Rabu, 21 Januari 2009

Dari arkib berabuk



Terlalu ingin rasanya
mengucapkan selamat tinggal
pada musim yang banyak ketewasan
namun perjalanan adalah masa
yang tidak pernah melangkau batas
dan fikiran sering kembali
mengusap harapan
(sedangkan harapan itu sudah berkecai)

Minda yang selalu mengembara
menemui lapangan kenangan
percubaan merawat kekesalan
hanyalah tindakan menginsafkan
(sesungguhnya kekesalan itu telah mendapat pengertian)

Keengganan hati mengucapkan selamat datang
pada musim yang temaram
kerana persediaan belum matang
bekalan belum menggunung
imbauan masa silam masih berlegar-legar
(bagaimana hendak diranduk air yang belum tentu tohor atau dalam?)

Antara keraguan selamat datang
dan keterpaksaan selamat tinggal
tertunas doa-doa
(sejarah adalah sifu)

***Entah bila hasilnya.... kukutip dari arkib berabuk.......

Ahad, 11 Januari 2009

Diet Yang jarang Diamalkan.


Beberapa hari lepas saya menerima e-mail dari seorang kenalan siber dari Pulau Mutiara yang saya kenal menerusi blog Kassim Selamat. Lama saya tak menghubungi dia selepas e-mail saya dia tak balas. Tetiba dia kirim satu 'artikel' berkaitan diet.

Saya rasa elok juga saya kongsikan diet ini dengan semua pelayar yang mungkin belum menerima e-mail atau makluman ini.

Saya siarkan sepenuhnya tanpa sedikitpun mengeditnya......
":":":":":":":":

Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua?

Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.


Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa..... ......... ......... ......... ..
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah....


Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran
darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...

Sama2lah kita mengamalkannya. .......

WallahuA'lam

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan
menggandakan 10 kali kepadanya.

<:<:<:<:<:<

Khamis, 8 Januari 2009

Teringat kenangan demi kenangan.


Ketika sendirian memandu pulang dari Kota Bharu ke Machang selepas Maghrib di Nilam Puri pada khamis 7 Jan 09, aku melayani minda dengan lagu-lagu stesen Klasik Nasional. Entah mengapa setiap lagu yang dialunkan menyentuh sanubariku.

Saat itu kembali seketika aku ke zaman 70an, 80an dan 90an. Terlalu banyak peristiwa meruntun kalbu dan sembilu kasih. Zaman 70an adalah zaman yang padat dengan pelbagai dunia keremajaan (ada kisah-kisahnya). Kemudian kisah duka diri yang kesaorangan terdampar di halaman sendiri pertengahan tahun 80an tanpa dipeduli dek kemiskinan, kedhaifan dan kekurangan upaya menyebabkan putaran memori itu memenuhkan kolam mata dengan cecair pilu. Rasanya tidak sampai hatiku untuk mencoret sejelasnya kesengsaraan yang ditanggung.

Untuk menguatkan tubuh kerdil ini aku yang serba kekurangan upaya fizikal berusaha mendapatkan sesuap nasi dengan kreativiti yang ada. Walaupun tidak seberapa hasilnya tetapi cukuplah untuk seorang aku.

Apa yang ku sedari, rupa-rupanya kemiskinan, kekurangan dan kedhaifan tidak ada siapa yang hendak pandang tetapi jika akal kita sempurna, orang akan hormat kita walaupun kita tidak berharta. Itulah yang terjadi selepas kreativiti digunakan.

Dengan takdir Allah juga awal 90an, aku seakan ingat-ingat lupa tetiba sahaja sahabat pena semasa sekolah ketika aku menjadi penulis dalam Utusan Pelajar menghubungiku semula setelah berpisah hampir dua puluh tahun. Walaupun dia tahu kekurangan yang ada padaku tetapi Allah.s.w.t itu sungguh Maha Pengasih, bagaikan mimpi aku dan dia tidak sampai 6 bulan menjalinkan cinta akhirnya menjadi suami isteri.....(Rasanya satu novel boleh aku tuliskan kisah ini kalau aku tidak sibuk).

Mengingatkan sejarah ini sebak dan terharu memang tidak dapat dipisahkan dari hatiku. Bagaikan dari lumpur yang cemar perempuan ini seakan menggilap aku seolah-olah menjadi permata yang bersinar. Aku katakan bersinar kerana sebelum ini aku memang dalam kemalapan hidup. Cerita ini terlalu panjang untuk diluahkan sepenuhnya tetapi cukuplah jika aku katakan, barangkali perempuan ini tidak mungkin akan aku jumpa lagi sepertinya di zaman ini. Kesanggupan dia menjadi isteri kepada seorang aku yang....ah...memang sukar dipercayai tetapi ianya benar terjadi.... Dugaan? Memang banyak dugaan.....(Biarkanlah dulu)dan perempuan itulah isteriku sekarang....yang ku panggil Maz.

Sejarah ini kebetulannya menyamai sejarah seorang sahabatku yang menemui cintanya dalam dunia kegelapan....walaupun dia diwarnai sinar.

Dan kini alhamdulillah aku tidak berdendam kepada sesiapa meskipun jika diingat-ingat kisah silam, tidak perlu aku berbakti di halaman yang pernah didukai dan dinestapakan,tetapi bahkan aku bangga dapat menjadi orang yang dapat membahagiakan orang lain di sini... Tanah keturunanku...

Teringat rangkap sebuah lagu nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, "ohhh dunia ibaratnya roda, naik turun tiada hentinya...

