Ahad, 24 April 2011

Menyayangi








Menyayangi adalah suatu yang tinggi nilainya. Sesaorang sanggup buat apa saja demi seaorang yang disayangi. Apa lagi orang yang disayangi itu seorang kekasih. Menyayangi anak, suami, isteri atau kedua ibu bapa atau adik beradik mempunyai tahap yang pelbagai. Ada yang tidak lalu makan dan tidur tidak lena kerana rindukan orang yang disayangi. Bahkan ada orang sanggup mati kerana sayang.

Perubahan sayang kepada benci bukan sesuatu yang jarang berlaku bahkan sering terjadi kerana sesuatu sebab yang disengaja atau tidak. Saya katakan begitu kerana ada orang memberi alasan untuk membenci sesaorang dengan alasan yang tidak logik kerana sebelum ini dia teramat sayang dengan sesaorang itu. Mungkin dia sudah jatuh kasih pada yang lain maka dia cari jalan atau alasan untuk menyatakan bukan silapnya untuk menukar kasih tetapi salah pasangannya. Jadi ada alasan untuknya menukar kasih dengan sebab-sebab yang kecil lalu diperbesarkan.

Mengikut adat, hati seorang perempuan tidak boleh menyintai dua lelaki dalam satu masa. Pintu hatinya hanya boleh dimasuki seorang lelaki. Maka jika ada terdengar di telinga kita ada seorang isteri menyintai orang lain selain suaminya…tentu  ada yang tidak kena….Persoalan sekarang, antara suami dan orang yang dicintainya itu, siapakah yang sebenarnya berada di dalam hatinya?

Seorang lelaki hatinya boleh menyimpan seberapa ramai wanita tetapi keimanan membataskan hanya empat sahaja yang dibenarkan. Jika lelaki ini bersikap adil, berkuasa dan mampu, dia memang layak memiliki empat wanita dalam satu masa. Kata seorang pakar motivasi, jika lelaki memiliki kemampuan tetapi tidak berkeinginan kahwin lebih dari satu, maknanya lelaki ini tidak normal. Mesti ada 'something wrong'.



Persoalannya, wanita manakah yang sanggup dimadukan sehingga 4 orang?
Pada pendapat saya, Ada dua kemungkinan jawapan:

Pertama, wanita yang mempunyai imiginasi seks yang tinggi…..
Kedua, wanita yang terlalu menyayangi suaminya……..


Bagi menunjukkan, begitulah besarnya kuasa sayang, sehingga sanggup melawan arus demi menyayangi seaorang...biarpun dia tersiksa....walaupun ada yang sebenar-benar redha...

Wallahualam. 

Rabu, 13 April 2011

Membatalkan Sumpah.

Ada orang bersumpah untuk membuktikan sesuatu dan ada juga orang bersumpah untuk menunjukkan ketegasannya dalam sesuatu isu. Namun semua sumpah itu bukanlah sesuatu yang main-main. Ada seorang pendakwah berkata, orang yang suka bersumpah adalah orang munafik. (Wallahualam.).


Apa yang saya hendak utarakan di sini bukanlah sumpah hendak membuktikan sesuatu, tetapi sumpah untuk menunjukkan ketegasan terhadap sesuatu isu. Sekali fikir ada juga orang bersumpah kerana sikap panas barannya. Contohnya bila dia dikecewakan sesaorang, lalu dia pun tanpa berfikir panjang terus bersumpah, "Demi Allah aku takkan kahwin sampai mati...". Atau bersumpah, " Demi Allah aku takkan pijak rumah ini lagi", bagi yang bergaduh dengan isteri atau suami.


Dalam isu ini, saya didatangi sesaorang kerana kes bersumpah seumpama ini. Beliau memaklumkan bahawa dia pada suatu masa sangat membenci dengan pujuk rayu seorang lelaki sehingga dia bersumpah, "demi Allah aku takkan kahwin dengan kamu sampai kiamat." Namun selepas beberapa bulan berlaku sebaliknya, dia telah mula jatuh hati dan bercinta dengan lelaki itu dan merancang untuk kahwin. Masalahnya dia dihantui oleh sumpahnya.


Saya pun tidak tahu hendak kata apa, lalu saya merujuk kepada beberapa artikel dalam internet. Lalu saya jumpa petikan artikel ini. 


......Kemudian, kalau kami perhatikan dari sumpah yang pernah anda ucapkan, maka sumpahnya itu berisi keburukan, karena bersumpah untuk tidak menikah, dan ini bertentangan dengan syariat yang dibawa oleh Rasulullah shallallahu alaihi wasallam, yang mana beliau menganjurkan umatnya agar menikah dan melarang dari membujang.

Berkaitan dengan sumpah yang berisi keburukan, para ulama menjelaskan bahwa hukumnya wajib merusakkan sumpah atau janjinya itu, atau dengan kata lain ia wajib tidak memenuhinya, dan wajib membayar kaffarat (denda) untuk sumpah atau janjinya tersebut. Dan denda sumpah itu sama dengan denda nadzar berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam, “Kafarat nadzar ialah kafarat yamin (sumpah).” [HR Muslim no. 1645 dari sahabat Uqbah bin Amir].

Sedangkan denda sumpah telah dijelaskan dalam firman Allah:
لا يُؤَاخِذُكُمُ اللَّهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ وَلَكِنْ يُؤَاخِذُكُمْ بِمَا عَقَّدْتُمُ الأيْمَانَ فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلاثَةِ أَيَّامٍ ذَلِكَ كَفَّارَةُ أَيْمَانِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْ وَاحْفَظُوا أَيْمَانَكُمْ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah) tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja, maka kafarat sumpah itu ialah memberi makan sepuluh orang miskin, yaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka, atau memerdekakan seorang budak. Barangsiapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kafaratnya puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kafarat sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar).” [QS Al-Maidah: 89]

Dari ayat ini kita dapat mengetahui bahwa kaffarat (denda) sumpah itu dapat dilakukan dengan memilih salah satu dari hal-hal berikut ini secara berurutan:
1.    Memberi makan 10 fakir miskin,
2.    Memberi pakaian 10 fakir miskin,
3.    Memerdekakan hamba sahaya,
4.    Berpuasa tiga hari


Jadi, saya rasa jawapan kepada masalah sumpah tadi sudah dapat dijawab dengan artikel ini. Pesan saya, berhati-hatilah jika hendak bersumpah.
Teringat saya pada pantun arwah ibu:

Beras kisar mudik ke hulu
tanak pulut santan durian
tiada orang sesal dahulu
kebanyakkannya sesal kemudian

Jumaat, 1 April 2011

Tsunami - Bencana Alam Atau Bala?




  Nama bencana tsunami masyhur ketika ianya melanda Acheh tahun 2004 yang menyaksikan beratus ribu orang meninggal dunia seluruh dunia. Kejadian yang berlaku dengan tiba-tiba itu bagaikan suatu angkatan bala tentera menyerang negeri-negeri yang berada di pinggir pantai. Yang mati tidak kira orang baik atau jahat. Kalau Jepun sebagai negara orang kafir ditimpa musibah kita mungkin merasakan satu bala, maka kalau kita imbas kembali ianya berlaku di Acheh, sebuah negara yang dikenali sebagai Serambi Mekah, maka apa yang boleh kita simpulkan?



Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Apabila Allah menurunkan azab ke atas dunia untuk satu-satu kaum, maka azab itu akan menimpa ke atas mereka yang berada sama dalam masyarakat kaum itu, kemudian apabila mereka dibangkitkan di akhirat nanti maka kedudukan mereka adalah mengikut taraf keimanan serta amal kebajikan yang mereka lakukan di dunia ini”. (Hadis Riwayat Al-Bukhari).

Allah berfirman, mahfumnya:

Dan (Tuhan berfirman lagi); Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
(Surah Al-A'raaf 7: 96)

 dan mahfum-Nya lagi,

Dan berapa banyak umat-umat yang kami telah binasakan sesudah zaman Nabi Nuh; dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui lagi melihat akan dosa-dosa hambaNya. 
( سورة الإسراء , Al-Isra)



Pada umumnya kita dipaparkan sebagai bencana alam. Namun begitu jika kita soroti kejadian-kejadian yang berlaku sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran, ianya dikenali sebagai bala dari Allah s.w.t. Peristiwa banjir terbesar pada zaman Nabi Nuh, bumi diterbalikkan dan menanam hidup-hidup para pengamal homoseks di era Nabi Lut, ribut taufan, kutu, belalang, katak dan darah untuk umat Nabi Musa dan sebagainya.


Ini bermakna, kejadian yang menimpa umat dunia sekarang sememangnya bala yang diturunkan kerana kesalahan umat itu sendiri. Contoh mudah, kalau kita tidak berhati-hati di jalannraya, memandu tidak mengikut peraturan, maka tidak mustahil ianya akan berlaku kemalangan. Dan kemalangan itulah bala yang disebabkan kesilapan kita sendiri sedangkan kita sudah tahu kita melakukan kesilapan itu.


