wanita itu menjadi pujaan ramai sedangkan lelaki itu hanya sampah, maka tidak menghairan jika wanita itu mula rasa bodoh melayani cinta lelaki sedemikian.

Namun kerana ada kepentingan diri, wanita itu berlakun untuk menunjukkan kasih sayangnya tetapi membuang perasaan cinta dari hatinya. Dia enggan menyatakan dia tidak cintakan lelaki itu bukan kerana takut lelaki itu berasa hati tetapi kerana beberapa kepentingan diri yang diperlukan dari lelaki itu. Jika tidak kerana itu, sudah pasti dia akan meludah muka lelaki itu.

Dia pada mulanya menyerahkan hati sepenuhnya kemudian membiarkan lelaki itu mencintai bayangnya... Lelaki itu hanya menjadi mangsa lakunan kasih sayang yang berkepentingan tertentu... Kasihan lelaki sedemikian yang menganggap dirinya disayangi dan dicintai tetapi segalanya penuh kepuraan.

Pesan saya: Jadilah wanita yang ikhlas terhadap cinta kerana suatu hari akan ada lelaki yang akan memandang enteng cintanya dan menyimpannya kerana kasihan...dan tidak mustahil wanita itu akan sanggup di madu asalkan tidak diceraikan...

Tiada ulasan: