ILMU PENGASIH

Sejak dari zaman berzaman semua orang bercakap tentang ilmu pengasih. Pelbagai ayat al-Quran dan jampi mentera diamalkan oleh masyarakat kita. Kepercayaan sesuatu ayat boleh memberi bekas atau memberi kesan boleh dikatakan syirik. Namun begitu orang tetap mengamalkannya. Sebenarnya untuk mengamalkan ayat-ayat al-Quran boleh menjadi sunat jika bertujuan baik. Manakala jampi mentera yang mengarut boleh merosakkan akidah.
Dalam halaman ini ada beberapa ayat yang diamalkan sebagai doa ikhtiar supaya orang yang kita berkenan tertarik kepada kita. Tidak kiralah untuk orang bercinta, mencari pasangan hidup, suami isteri, menghadiri temuduga, memikat hati tetamu dan audien atau sebagainya. Asalkan ianya tidak menjadikan maksiat, insyaAllah doa kita menggunakan ayat suci al-Quran akan diperkenankan...Yang penting nawaitu.....
Semua ayat-ayat ini dibaca ketika berhadapan atau sebelum melangkah masuk bertemu sesaorang atau orang ramai.

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".
Surah Yusuf ayat ke-4


Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya
Surah Yaasin ayat ke 36


Ayat ini dibca semasa bertentangan mata:
 

Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
Surah Yasin ayat ke 83
 ____________________________________________________________________________
Ini Ayat khas untuk pasangan sahaja: 
Dibaca semasa hendak bertemu dengannya.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu 
Al-Imran ayat 31

Dan disambung dengan ayat di bawah.


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

Surah Ar-Rahman 


Semua ayat-ayat ini diperolehi dari orang-orang tua terdahulu..Siapa yang ingin mengamalkannya adalah tanggungjawab sendiri sama ada jadi atau tidak. Yang penting ini semua adalah ikhtiar sahaja.. Wallahualam.

Tiada ulasan: