Isnin, 25 November 2013

Tanda Hidup Tiada Keberkatan

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah:

1. Duit sentiasa tidak mencukupi. Bekerja siang malam. Ada duit sikit tidak cukup ada duit banyak pun tidak cukup. Pendek kata wang sekejap sahaja berlegar dalam kehidupan.  

2. Nampak sibuk, ke sana sini seolah-olah banyak projek yang hendak dijalankan tetapi hasilnya tidak memadai atau langsung tidak ada. Banyak kerja separuh jalan dan tergantung.
Kalau ada yang berjaya dilaksanakan ianya tidak menepati apa yang dirancang.

3. Banyak baca buku, tapi ilmu satu pun tak lekat. Buku-buku yang dibaca tidak memberi manfaat akhirat. Kalau bab menasihati orang ianya sangat hebat dan bijak tetapi diri sendiri tidak mengikuti nasihat yang diberikan.


4. Sentiasa berleka-leka dan membuang masa. Menghabiskan masa di depan komputer, TV, permainan yang sia-sia dan melepak tanpa tujuan. Amalan akhirat tidak diberatkan.


Sama-samalah kita audit diri untuk menilai sejauh mana keberkatan hidup kita.