
Walau miskin dan buruk rupa andai hati redha dan ikhlas menerima takdir, insya-Allah bahagia tetap menjadi milik kita. Ramai di luar sana mempunyai hampir semua keperluan duniawi termasuk rumah, kereta, rupa paras yang cantik dan segak, harta benda, wang ringit dan sebagainya tetapi bila keperluan batin dan emosi tidak dapat dipenuhi atau kurang dipenuhi, kebahagiaan yang ditampakkan melalui kemewahan hidup hanyalah lakunan semata-mata. Walau bagaimana ditahan dan dikawal untuk tidak meneyrlahkan penderiataan dalaman, suatu masa pasti ianya akan terbongkar sama ada menerusi perpisahan atau kecurangan.
Justeru, untuk hidup bahagia hakiki, keperluan zahir dan batin hendaklah diseimbangkan. Batin bukan sahaja pada sex semata-mata tetapi keperluan zahir yang hakiki terletak kepada kasih sayang dan cinta.
Pelengkap segala kebahagiaan hidup ialah apabila kita menjalani hidup di dunia ini berlandaskan amar makruf nahi mungkar. Tanda-tanda awal bahagia akan menjelma apabila hidup kita semakin hampir kepada Allah iaitu kita semakin mengingati dan mengamalkan perintah Allah. Jika selepas menemui pasangan kita (sama ada berkahwin atau berkawan) kita semakin bergerak ke arah ini, maka ketahuilah bahawa kita sebenarnya diredhai dan diberi rahmat oleh Allah SWT. Ins-Sya- Allah.