Isnin, 11 Julai 2011

Sebagai Kekasih - Sanggupkah Kita berkorban?

rKadang-kadang kita tidak menduga cinta datang tanpa diundang dan tanpa kelogikan tetapi benar-benar berlaku. Mendapat cinta dari orang yang dipuja dan digilai sejak sekian lama adalah sesuatu yang tidak ternilai harganya. Maka menjaga cinta itu agar sentiasa subur dan segar juga bukanlah sesuatu yang mudah. Lalu banyak masa, ruang dan harta benda  perlu dikorbankan demi cinta yang ikhlas suci.

Pengorbanan sangat penting dalam sebuah cinta. Ada yang sanggup berkorban apa saja untuk kebahagiaan kekasihnya. Sepertimana lagu P. Ramlee, berkorban apa saja, harta atau pun nyawa. Pengorbanan Tun Teja yang memakan sireh pembenci yang dibuat oleh Hang Tuah teramat agung nilainya. Adakah kita sanggup memakan sesuatu ubat yang boleh membuatkan kita melupakan kekasih yang teramat kita cintai untuk selama-lamanya?? Mungkin ada yang kata sanggup dan ada yang kata tidak sanggup. Ini bergantung kepada status percintaan tersebut.

Dalam kes Hang Tuah dan Tun Teja, Hang Tuah menculik Tun Teja untuk Sultan Melaka tetapi Tun Teja jatuh cinta pada Hang Tuah. Hang Tuah juga terpikat dengan Tun Teja tetapi oleh keranaan kesetiaannya kepada Sultan mengatasi segala-galanya, Hang Tuah yang mahir ilmu jampi telah membuat sireh pembenci. Sireh Pembenci kononnya jika sesiapa memakan sireh itu, dia akan membenci Hang Tuah. Kemudian Hang Tuah memujuk Tun Teja memakannya supaya dia dapat melupakan Hang Tuah. Walaupun Tun Teja tidak sanggup melakukannya, tetapi demi cinta, dia mengikut apa saja kata kekasihnya. Akhirnya Tun Teja dapat melupakan Hang Tuah setelah memakan sireh pembenci itu dan pulang ke Melaka berkahwin dengan Sultan.
Andai sireh pembenci itu ada, sanggupkah kita memakannya untuk melupakan kekasih kita? Akan ada yang sanggup memakannya jika dia dalam dilema berikut:
i.                     Kekasihnya itu telah dikahwinkan dengan orang lain oleh keluarganya.
ii.                   Kekasihnya isteri / suami orang.
iii.                  Kekasihnya mencintai orang lain.
iv.                 Kekasih yang tidak mendapat perkenan keluarganya.
v.                   Isteri yang mencintai lelaki lain.
vi.                 Kekasih yang kelima (Maknanya dia sudah ada empat isteri)

Lain-lain mungkin banyak lagi…….tapi pengorbanan bukan sesuatu yang mudah dan bukan juga sesuatu yang sukar….

Tiada ulasan: