Jumaat, 28 September 2012

Pusaka


Apabila berlaku kematian, akan adalah pusaka yang ditinggalkan oleh si mati sama ada banyak atau sikit. Ianya bergantung kepada kemampuan si mati semasa hidup. Aku ingin kongsikan satu kes pusaka yang telah berlaku di dalam saudara mara terdekatku.

Sejarah bermula, Sepasang suami isteri yang aku namakan Adi dan Eja. Beliau berkahwin dan memperolehi 5 orang anak. Mereka membeli sebidang tanah dan tanah itu atas nama Eja serta mereka membina rumah di atasnya. Eja masih ada tanah pusaka neneknya di suatu daerah.  Anak-anak membesar dan berkahwin. Tidak lama kemudian, Eja meninggal dunia kerana sakit barah. Adi kemudian berkahwin dengan seorang janda anak dua iaitu Wia. Adi membawa Wia tinggal di rumahnya dan mempeolehi tiga orang anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan. Selang beberapa tahun rumah Adi itu terpaksa dirobohkan kerana kerajaan akan membina pembangunan di situ. Dengan pampasan yang diterima sebanyak 40 ribu, Adi membina rumah lain di atas tanah yang sama cuma ke belakang sedikit. Anak sulungnya memberitahu Adi bahawa rumah itu adalah hasil sepencarian dengan arwah Eja, jadi pampasan perlu dibahagi juga kepada anak-anak arwah. Namun Adi kata dia hendak gunakan wang pampasan itu membina rumah baru. Atas dasar rumah itu rumah pusaka, anak-anaknya bersetuju untuk membina rumah baru menggunakan wang pampasan itu. Maka terbinalah sebuah rumah yang agak besar dan cantik.

Oleh kerana tanah itu masih atas nama arwah Eja, Adi dan anak-anak dengan Eja bersetuju semua tanah atas nama arwah Eja dibahagikan sama banyak kepada Adi dan 5 orang anaknya. Sebelum kematian Adi, beliau telah menukar namanya di tanah yang sedang mereka duduki kepada nama Wia. Anak-anak Adi dengan arwah Eja diberitahu kemudiannya walaupun semua adik beradik tidak bersetuju tetapi nama sudah ditukar.

Tidak lama selepas itu Adi jatuh sakit dan meninggal dunia. Selepas 40 hari kematian Adi, Eja memberitahu anak-anak tirinya bahawa rumah itu Adi telah hadiahkan kepadanya semasa hidupnya. Jadi rumah itu hak Wia sahaja, dan bukan jadi pusaka.

Anak sulung Adi sangat marah dan menafikan pengakuan itu sebab selain itu rumah pusaka yang di dalamnya terdapat hasil wang pampasan, tiada surat hitam putih yang mengatakan rumah itu diserahkan kepada Wia.

Kini, anak sulung Adi dan ibu tirinya bermasam muka dan tidak bertegur sapa. Hendak selesaikan di Amanah Raya, rasanya tidak sepadan dengan pusaka yang tidak seberapa itu. Maka tergantung tidak ada penyelesaiannya......