Khamis, 4 Disember 2008
SIKAP MEMINTA-MINTA
Bukan hendak menuduh atau merendah-rendah OKU (kerana saya juga OKU)tetapi hakikatnya begitulah.....Ramai OKU yang saya temui suka mengharapkan bantuan atau ehsan masyarakat. Kalau dengan kerajaan mereka ini cukup 'manja'. Apa saja peluang bantuan akan mereka selidik dan pohon. Sehinggakan duit zakat pun hendak disapunya. Ya, sebut duit zakat, ramai OKU merasakan golongan OKU layak menerima zakat sedang OKU tidak termasuk dalam asnaf lapan yang layak.
Sikap meminta-minta seolah-olah sudah jadi sinonim dengan OKU. Sehinggakan ada sesetengah OKU, mereka sebenarnya sudah berada tetapi terus-terusan mengaku miskin dan fakir semata-mata untuk mendapat bantuan. Sikap suka dibantu inilah menjadikan OKU dipandang rendah oleh masyarakat. Kecacatan bukan tiket untuk mendapatkan simpati tetapi satu anugerah Ilahi untuk kita bersyukur.....(panjang cerita ni...)
Sebenarnya sindrom mengaku miskin untuk bantuan bukan sahaja berlaku dalam dunia OKU sahaja. Ada kalangan masyarakat kita apabila ditanya jumlah pendapatan (terutama yang kerja sendiri) dengan selamba menjawab RM300 sebulan. Apabila isi borang permohonan bantuan buku teks sekolah anak atau apa-apa saja permohonan, jumlah pendapatan sebulan cukup rendah. RM300? Bayangkan jika ada anak 5 orang. Apakah logik sesaorang yang berpendapatan RM300 sebulan sekarang ini? Sedangkan dia ada motorsikal, ada TV, ada peti sejuk, dan sesetengah ada kereta. Yang menjadi persoalan ialah, orang yang mengesahkan pendapatan tersebut tanpa banyak soal terus tandatangan dan cop.
Jika diukur daripada penyata pendapatan dalam borang-borang, memang cukup ramai orang miskin,....miskin maruah sebenarnya....sehinggakan ada yang sebenar layak terlepas peluang bantuan.....
Tepuk dada tanyalah hati....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan