Isnin, 25 November 2013

Tanda Hidup Tiada Keberkatan

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah:

1. Duit sentiasa tidak mencukupi. Bekerja siang malam. Ada duit sikit tidak cukup ada duit banyak pun tidak cukup. Pendek kata wang sekejap sahaja berlegar dalam kehidupan.  

2. Nampak sibuk, ke sana sini seolah-olah banyak projek yang hendak dijalankan tetapi hasilnya tidak memadai atau langsung tidak ada. Banyak kerja separuh jalan dan tergantung.
Kalau ada yang berjaya dilaksanakan ianya tidak menepati apa yang dirancang.

3. Banyak baca buku, tapi ilmu satu pun tak lekat. Buku-buku yang dibaca tidak memberi manfaat akhirat. Kalau bab menasihati orang ianya sangat hebat dan bijak tetapi diri sendiri tidak mengikuti nasihat yang diberikan.


4. Sentiasa berleka-leka dan membuang masa. Menghabiskan masa di depan komputer, TV, permainan yang sia-sia dan melepak tanpa tujuan. Amalan akhirat tidak diberatkan.


Sama-samalah kita audit diri untuk menilai sejauh mana keberkatan hidup kita.

Khamis, 29 Ogos 2013

SIKAP PERCAYA SEBELAH PIHAK

Banyak kes-kes dan tragedi yang berlaku menjadi perbualan semua orang. Tidak kiralah di kedai kopi, di pejabat, di dalam kereta atau di mana sahaja mereka akan bercakap mengenai apa yang terjadi di seluruh dunia. Yang terbaru semua orang bercakap tentang peritiwa di Mesir dan Syria. Dan yang paling terbaru kes Altantuya yang mana misteri kematiannya terus menjadi rahsia.

Saya tidak bercadang untuk mengupas semua isu ini. Apa yang saya ingin bawa dalam artikel bilis ini adalah sikap kita yang suka berat sebelah. Apabila sesuatu berita tentang sesaorang, kita biasanya akan percaya kepada orang pertama yang menceritakan kepada kita atau percaya kepada berita yang datang dari sumber yang kita sukai. Contohnya jika kita suka dan minat kepada TV X, apa sahaja yang TV X bawakan dalam beritanya akan kita yakin dan percaya 100% atau mungkin 1000%. Demikian juga jika kawan baik kita membawa sesuatu berita, kita akan terus percaya. Sedangkan menceritakan apa yang kita dengar tidak boleh dijadikan saksi sesuatu perbicaraan.

Untuk itu, jangan membuat keputusan selagi kita tidak mendengar penjelasan dari dua pihak yang bertentangan. Memang,  untuk mengetahui sejahat mana sesaorang, tanyalah musuhnya tetapi kenyataan musuhnya bukan jaminan ianya adalah benar. 

Jangan terlalu taksub dengan cerita-cerita sebelah pihak. Membenci sesuatu dengan melampau akan memalukan kita suatu hari nanti apabila suatu masa kita akan menyayangi sesuatu itu. Justeru, berpada-padalah dalam semua hal. 
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu ." (Surah Al-Baqarah [2]:216)

Semua peristiwa yang berlaku di atas dunia ini pastinya ada hikmah di sebaliknya. Memang patut kita simpati kepada apa yang berlaku di Mesir. Syria, Palestin dan sebagainya tetapi pernahkah kita bertanya mengapa semua ini berlaku? Apa yang sebenarnya berlaku di sana sehingga Allah turunkan bala kepada rakyatnya?

Yakinlah bahawa setiap yang berlaku ada sebab-sebabnya sebagaimana Allah berfirman:

"Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi, mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya." (Surah Al-A'raf [7]:96)

dan firman Allah lagi:


"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu." 
(Surah As-Syura: ayat 30)
Maka, percayalah bahawa kita perlu mendengar cerita sebenar dari dua pihak untuk membuat kesimpulan. Walau bagaimanapun, marilah kita sama-sama berdoa semoga saudara kita seagama di Mesir, Syria dan mana-mana negara Islam yang berada dalam kancah kesengsaraan supaya mendapat kembali kesenangan dan kebahagiaan serta kedamaian. Amen!!

Rabu, 24 Julai 2013

Malam Lailatul Qadar

Semua orang telah mengetahui keutamaan malam Lailatul Qadar. Malam Lailatul Qadar seperti biasa akan menjadi teka teki kepada semua umat manusia. Kita hanya diberikan tanda-tanda dan kadang-kadang tanda-tanda yang diberikan seakan ada dua tiga malam dan sukar untuk menentukan malam manakah yang benar-benar malam Lailatul Qadar.
Allah Ta’ala berfirman,
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ (3) فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ (4) 
“Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al Qur’an) pada suatu malam yang diberkahi. dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (QS. Ad Dukhan [44] : 3-4). Malam yang diberkahi dalam ayat ini adalah malam lailatul qadar sebagaimana ditafsirkan pada surat Al Qadar. Allah Ta’alaberfirman,
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1)
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan.” (QS. Al Qadar [97] : 1)
Keberkahan dan kemuliaan yang dimaksud disebutkan dalam ayat selanjutnya,
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (3) تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ (4) سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ (5) 
“Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (QS. Al Qadar [97] : 3-5)


Beberapa hadis menyebut tentang bila Malam Yang Mempunyai pahala seperti seribu bulan ini. Antaranya:
Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
“Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari)
Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
“Carilah lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari)
Dari Ibnu Umar bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
الْتَمِسُوهَا فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ - يَعْنِى لَيْلَةَ الْقَدْرِ - فَإِنْ ضَعُفَ أَحَدُكُمْ أَوْ عَجَزَ فَلاَ يُغْلَبَنَّ عَلَى السَّبْعِ الْبَوَاقِى
“Carilah lailatul qadar di sepuluh malam terakhir, namun jika ia ditimpa keletihan, maka janganlah ia dikalahkan pada tujuh malam yang tersisa.” (HR. Muslim)
Dan yang memilih pendapat bahwa lailatul qadar adalah malam kedua puluh tujuh sebagaimana ditegaskan oleh Ubay bin Ka’ab radhiyallahu ‘anhu. Namun pendapat yang paling kuat dari berbagai pendapat yang ada sebagaimana dikatakan Ibnu Hajar dalamFathul Bari bahwa lailatul qadar itu terjadi pada malam ganjil dari sepuluh malam terakhir dan waktunya berpindah-pindah dari tahun ke tahun. Mungkin pada tahun tertentu terjadi pada malam kedua puluh tujuh atau mungkin juga pada tahun yang berikutnya terjadi pada malam kedua puluh lima tergantung kehendak dan hikmah Allah Ta’ala. Hal ini dikuatkan oleh sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,
الْتَمِسُوهَا فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى تَاسِعَةٍ تَبْقَى ، فِى سَابِعَةٍ تَبْقَى ، فِى خَامِسَةٍ تَبْقَى
“Carilah lailatul qadar di sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan pada sembilan, tujuh, dan lima malam yang tersisa.”  (HR. Bukhari) 
Tanda Malam Lailatul Qadar
[1] Udara dan angin sekitar terasa tenang. Sebagaimana dari Ibnu Abbas, Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لَيْلَةُ القَدَرِ لَيْلَةٌ سَمْحَةٌ طَلَقَةٌ لَا حَارَةً وَلَا بَارِدَةً تُصْبِحُ الشَمْسُ صَبِيْحَتُهَا ضَعِيْفَةٌ حَمْرَاء
“Lailatul qadar adalah malam yang penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan.” (HR. Ath Thoyalisi.  Haytsami mengatakan periwayatnya adalah tsiqoh /terpercaya)
[2] Malaikat menurunkan ketenangan sehingga manusia merasakan ketenangan tersebut dan merasakan kelezatan dalam beribadah, yang tidak didapatkan pada hari-hari yang lain.
[3] Manusia dapat melihat malam ini dalam mimpinya sebagaimana terjadi pada sebagian sahabat.
[4] Matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan jernih, tidak ada sinar. Dari Abi bin Ka’ab bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya,”Shubuh hari dari malam lailatul qadar matahari terbit tanpa sinar, seolah-olah mirip bejana hingga matahari itu naik.” (HR. Muslim) (Lihat Shohih Fiqh Sunnah II/149-150)
Tetapi walaupun pun tandanya, ramai yang tidak ambil kisah langsung kehadiran malam seribu bulan ini. Hanya orang yang mengetahui ganjarannya dan kuat imannya sahaja yang mengambil kisah semua ini. Yang sentiasa beramal tidak kira waktu, insya Allah ia akan dapat ganjaran Malam lailatulqadar.

