Ahad, 24 April 2011

Menyayangi








Menyayangi adalah suatu yang tinggi nilainya. Sesaorang sanggup buat apa saja demi seaorang yang disayangi. Apa lagi orang yang disayangi itu seorang kekasih. Menyayangi anak, suami, isteri atau kedua ibu bapa atau adik beradik mempunyai tahap yang pelbagai. Ada yang tidak lalu makan dan tidur tidak lena kerana rindukan orang yang disayangi. Bahkan ada orang sanggup mati kerana sayang.

Perubahan sayang kepada benci bukan sesuatu yang jarang berlaku bahkan sering terjadi kerana sesuatu sebab yang disengaja atau tidak. Saya katakan begitu kerana ada orang memberi alasan untuk membenci sesaorang dengan alasan yang tidak logik kerana sebelum ini dia teramat sayang dengan sesaorang itu. Mungkin dia sudah jatuh kasih pada yang lain maka dia cari jalan atau alasan untuk menyatakan bukan silapnya untuk menukar kasih tetapi salah pasangannya. Jadi ada alasan untuknya menukar kasih dengan sebab-sebab yang kecil lalu diperbesarkan.

Mengikut adat, hati seorang perempuan tidak boleh menyintai dua lelaki dalam satu masa. Pintu hatinya hanya boleh dimasuki seorang lelaki. Maka jika ada terdengar di telinga kita ada seorang isteri menyintai orang lain selain suaminya…tentu  ada yang tidak kena….Persoalan sekarang, antara suami dan orang yang dicintainya itu, siapakah yang sebenarnya berada di dalam hatinya?

Seorang lelaki hatinya boleh menyimpan seberapa ramai wanita tetapi keimanan membataskan hanya empat sahaja yang dibenarkan. Jika lelaki ini bersikap adil, berkuasa dan mampu, dia memang layak memiliki empat wanita dalam satu masa. Kata seorang pakar motivasi, jika lelaki memiliki kemampuan tetapi tidak berkeinginan kahwin lebih dari satu, maknanya lelaki ini tidak normal. Mesti ada 'something wrong'.



Persoalannya, wanita manakah yang sanggup dimadukan sehingga 4 orang?
Pada pendapat saya, Ada dua kemungkinan jawapan:

Pertama, wanita yang mempunyai imiginasi seks yang tinggi…..
Kedua, wanita yang terlalu menyayangi suaminya……..


Bagi menunjukkan, begitulah besarnya kuasa sayang, sehingga sanggup melawan arus demi menyayangi seaorang...biarpun dia tersiksa....walaupun ada yang sebenar-benar redha...

Wallahualam. 

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tiada yg mustahil dlm dunia ini..dan tiada siapa yg minta seorg ht wanita menyayangi 2 org dlm htinya..dan yang pasti perasaan itu....Hanya Tuhan sja yg thu...
kita akan cuba mengelak..dan terus mengelak..dan yg pasti dugaan Tuhan begitu tinggi pada hambanya.menyintai suami adalah ssuatu yg TERAGUNG disisi Tuhan..dan menduakan suami adalah perkara yg dibenci Tuhan..yg pasti pilihan hati hambanya..adalah suami yang tercinta..
hamba itu tidak pernah terlintas dihatinya untuk memainkan perasaan org yang disayangi..dimana harus dia melangkah..mencari ketenangan diri...membuang sgla kemungkaran yg telah dilak,ukannya...sentiasa inginkan satu perubahan dan mengharapkan semua itu akan berlalu begitu sja tanpa menyiksa atau mengguris hati..
suami...isteri akan sentiasa ingin melakukan sesuatu yg terbaik dlm suatu perhubungan..bila hilangnya kepercayaan itu..maka hancurkan sebuah ikatan yg dibina dgn pnuh kasih syg..cinta yg tidak diundang?adakah ia lhir dari ht yg meminta atau kepuasan nafsu semata2...adakah dia terpaksa menyayangi org yg pernh memiliki zahir dan batinnya?hanya dia sja yg thu..apa yg sebenarnya tersirat dihatinya...
.....sentisa mengingatinya,merinduinya,mengasihinya sepanjang nyawa bernafas....adakah itu bukan cinta nmanya?tetapi..perasaan itu akan terlelap bila ia mengingati suatu perhubungan yg dlu yg pernah...sehingga sekarang menjadi tnda tanya bhwa aku atau dia yg sebenarnya ingin dimiliki...
persolan itu membuatkn hamba itu masih dlm kesamaran..
sehingga sekarang ht hamba itu begitu bersalah pada suami tercinta dan insan yg pernah disayanginya...Ya Allah..sesungguhnya hati ini...sentiasa menangis merintih keampunan supaya diberi petunjuk darimu mana hala tuju yg perlu ku lalui..adakah aku bhgia dgn kehidupan yg penuh dgn rasa slhnya..atau aku perlu membawa hala tujuku sendiri..andaikata jodohku hanya setakat ini...
-----untuk insan yg pernah ku dsayangi..dan tidak patut aku kasihi...benarkanlah aku berundur dr hidupmu.....itu adalah yg terbaik....semoga fhmi penderitaan hati ini....salam sayang untukmu 794..

Tanpa Nama berkata...

saudari, saya pernah bertanya pada seorang wanita yang pernah bercinta dengan suami orang. Wanita itu sudah bersuami, ada tiga orang anak dan punya seorang cucu. Saya tanya adakah dia benar-benar menyintai suami orang itu. Dia kata ya,dia sangat menyintai lelaki itu. Saya tanya lagi, bagaimana dengan suaminya? Wanita itu berkata, jika lelaki itu sanggup kahwin dengannya dia akan tuntut cerai di mahkamah, dia tinggal bersama kerana hanya kasihan sahaja kerana suaminya kencing manis, kalau tidak kerana kasihan dia dah lama tinggalkan suaminya itu kerana hatinya hanya menyintai lelaki tadi....Saya yakin, wanita memang tidak boleh menyintai dua lelaki dalam satu masa....