Jumaat, 20 Mei 2011

daripada disisih baik berselisih....

Kadang-kadang bila kita rasa kita banyak berbudi tanpa mengharapkan balasan maka kita merasakan kita benar-benar ikhlas kerana niat kita untuk membantu semata-mata untuk menolong orang lain. Pengorbanan yang kita berikan cukuplah dirasakan suatu kepuasan bila berlaku kejayaan walaupun tidak mendapat upah satu sen pun. Justeru apabila tiba masa kita pula perlukan bantuan, lalu kita tidak disokong, maka bayangkan apa yang dapat kita simpulkan terhadap segala pengorbanan kita selama ini??
Rupa-rupanya tidak semua orang menghargai pengorbanan orang lain. Mereka ini mengambil kesempatan di atas jasa orang lain. Memang sukarnya mencari kejujuran dan keikhlasan di dunia sekarang ini. Kebanyakkannya berbuat sesuatu kerana ada imbuhan. Kalau tidak mereka tidak akan buat sesuatu dengan sukarela.
Ada setengah jabatan menubuhkan satu pasukan sukarela yang berkerja tanpa upah. Mereka di jabatan bergaji dan penuh dengan imbuhan manakala Jawatankuasa sukarela bekerja dengan jujur semata-mata untuk memajukan produk jabatan itu. Tetapi setelah puas berjuang dengan sukarela memajukan produk jabatan itu,  jangankan penghargaan malah Jawatankuasa disisih dan dipandang serong kerana hendak membuat satu keputusan yang tidak menyebelahi kehendak peribadi ketua jabatan.
Akhirnya rasa kekecewaan berjuang selama ini bertimpa-timpa sehingga merasakan hinanya diri dipandang sedemikian seolah-olah tidak bijak membuat keputusan sedangkan selama ini dialah yang memaju dan memperkasakan produk jabatan itu.
Kemudian, kuncu-kuncunya bagaikan menepuk tangan........
Jadi,  daripada terus disisih lebih baik kita berselisih sekarang....

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

andaikta itu adalah yg terbaik untuk semua dan kebahagiaan untuk diri sendiri.....sentiasa disokong dari jarak jauh...wlaupn tidak bertemu mata,bermadah dgn kata2.

Tanpa Nama berkata...

...dan itulah sebenarnya kehendak semua orang...dan mereka inilah yang bertepuk tangan....kegembiraan dengan ucapan berambus dan padan muka.... manis muka tapi hakikatnya.... simpati sebenarnya memaki.... alhamdulillah jika ini yang dibalas selama ini...

Tanpa Nama berkata...

menghormati........

Tanpa Nama berkata...

Semakin jauh kita pergi kita akan dapati dunia ini sebenarnya sempit sahaja. Semakin ramai orang yang kita temui semakin faham bahawa dalam diri manusia ini hanya ada , empat perangai iaitu, nampak baik tapi jahat, nampak jahat tetapi baik, nampak baik rupanya memang baik, dan nampak jahat rupanya memang jahat. Jadi tidak perlu kita persoalkan hati orang lain melainkan hati kita sendiri. Kalau kita benar-benar menjunjung kejujuran, jika kita benci teranganlah benci dan jika kita sayang teranganlah sayang. Mengapa mahu berselindung di sebalik wajah yang kudus sedangkan hati kita penuh kudis...Dengan ini barulah kita tidak dipanggil hipokrit....Jika kita melontar batu kepada air, maka air terpercik keluar dan mengenai kita, maka sepatutnya faham bahawa kita jika memberi maka dia pasti menerima...Dan saat kita suatu ketika duduk mengenang di suatu tempat, maka ingatlah bahawa kenangan itu sebenarnya terlalu hampir di hati...dan apabila berulang-ulang perlakuan sedemikian ini, pastilah takkan padam selamanya... by:kardin