Rabu, 10 Julai 2013

Tujuh dan Lapan ciri-ciri pemimpin



TUJUH CIRI-CIRI PEMIMPIN ISLAM

  1. Beriman dan bertaqwa

2. Beraqidah ahli sunnah serta berpegang teguh kepada al-Kitab dan sunnah.

3. Berilmu dan mengasihi para ulama' serta suka menerima nasihat dari mereka.

4. Amanah dan jujur dalam menunaikan kewajipan terhadap rakyat

5. Adil dalam berhukum dan membuat keputusan
6. Berani melaksanakan kebenaran dan menunaikan kewajipan

7. Penyayang dan mengasihi umat Islam serta membela golongan yang lemah

LAPAN CIRI PEMIMPIN YANG GAGAL

1. Pemimpin yang tidak memiliki visi

2. Pemimpin yang gagal memimpin dirinya sendiri

3. Pemimpin yang kurang ilmu pengetahuan.

4. Pemimpin yang gagal untuk berkomunikasi

5. Pemimpin yang tidak memiliki rasa kasih sayang dan cinta

6. Pemimpin yang kurang fokus terhadap kerja

7. Pemimpin yang merasakan cukup dengan apa yang diusahakan untuk orang yang dipimpinnya.

8. Pemimpin yang tidak sensitif dengan keadaan semasa





Jumaat, 17 Mei 2013

Impian dan Keadilan


Mengimpikan sesuatu yang mustahil kadang-kadang kita merasakan ianya tidak mustahil. Kita selalu mengangankan impianj akan menjadi kenyataan. Namun kita lupa bahawa impian kita kadang-kadang mustahil tetapi kita masih mengharapkan ianya menjadi kenyataan. Kita terpengaruh dengan cerita-cerita dalam filem, di mana seorang yang miskin tiba-tiba menjadi kaya kerana bertemu dengan cincin hikmat atau harta karun atau berjumpa kendi hikmat yang apabila digosok keluar jin.

Sehingga hari ini, kita masih mengharapkan  keajaiban itu. Kita sebenarnya tertipu oleh permainan minda pengarahnya yang mungkin mempunyai imaginasi yang keterlaluan dan diterjemahkan ke dalam filem. Sebagaimana masayarakat sekarang dimomokkan dengan rupa hantu, sehinggakan kita terbayangkan rupa hantu seperti dracula, pontianak, pocong dan sebagainya seperti dalam filem yang kita tonton sejak kecil. Pada hal, tidak ada seorang pun manusia di dunia ini pernah melihat hantu, melainkan menerusi mimpi dan imaginasi. Itu pun kerana mereka pernah menonton atau mendengar cerita, maka rupa hantu yang keluar dalam mimpi mereka sama seperti dalam filem.

Kembali kepada impian yang keterlaluan, kita mahukan sesuatu yang mustahil seperti bertemu harta karun, azimat yang boleh menjadikan kita kaya, ilmu pengasih yang boleh kita memiliki anak raja atau jutawan atau sebagainya. Kenikmatan dalam angan-angan membuatkan kita alpa dan lupa bahawa untuk mendapatkan sesuatu itu haruslah dengan usaha. Sebagaimana jodoh, kita akan bertemu jodoh dengan sealiran dengan kita. Kalau kita jahil, solat, puasa, tidak pernah kita lakukan, mana mungkin kita akan bertemu dengan pasangan yang warak dan alim? Setiap apa yang kita amalkan, itulah acuan atau jodoh yang akan kita temui. Kalau kita halusi dan muhasabah diri kita, kemudian kita lihat pasangan kita sekarang...? Mungkin dalam kita tidak sedari, sebenarnya pasangan kita sehaluan dan seperangai dengan kita....Demikian keadilan yang Allah berikan kepada manusia.... Kalau ada sesiapa yang sudah beristeri atau bersuami, kemudian bertemu jodoh dengan anak dara atau anak teruna....janganlah rasa bangga atau bermegah tentang kehebatan mereka memiliki pasangan baru itu.....sebaliknya berfikirlah dengan penuh keinsafan tentang keadilan tuhan....

Oleh yang demikian, terimalah seadanya....Jangan mengimpikan sesuatu yang mustahil. Ukur baju dengan badan sendiri. Menaruh harapan tidak salah, mengimpikan sesuatu yang keterlaluan tidak salah tetapi jangan menyalahkan takdir jika ianya tidak menepati apa yang diharapkan....