Jumaat, 31 Oktober 2008

Puisi

MELAKARKAN KESEMPURNAAN
_________________________
Memang agak lewat ketibaan
tetapi kewajaan semangat yang dicetuskan
dari keistimewaan yang dicakna
melakarkan kesempurnaan di era mendatang
cinta yang diunjam ke dasar
buat anak-anak
keupayaan mereka belum tentu
namun kewajaran jadi penentu
saksi keupayaan yang ada padaku.
Di sini
rindu itu musuh yang menggerunkan
kealpaan itu pengkianat yang kejam
cabarannya mesti ditongkah
dengan apa jua sokongan-keupayaan
mental dan fizikal.
Kejayaan cinta sejati
rupanya bukan di akhir pertemuan
kerana di situ masih ada ranjau
prejudis dan kekuatan-bekalan
kemenangan hakiki
adalah cara meneruskan kehidupan
setelah bermula perpisahan.
<><><>
**Hak Cipta Terpelihara

Khamis, 30 Oktober 2008

SALAM PENGENALAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Untuk pertama kalinya saya selaku umat Nabi Muhammad s.a.w bernama Mohd Razali Md Din menghadirkan diri ke dunia tanpa sempadan bertujuan bertukar-tukar pandangan, memberi pandangan, menerima pandangan, menolak pandangan, meluahkan hati, meluahkan apa yang tersurat dan tersirat serta pelbagaian lontaran idea, ilham, coretan hati, bisik naluri dan 'copy n paste'.

Saya sudi menerima hasil karya teman-teman untuk diluahkan dalam blog saya ini tetapi haruslah menepati kehendak saya sebelum saya menyiarkannya. Mari kita sama-sama menyatakan apa yang hendak dikata sebelum orang lain kata.

Untuk makluman semua pelayar dan pembaca blog, (agar tidak tersinggung dengan bicara saya), saya adalah warga OKU (Orang Kelainan Upaya)- Fizikal. Namun apa yang saya akan bicarakan dalam blog ini tidak sepenuhnya berkaitan OKU. Mungkin 50% sahaja. Yang lain-lain barangkali ada bab kesenian, ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. Bergantung kepada 'mood' saya daa...

Sekian. TQ