Jumaat, 3 Februari 2012

"Buaya"

Ada lelaki atau wanita suka dirinya menjadi kegilaan orang. Lelaki atau wanita jenis ini adalah bersifat "buaya". Kadang-kadang mereka sengaja membiarkan wajah atau tubuh badan mereka menjadi tontonan dengan harapan sesiapa yang melihat akan tertawan. Walaupun mereka sebenarnya tidak berniat untuk memberi tindak balas.

Golongan ini suka bertentang mata untuk memberi respon seakan-akan mereka juga tertarik dan apabila orang di depannya memandang pada mata mereka ini, cepat-cepat dia larikan mata seolah-olah malu. Sedangkan dalam hatinya mengharapkan orang yang dipandang tadi memikirkan bahawa mereka ini sebenarnya meminatinya. Tidak hairanlah selepas itu orang yang dipandang tadi akan tersipu-sipu malu dan acap menoleh atau memandangnya kerana sudah terperasan sendirian. Silap haribulan akan tercetus apa-apa hubungan sulit.....

Cara ini sebanarnya cara menggoda yang bersifat curang atau 'buaya darat'. Lelaki atau perempuan seperti ini sangat buruk sifatnya. Jika mereka ini berjaya akan berlakulah dosa kecil dan besar.....

Jadi awaslah mata dan hati dari berniat untuk menggoda dengan rupa diri dan tubuh badan yang seksi...Jika anda sudah berpunya, ingatlah bahawa jika kita jujur, pasangan kita juga akan bersifat jujur........