Ah... demikian kenangan... aku cuba biarkan kenangan menjadi kenangan tetapi tidak semudah diucapkan kerana ianya terlalu hampir denganku....di hatiku.....

,;.,;.,;.,

Jumaat, 2 Januari 2009

Selamat Tambah Usia!!


Syukur alhamdulillah, selepas menyambut 1 Muharram 1410, semalam kita menyambut pula tahun masehi 2009. Syukur kerana kita semua masih bernafas dan berada di dunia yang fana ini untuk berbakti, beramal dan menambahkan keimanan.

Sesuatu yang pasti, usia kita semakin kekuningan.... dan suatu detik nanti kita akan pergi meninggal pentas alam ini menuju abadi....Usah sebut tentang azam baru kerana banyak kali pun berazan dan bertekad jika hanya sekadar slogan tidak membawa makna apa-apa. Keazaman tidak perlukan tahun baru. Bila-bila masa kita boleh berazam.

Cuma kita mengharapkan hari, minggu dan tahun yang kita lalui akan diberkati dan diredhai oleh Yang Maha Esa, Yang Maha Mengetahui masa silam dan masa akan datang, Yang Maha Mendengar azam dan cita-cita yang diucapkan mahupun dibisikkan di dalam sanubari. Demikian sebuah harapan....

Walau apapun, lebih sesuai jika setiap kali tahun baru kita semua pakat mengucapkan Selamat Tambah Usia !!

Supaya kita tersedar seketika.....?

:o :( :) :> :() :]

Jumaat, 26 Disember 2008

TERIMA KASIH SEHATI SEJIWA


Saya menerima satu e-mail dari sesaorang yang masih samar identiti. Tetapi saya tertarik kerana dia juga meminati lagu-Ahmad Jais. Dan lirik lagu yang dikirimkan itu benar-benar menepati apa yang dirasai dalam hati saya... Justeru, saya siarkan lirik lagu itu untuk kenangan saya dalam blog ini. Selamat menyanyi dalam hati.... Err..bawah sekali saya siarkan puisi dari penghantar e-mail lirik lagu ini....Puisinya juga mengesankan-

MENANTI DI AMBANG SYURGA - A. JAIS.

Duhai kasih pujaan kekanda
dengar ku mengeluhkan rindu
merayu setiapnya waktu sayang
padamu duhai kekasihku

Tapi sungguh malangnya nasibku
hajatku kini telah terganggu
iri hati rasanya diriku sayang
tinggallah ku melamun rindu.

Tapi ku kan tetap bersabar
namun hatiku takkan berduka
walau kini jiwaku terkorban
pada tuhan saja kuserahkan

Namunku tak kan putus asa
duhai kasih pujaan kekanda
didunia kita tak berjumpa sayang
ku menanti diambang syurga.

NAK DARA RINDU.

Hamba merindu kekasih
taman hati sunyilah kurasa
amboi begini rasanya
jika rindu menggoda dikalbu

begini rasanya merindu
orang jauh selalu terkenang
siang menjadi kenangan
jika malam menjadi impian.

Hatiku tak tahan menderita
rindu setiap hari
oh bulan dan bintang
sinarilah hatiku yang rindu

Wahai awan di angkasa
sampailah rindu kasih sayangku
wahai angin yang mendayu
sampaikanlah rindu asmaraku.

MUNGKIN BERSAMA.

ingin kunyanyikan lagu nan gembira
ingin kuceritakan senandung asmara
tapi hatiku selalu berduka
kerna diri kecewa

Harap kuharapkan kasihmu padaku
harap kuharapkan kan kekal selalu
Namun begitu tak mungkin menjelma
tapi ku kenang jua.

Di malam terkenang wajahmu terbayang
air mata berlinang
kurenung di bulan kuseru namamu
kerna kutak tahan merindu selalu

Bilakah derita kan ganti bahgia
hati duka lara kan sembuh semula
dapat bersama memadu asmara
kekal selama-lama.


MABUK KEPAYANG.

Bukan hati tak kasih sayang
bukan hati tak rindu dendam
sayang si manis tak berteman
jalan seorang

Ingin kutanya siapa nama
tapi di manakah rumahnya
mungkin dia ada yang punya
aduh manisnya

Tak tahan ku senyumannya
menyusup ke dalam jiwa
bukan hati tak kasih sayang
bukan hati tak rindu dendam
jumpa si manis hati berkenan
mabuk kepayang.

BERPISAH JAUH.
Sedih nun merindu
terbayang di saat berpisah
hujan yang turun menyinari alam
seakan samalah berduka

Hidupmu berlalu
menuju ke pulau cita-cita
tinggallah hanya aku yang berharap
dibayangan impinan saja

oh oh oh alangkah pilu rasa hati
kiniku sunyi tak berteman lagi sayang
bandingmu sukar diganti
payah dicari

harapan kupinta
gembiralah engkau di sana
dipangkuan kasih ibunda sayang
padaku kau lupakan jangan

***********<><>**************
Ini pula puisi beliau:

DI SUDUT MALAM YANG BERPAGAR KITA BERTEMU

Mengapa
di sudut malam yang berpagar
kita dipertemukan?
demikian pada senja yang berasingan.

Telah ku sentuh hatimu
dengan naluri hakiki
baru ku mengerti
ada sendu yang belum terungkai.

Malam yang memagari kita
bilakah kan terlerai
biarpun ku tahu
antara kita entahkan bersatu...

***************************
Terima kasih berbanyak kerana ini....