Sesetengah orang, apabila
menjadi bos, dia merasakan dia sangat
layak dan mula merasakan semua orang bawahan tidak akan dapat mengatasi kecerdikan nya.
Mungkin ada beberapa perkara tertentu bos lebih bijak untuk menentukan sesuatu
keputusan tetapi sekali-sekala bos perlu juga menghayati pandangan orang
bawahan yang mungkin bercanggah dengan apa yang ingin putuskan. Berilah masa
dan ruang untuk kita melihat sama ada keputusan yang dicadangkan oleh orang
bawahan itu ada bersifat produktif atau tidak.
Justeru, mengambil
idea orang bawahan sekali sekala akan memberi suntikan semangat kepada
staf-staf untuk bekerja lebih kuat. Jangan takut kita disaingi kerana ular yang
berbisa tidak akan hilang bisanya dek kerana menyusur akar.
Bos yang bijak akan
mengolah semua idea yang dibentangkan menjadi suatu hasil yang sangat berkesan
dan nyata. Bos itu sendiri tugasnya memfokuskan organisasi yang dipimpinnya
tanpa mengira siapa yang mencetuskan idea untuk kejayaan itu. Tugas Bos adalah
untuk memandu kapal yang diketuainya ke destinasi yang tertentu dan mengekalkan
semua prestasi.
Bos yang berjaya
tidak cerewet. Kalau semua staf tidak kena di matanya bermakna dia merasakan
dirinya sahaja yang betul. Sikap ini akan menutup perkembangan idea dan sangat
negatif untuk menjayakan sesuatu. Mungkin sikap cerewetnya berjaya di dalam
keluarganya tetapi besar kemungkinan mustahil membuatkan organisasinya berjaya
kerana di dalamnya ada pelbagai fahaman dan pandangan. Maka keluarkan dari
sikap pentingkan diri sendiri kepada sikap lebih terbuka. Kalau kita terlalu
menggunakan kuasa dan wang ringgit untuk berjaya, kita akan gagal apabila semua
itu tidak ada tetapi jika sikap lemah lembut, kesedaran sivik, ukhwah antara
staf, bekerja bersama-sama, tawadduk dan bertoleransi, insya-Allah staf akan
sehidup semati dengan kejatuhan atau kebangkitan organisasi yang dipimpin.
Yang pasti, apabila
organisasi menempa kejayaan, Bos tidak boleh mendabik dada dan berkata, “ini
adalah kerana aku ada di sini...”
Sepatutnya
kata-kata bos yang bijak akan berbunyi, “ ini adalah kejayaan kita semua di
dalam organisasi ini, tahniah semua.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan