Jumaat, 31 Oktober 2008

Puisi

MELAKARKAN KESEMPURNAAN
_________________________
Memang agak lewat ketibaan
tetapi kewajaan semangat yang dicetuskan
dari keistimewaan yang dicakna
melakarkan kesempurnaan di era mendatang
cinta yang diunjam ke dasar
buat anak-anak
keupayaan mereka belum tentu
namun kewajaran jadi penentu
saksi keupayaan yang ada padaku.
Di sini
rindu itu musuh yang menggerunkan
kealpaan itu pengkianat yang kejam
cabarannya mesti ditongkah
dengan apa jua sokongan-keupayaan
mental dan fizikal.
Kejayaan cinta sejati
rupanya bukan di akhir pertemuan
kerana di situ masih ada ranjau
prejudis dan kekuatan-bekalan
kemenangan hakiki
adalah cara meneruskan kehidupan
setelah bermula perpisahan.
<><><>
**Hak Cipta Terpelihara

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam.Hai.. saya Ayu.(tp saya takler ayu sngat.. he)Tahniah kepada saudara kerana berjaya mengadakan blog seumpama ini.Teruskan usaha saudara....