Ya, agak lama tidak mencoret di sini tetapi aku masih ada di sini, di dunia ini dengan rahmat dan keizinan Allah s.w.t.
Sesungguhnya kesibukan masa dan hari yang berlalu dengan pelbagai aktiviti. Aku bertanggungjawab sebagai penjawat awam, sebagai pimpinan NGO dan sebagai ketua keluarga, namun aku harus menempuhnya dengan kesanggupan yang aku berikan setakat ini.
Mungkin masanya akan tiba aku akan beralah dan berundur dari semua tanggungjawab ini. Aku rindukan jalan yang dilalui oleh orang yang tidak terikat dengan jawatan, tidak terikat dengan kerja sukarela. Aku ingin jadi orang yang mengikuti denai yang ditebas tebang oleh orang lain. Aku ingin lakukan sesuatu yang orang lain arahkan. Entah bila.
Namun aku harus selesaikan dahulu amanah sekarang. Biar semua selesai dan berjaya. Kemudian aku akan mula beransur-ansur turun ke bawah menjadi rakyat biasa......
dan mengabadikan diri.......
Selasa, 27 November 2018
Isnin, 23 November 2015
ISTERI SOLEHAH
Ada kisah Ketika
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menghadapi permasalahan dengan
istri-istrinya sampai beliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama
sebulan, Allah Subhanahu wa Ta'ala menyatakan kepada Rasul-Nya Shallallahu
'alaihi wa sallam:
عَسَى رَبُّهُ إِنْ طَلَّقَكُنَّ أَنْ يُبْدِلَهُ أَزْوَاجًا خَيْرًا مِنْكُنَّ مُسْلِمَاتٍ مُؤْمِنَاتٍ قَانِتَاتٍ تآئِبَاتٍ عَابِدَاتٍ سآئِحَاتٍ ثَيِّبَاتٍ وَأَبْكَارًا
"Jika sampai
Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya
dengan istri-istri yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat,
qanitat, taibat, 'abidat, saihat dari kalangan janda ataupun gadis."
(At-Tahrim: 5)
Sifat yang mulia
sebagaimana disebut dalam ayat di atas ialah:
a. Muslimat:
wanita-wanita yang ikhlas (kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala), tunduk kepada
perintah Allah ta'ala dan perintah Rasul-Nya.
b. Mukminat:
wanita-wanita yang membenarkan perintah dan larangan Allah Subhanahu wa Ta'ala
c. Qanitat:
wanita-wanita yang taat
d. Taibat:
wanita-wanita yang selalu bertaubat dari dosa-dosa mereka, selalu kembali
kepada perintah (perkara yang ditetapkan) Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa
sallam walaupun harus meninggalkan apa yang disenangi oleh hawa nafsu mereka.
e. 'Abidat:
wanita-wanita yang banyak melakukan ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala
(dengan mentauhidkannya karena semua yang dimaksud dengan ibadah kepada Allah
Subhanahu wa Ta'ala di dalam Al-Qur'an adalah tauhid, kata Ibnu Abbas
radhiallahu 'anhuma).
f. Shoimat:
wanita-wanita yang berpuasa. (Al-Jami' li Ahkamil Qur'an, 18/126-127, Tafsir
Ibnu Katsir, 8/132)
KESIMPULANNYA ISTERI
YANG BAIK ADALAH:
Sentiasa Menjaga
aurat
Sentiasa Menjaga
pandangan mata
Sentiasa Menjaga
maruah diri
Tidak berkata-kata
dengan lelaki yang bukan muhrim kecuali perlu.
Tidak memberi
sesuatu dari rumah kepada orang lain tanpa kebenaran suami
Tidak mengizinkan
sesiapa masuk ke rumah tanpa izin suami
Tidak Keluar rumah tanpa
suami
Tidak meninggikan
suara kepada suami
Menjaga
rahsia-rahsia suami terutama rahsia di tempat tidur.
Mendoakan kebaikan
untuk suami
Tidak mengumpat dan
menghina suami
Tidak mengungkit
janji suami
Tidak mengungkit
pemberian kepada suami
Menyukai dan menjaga
kegemaran suami
Membenci dan
menjauhi kebencian suami
Menjaga harta benda
dan hak milik suami sebaik-baiknya.