Ini saya petik dari sebuah artikel blogspot Halaqah yang menggariskan faktor, sebab atau punca berlaku bala yang dikirim oleh Allah SWT ke atas umat Nabi Muhammad s.a.w iaitu:

1- Ilmu Islam akan beransur hilang sedikit demi sedikit.
2- Umat Islam sanggup mengikuti jejak langkah Yahudi dan Nasrani dalam tindakan, teladan, pertuturan dan cara hidup mereka.
3- Muncul golong anti hadis (yang tidak dibendung).
4- Umat Islam yang terlalu banyak bergelumang dalam keseronokan.
5- Terlampau mewah.
6- Menghimpun harta sebanyak mungkin (hingga lupa untuk menggarap ilmu agama).
7- Tipu menipu dalam perkara dunia.
8- Saling bertengkar dalam urusan remeh-temeh (yang sepatutnya boleh dimaafkan).
9- Tersebar luas hasad dengki serta hasut menghasut di kalangan mereka.
10- Islam dianggap sebagai agama asing atau berdagang di negara umat Islam sendiri.
11- Berleluasa amalan rasuah dengan pelbagai bentuk dan helah.
12- Orang yang baik terlalu sedikit, malah orang yang jahat semakin ramai.
13- Muncul orang yang tidak peduli sumber harta yang diperolehinya.
14- Riba wujud di mana-mana.
15- Ramai yang minum arak dan menamakannya sebagai bukan arak.
16- Golongan lelaki semakin sedikit dan golongan wanita semakin ramai.
17- Golongan lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya.
18- Ibu melahirkan tuannya.
19- Bangunan pencakar langit.
20- Muncul ramai ahli ibadat tapi jahil dan ramai golongan ulama tapi fasiq.
21- Orang yang berpegang dengan Islam bagai menggenggam bara api.
22- Berlaku peperangan demi peperangan.
23- Masa akan menjadi singkat.
24- Muncul galian-galian bumi.
25- Ujian yang dahsyat terhadap iman.
26- Peperangan di kawasan sungai Furat kerana merebut kekayaan.
27- Ketiadaan iman untuk bersolat jamaah.
28- Al-Quran akan hilang dan ilmu akan diangkat menghadap Allah.
29- Bermegah-megah dengah keindahan masjid dan kosong dengan pengisian agama.
30- Menggadai agama kerana dunia.
31- Pelaksanaan haji dan umrah bukan kerana Allah.
32- Harta negara bertukar tangan di kalangan pemimpin.
33- Sesuatu amanah dianggap sebagai batu loncatan untuk mengaut keuntungan.
34- Bayaran zakat dianggap sebagai denda/saman.
35- Suami yang terlalu tunduk kepada isteri.
36- Anak-anak yang menderhaka terhadap ibu mereka.
37- Muncul ramai orang yang patuh dan setia yang tidak berbelah bagi kepada kawan dan rakan.
38- Golongan bapa yang hampa kerana disia-siakan oleh anak-anak mereka sendiri.
39- Berlaku pertengkaran dalam masjid.
40- Apabila orang yang rendah maruahnya dipilih menjadi ketua sesuatu kaum.
41- Apabila orang memuliakan orang lain kerana takutkan kejahatannya.
42- Apabila minuman keras tersebar luas.
43- Ramai golongan lelaki yang memakai sutera.
44- rtis-artis wanita diagung-agungkan.
45- Alat-alat muzik diguna-pakai (sebagai mata pencarian).
46- Kesilapan manusia hari ini mengutuk generasi terdahulu.

Apabila perkara yang disebutkan itu berlaku, maka kata Nabi, tunggulah ketika itu akan datang kepada manusia angin panas, ribut taufan, puting beliung dan bahaya-bahaya yang lain serta hingga berlaku penukaran corak dan rupa.



Saya berdoa semoga kita semua dijauhkan dari segala bencana ini dan marilah kita sama-sama mengerjakan suruhan Allah dan menjauhi larangan-Nya. Insya Allah.











Info:
Tsunami (bahasa Jepang: 津波; tsu = pelabuhan, nami = gelombang, secara harafiah berarti "ombak besar di pelabuhan") adalah perpindahan badan air yang disebabkan oleh perubahan permukaan laut secara vertikal dengan tiba-tiba. Perubahan permukaan laut tersebut bisa disebabkan oleh gempa bumi yang berpusat di bawah laut, letusan gunung berapi bawah laut, longsor bawah laut, atau atau hantaman meteor di laut. Gelombang tsunami dapat merambat ke segala arah. Tenaga yang dikandung dalam gelombang tsunami adalah tetap terhadap fungsi ketinggian dan kelajuannya. Di laut dalam, gelombang tsunami dapat merambat dengan kecepatan 500-1000 km per jam. Setara dengan kecepatan pesawat terbang. Ketinggian gelombang di laut dalam hanya sekitar 1 meter. Dengan demikian, laju gelombang tidak terasa oleh kapal yang sedang berada di tengah laut. Ketika mendekati pantai, kecepatan gelombang tsunami menurun hingga sekitar 30 km per jam, namun ketinggiannya sudah meningkat hingga mencapai puluhan meter. Hantaman gelombang Tsunami bisa masuk hingga puluhan kilometer dari bibir pantai. Kerusakan dan korban jiwa yang terjadi karena Tsunami bisa diakibatkan karena hantaman air maupun material yang terbawa oleh aliran gelombang tsunami.