Isnin, 21 Mac 2011

Selepas menyerah akhirnya membiarkan...

Mencinta dan dicintai bukan sesuatu yang senang untuk diperolehi. Setiap insan ada tuahnya bila mendapat apa yang diidamkan apa lagi memiliki hati wanita yang menjadi impiannya. Lelaki biasanya menyatakan hasrat cintanya pada wanita apabila hati sudah terpaut. Hati lelaki ada juga yang hanya mencintai wanita tertentu sahaja. Bila sudah berkenan dan menepati citarasa hatinya, dia akan cuba menyatakan hasratnya.

Hasratnya ada yang tidak dipenuhi kerana bagi wanita tersebut lelaki itu bukan pula citarasa hatinya. Tetapi bagi wanita yang sama citarasa dengan lelaki yang menyatakan hasrat, maka terjalin suatu ikatan cinta. 

Walau bagaimanapun ada juga wanita yang pada mulanya menerima cinta lelaki dengan sepenuhnya. Menyerahkan kasih sayang yang tidak ternilai bagi seorang lelaki yang terlalu mengharap, kemudian perlahan-lahan mengendurkan perasaannya. Wanita ini mula rasa tidak tega mencintai lelaki yang tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan. Sekadar hidup dengan cinta apalah sangat. Apa lagi wanita itu menjadi pujaan ramai sedangkan lelaki itu hanya sampah, maka tidak menghairan jika wanita itu mula rasa bodoh melayani cinta lelaki sedemikian.

Namun kerana ada kepentingan diri, wanita itu berlakun untuk menunjukkan kasih sayangnya tetapi membuang perasaan cinta dari hatinya. Dia enggan menyatakan dia tidak cintakan lelaki itu bukan kerana takut lelaki itu berasa hati tetapi kerana beberapa kepentingan diri yang diperlukan dari lelaki itu. Jika tidak kerana itu, sudah pasti dia akan meludah muka lelaki itu.

Dia pada mulanya menyerahkan hati sepenuhnya kemudian membiarkan lelaki itu mencintai bayangnya... Lelaki itu hanya menjadi mangsa lakunan kasih sayang yang berkepentingan tertentu... Kasihan lelaki sedemikian yang menganggap dirinya disayangi dan dicintai tetapi segalanya penuh kepuraan.

Pesan saya: Jadilah wanita yang ikhlas terhadap cinta kerana suatu hari akan ada lelaki yang akan memandang enteng cintanya dan menyimpannya kerana kasihan...dan tidak mustahil wanita itu akan sanggup di madu asalkan tidak diceraikan...

Jangan Salahkan orang lain.....?

Kadang-kadang kita merasakan sesuatu kesilapan yang berlaku bukan kerana silap kita tetapi silap orang yang ada di sekeliling kita. Kita akan menyalahkan orang lain. Ada pernah saya dengar seorang murid yang gagal dalam peperiksaan  menyalahkan gurunya di atas kegagalan itu. Malah seorang pencuri pun akan menyalahkan tuan rumah yang membuat report polis kerana dirinya tertangkap dan dipenjarakan. Kenapa dia salahkan tuan rumah? (Fikir kejap).

Sebenarnya setiap kesilapan ada dua penyebabnya. Penyebab pertama tentulah kita sendiri dan kedua orang yang berkaitan. Namun lazimnya kesilapan itu berlaku kerana kesilapan kita sendiri. Apa-apa kesilapan yang berlaku mesti kita sendiri penyebabnya. Macam kes rogol, sekali dengar kita cukup geram dengan perogol dan sangat sakit hati kerana jahatnya perogol. Tetapi jika kita selidik betul-betul kita akan dapati perempuan yang kena rogol itu penyebabnya. Kemungkinan perempuan itu berpakaian seksi, menggoda dan bersaorangan ketika berjalan di malam hari. Namun begitu ada juga kes rogol berlaku kerana lelaki itu memang jahat dan ketagih seks. Dalam kes ini memang perogol penyebabnya.

Demikian juga kes-kes zina atau rogol yang berlaku di mana saja samada di rumah, di sekolah, di pejabat atau di mana saja. Kebanyakannya kerana cara wanita berpakaian, cara bercakap yang menggoda, melayan  lelaki melebihi batasan,  dan merasa bangga dirinya didamkan oleh lekaki.

Apa yang hendak saya katakan, kes-kes perzinaan dan rogol banyak berlaku kerana sikap wanita sendiri. Ada satu kata-kata (Saya lupa dari mana) iaitu"dua kejahatan di atas dunia ini disebabkan duit dan wanita."

TETAPI LELAKI JUGA PENYEBAB JUGA. NANTI KITA CORETKAN SEMULA.

Sebelum saya tamatkan coretan kali ini saya hendak kembali pada cerita kenapa pencuri salahkan tuan rumah. Salah satu sebab dia mungkin kata tuan rumah tak bincang dahulu dengannya, kalau dia tak pulangkan barangan yang dicuri bolehlah buat report atau mungkin dia akan kata kenapa tuan rumah tak kunci betul-betul rumah sehingga memudahkan dia mencuri.

Apa-apa pun, ada masa kita boleh salahkan diri sendiri tetapi ada masa kita patut salahkan orang lain. Dan ada juga sama-sama salah. Tetapi  ingat pesanan tok-tok guru kampung, "jangan kerana kita orang lain berdosa".