Tidak meminta
sesuatu di luar kemampuan suami.
Menampilkan keadaan
yang menyenangkan dan menarik bila bersama suami
Selalu memohon maaf
dari suami
Memberi kasih sayang
sepenuhnya.
Bersyukur dan redha
dengan pemberian serta kebaikan suami.
Tidak
menyibukkan diri dengan ibadat sunat ketika suami ada di rumah kecuali
diizinkan.Semoga bermanfaat...
Ahad, 23 Ogos 2015
BICARA REZEKI
Semua rezeki datangnya dari Allah. Tidak kiralah dia berusaha atau tidak, Islam atau kafir, kaya atau miskin, cerdik atau bodoh, hakikatnya rezeki yang datang itu semuanya dari Maha Pemberi Rezeki, Allah s.w.t.
Kadang-kadang kita tidak faham rezeki yang dikurniakan. Apabila perpatah berbunyi, "rezeki secupak tidak akan jadi segantang" dikeluarkan, kita akan memandang semua rezeki datangnya dari usaha kita. Ya betul, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya namun, semua perubahan itu hanya Allah yang mengetahui dan melakukannya. Sebagaimana rezeki, kita wajib berusaha tetapi jika Allah tidak izinkan, usaha akan jadi sia-sia. Sebab itu, berdoa hendaklah sentiasa ditadahkan walaupun kita tahu kita akan pergi kerja dan rezeki sudah pasti akan diperolehi terutama yang kerja tetap.
Walaupun kerja tetap, tidak semestinya kita akan dapat rezeki sebanyak yang kita dapat lazimnya kerana bulan itu mungkin kereta rosak, mungkin ada sakit demam, mungkin ada kehilangan barangan, atau sebagainya, ketika ini, rezeki yang kita perolehi tetap setiap bulan tidak lagi sebagaimana jumlah biasa dan yakinlah bahawa semua itu ditentukan oleh Maha Kuasa.
Ada mereka menakutkan emosi dengan berkata, macamana hendak kawin sedangkan tidak ada sumber pendapatan, tidak perlu anak ramai jika miskin dan sebagainya, walhal rezeki diatur oleh Allah semuanya. Bukan kita yang menyediakan rezeki untuk anak dan isteri. Malah rezeki kita pun Allah yang sediakan. Jadi takut apa untuk memiliki anak ramai atau isteri yang lebih dari satu?
Demikian juga ada antara mereka saat miskin tidak mahu bersedekah dibimbangi habis wang atau rezeki yang ada, padahal, rezeki akan bertambah jika bersedekah. Bab ini pun ramai yang tidak begitu yakin. Walau bagaimanapun percayalah, jika kita mengamalkan bersedekah, insyaAllah akan digandakan rezeki terhadap kita. Jangan mudah terperngaruh dengan bisikan iblis saat kita hendak bersedekah akan kendengaran di minda kita " kalau kau sedekah nanti orang kata kamu menunjuk" "Tak payah beri derma, dia orang ni malas kerja" kalau kau tak beri pun, ramai lagi orang lain beri, jadi tak susah dia" dan lain-lain bisikan. Semua ini penghalang kepada murah rezeki.
Justeru, memohon doa dan melakukan solat sunat Dhuha adalah satu ikhtiar utama mendapatkan rezeki secara batin. Sekadar memperingati, ada setengah ulama mengamalkan doa ini pada sujud yang terakhir solat Dhuha. Caranya ialah membaca 10 kali pada sujud terakhir dan dikhabarkan akan mendapat rezeki yang tidak dijangka pada hari tersebut. Wallahu alam. Berdoa dan berusaha kemudian bertawakkal....
Khamis, 27 November 2014
SIKAP BOS
Sesetengah orang, apabila
menjadi bos, dia merasakan dia sangat
layak dan mula merasakan semua orang bawahan tidak akan dapat mengatasi kecerdikan nya.
Mungkin ada beberapa perkara tertentu bos lebih bijak untuk menentukan sesuatu
keputusan tetapi sekali-sekala bos perlu juga menghayati pandangan orang
bawahan yang mungkin bercanggah dengan apa yang ingin putuskan. Berilah masa
dan ruang untuk kita melihat sama ada keputusan yang dicadangkan oleh orang
bawahan itu ada bersifat produktif atau tidak.
Justeru, mengambil
idea orang bawahan sekali sekala akan memberi suntikan semangat kepada
staf-staf untuk bekerja lebih kuat. Jangan takut kita disaingi kerana ular yang
berbisa tidak akan hilang bisanya dek kerana menyusur akar.
Bos yang bijak akan
mengolah semua idea yang dibentangkan menjadi suatu hasil yang sangat berkesan
dan nyata. Bos itu sendiri tugasnya memfokuskan organisasi yang dipimpinnya
tanpa mengira siapa yang mencetuskan idea untuk kejayaan itu. Tugas Bos adalah
untuk memandu kapal yang diketuainya ke destinasi yang tertentu dan mengekalkan
semua prestasi.
Bos yang berjaya
tidak cerewet. Kalau semua staf tidak kena di matanya bermakna dia merasakan
dirinya sahaja yang betul. Sikap ini akan menutup perkembangan idea dan sangat
negatif untuk menjayakan sesuatu. Mungkin sikap cerewetnya berjaya di dalam
keluarganya tetapi besar kemungkinan mustahil membuatkan organisasinya berjaya
kerana di dalamnya ada pelbagai fahaman dan pandangan. Maka keluarkan dari
sikap pentingkan diri sendiri kepada sikap lebih terbuka. Kalau kita terlalu
menggunakan kuasa dan wang ringgit untuk berjaya, kita akan gagal apabila semua
itu tidak ada tetapi jika sikap lemah lembut, kesedaran sivik, ukhwah antara
staf, bekerja bersama-sama, tawadduk dan bertoleransi, insya-Allah staf akan
sehidup semati dengan kejatuhan atau kebangkitan organisasi yang dipimpin.
Yang pasti, apabila
organisasi menempa kejayaan, Bos tidak boleh mendabik dada dan berkata, “ini
adalah kerana aku ada di sini...”
Sepatutnya
kata-kata bos yang bijak akan berbunyi, “ ini adalah kejayaan kita semua di
dalam organisasi ini, tahniah semua.”
Selasa, 16 September 2014
Kebahagiaan
Kebahagiaan bukan terletak pada kecantikan dan kekayaan. Kekayaan sebenar berada dalam diri kita sendiri. Kita boleh bahagia walaupun kesaorangan jika hati kita tidak ada masalah dan sering mengingati Allah. Demikian pula jika kita mempunyai pasangan hidup, kebahagiaan itu berada dalam diri kita kerana dikasihi dan disayangi oleh pasangan hidup dan kita pula menyayanginya.Walau miskin dan buruk rupa andai hati redha dan ikhlas menerima takdir, insya-Allah bahagia tetap menjadi milik kita. Ramai di luar sana mempunyai hampir semua keperluan duniawi termasuk rumah, kereta, rupa paras yang cantik dan segak, harta benda, wang ringit dan sebagainya tetapi bila keperluan batin dan emosi tidak dapat dipenuhi atau kurang dipenuhi, kebahagiaan yang ditampakkan melalui kemewahan hidup hanyalah lakunan semata-mata. Walau bagaimana ditahan dan dikawal untuk tidak meneyrlahkan penderiataan dalaman, suatu masa pasti ianya akan terbongkar sama ada menerusi perpisahan atau kecurangan.
Justeru, untuk hidup bahagia hakiki, keperluan zahir dan batin hendaklah diseimbangkan. Batin bukan sahaja pada sex semata-mata tetapi keperluan zahir yang hakiki terletak kepada kasih sayang dan cinta.
Pelengkap segala kebahagiaan hidup ialah apabila kita menjalani hidup di dunia ini berlandaskan amar makruf nahi mungkar. Tanda-tanda awal bahagia akan menjelma apabila hidup kita semakin hampir kepada Allah iaitu kita semakin mengingati dan mengamalkan perintah Allah. Jika selepas menemui pasangan kita (sama ada berkahwin atau berkawan) kita semakin bergerak ke arah ini, maka ketahuilah bahawa kita sebenarnya diredhai dan diberi rahmat oleh Allah SWT. Ins-Sya- Allah.
Langgan:
Catatan (Atom)



