Ahad, 5 Ogos 2012

Keikhlasan.

Keikhlasan sejati yang datang dari hati sangat sukar untuk diperolehi secara seratus peratus. Begitulah ikhlas kerana Allah, sangat susah untuk dicari. Kebanyakan orang membuat sesuatu dengan niat untuk sesaorang, tetapi bukan niat untuk Allah. Bahkan semasa menunaikan solat, walaupun lafaznya kerana Allah tetapi terselit juga dalam hati perasaan kagum diri sendiri kerana sentiasa solat. Apa lagi jika ada yang memandang ketika solat, lagilah banyak keikhlasan itu kecundang.

Sebab itu sekarang ini, banyak orang membuat amal ibadat nampak dengan tekun dan kusyuk tetapi tidak mendapat manfaat seperti sembahyang itu mencegah dari mungkar, sedekah itu akan menambahkan rezeki, menolong orang kemudian akan ditolongi oleh Allah dan sebagainya. Ini kerana semasa melakukan kebaikan itu, mereka tidak seikhlas yang dikehehendaki.

Contoh paling mudah, apabila hendak mengadakan solat hajat untuk menghadiri temuduga, awal-awal lagi semasa hendak mngangkat takbir dalam hati kita sudah niat tujuan solat hajat itu untuk memudahkan temuduga, Apabila terbit tujuan solat hajat kerana hendak temuduga, secara automatik, ianya bukan lagi kerana Allah.

Sepatutnya, apabila ada keinginan solat hajat untuk memudahkan temuduga, sebaiknya selepas mengambil wuduk, kita fokuskan niat kita kerana Allah, solat hajat ini kerana Allah, aku buat ini kerana Allah, tidak kerana lain, maka apabila mengangkat takbir, niat dengan sungguh-sungguh " Sahaja aku solat Hajat dua rakaat kerana Allah taala..." Jangan sedikit pun fikirkan pasal temuduga tadi.

Lepas solat hajat, tanpa beralih duduk, zikir dan angkat doa. Dalam doa inilah baru kita sebutkan hajat kita. InsyaAllah, akan termakbul hajat kita itu.

Ini satu contoh sahaja. Contoh untuk mencari keikhlasan kita terhadap Allah. Demikian juga untuk apa-apa sahaja yang kita perbuat kerana Allah, insyaAllah akan ada balasannya. Itu Janji Allah. Keikhlasan kita kepada manusia juga akan mendapat balasan dari Allah.

Yang pasti, kita perlu ikhlaskan diri dalam apa saja perbuatan untuk mendapat hasil yang berkesan. Lebih-lebih lagi keikhlasan kerana Allah. Wallahu 'alam.

Tiada ulasan: