Khamis, 26 April 2012

Suami orang isteri orang bercinta

Masa kini bukan sedikit cinta terlarang berlaku dalam masyarakat kita. Kisah cinta suami orang dengan isteri orang selalu didengari di mana-mana dan ada sehingga tercetus tragedi pembunuhan akibat cinta curang ini. Mengikut pendapat saya, berlaku cinta sebegini ada beberapa sebab yang logik untuk direnungkan.

Antara sebab yang saya kenal pasti ialah kawin kerana pilihan keluarga bukan kerana cinta. Selain itu, perkahwinan atas dasar kasihan atau kerana terpaksa atau kerana tiada pilihan juga penyebab utama seorang suami atau isteri beralih hati selepas kawin apabila bertemu dengan cinta hatinya sebenar. Kemanisan cinta menyebabkan mereka lupa seketika pasangan yang sudah ada. Mereka tidak menerima kemanisan itu dengan pasangan kerana sayang mereka pada pasangan kerana tanggungjawab atau kerana seks atau kerana anak-anak. Perasaan cinta yang lahir apabila bertemu dengan orang yang mereka cinta membuatkan timbul perasaan yang tersangat indah dalam hidup mereka. 

Keindahan dan kenikmatan cinta ini ditambah pula jika mereka berpeluang melakukan perkara-perkara yang terlarang seperti sentuhan, ciuman dan yang lebih parah jika sempat melakukan hubungan seks. Seks secara haram memang manis jika dibandingkan dengan cara halal tambahan pula dengan orang yang sangat dicintai. Sedangkan semua ini adalah permainan iblis dan syaitan.

Jika sudah mencintai orang lain, secara automatik pasangan di rumah akan dilupakan atau perasaan kasih sayang akan longgar. Semakin lama akan terus hilang. Akibatnya tidak mustahil akan berlaku penceraian demi sebuah cinta.

Jadi, saya membuat kesimpulan bahawa, bercinta sebelum kahwin sangat perlu untuk menghindari cinta terlarang.....Walau bagaimanapun bukan semua pendapat ini tepat kerana ada juga yang bercinta bagai nak rak sebelum kahwin tetapi selepas kawin masih juga bermain kayu tiga......

Pengajaran dari semua ini, bersyukur dengan apa yang ada sangat pentng untuk mengekalkan perasaan pada yang satu. Kesetiaan dan kejujuran kunci kebahagiaan sebuah perkahwinan. Yang penting, suami atau isteri TIDAK mengabaikan perasaan cinta sepanjang masa pada pasangan masing-masing. Cinta bukan hanya untuk orang muda tetapi juga untuk orang veteren.....Jika ada kekurangan yang boleh menjejaskan hubungan berusahalah membaiki kekurangan itu tanpa ego dan 'malas baso' kerana berfikir...kita ni dah tua.... SALAH TU....


Isnin, 26 Mac 2012

Bela hantu raya??

Aku sejak kecil tidak pernah percayakan hantu. Tidak mempercayai bomoh, tidak mempercayai ilmu pengasih, ilmu kebal, ilmu minyak mati dibunuh, toyol, pelesit dan segala macam hantu atau belaan alam ghaib. Bagi aku itu semua adalah karut dan syirik.

Tetapi bila ada yang mempunyai masalah yang tidak dapat diselesaikan, kemudian berikhtiar berjumpa bomoh, tetiba aku yang dituduh menjadi puncanya. Ini kerana kononnya aku menghantar hantu untuk mengacau keluargan mereka. Aku dikatakan membela hantu raya.

Mungkin kerana aku pernah mengajar seni silat kepada anak-anak muda pada tahun 90han dulu, aku dianggap mempunyai pelbagai ilmu. Pada hal, seni silat adalah pergerakan tubuh badan sahaja tanpa ada diselitkan dengan unsur karut marut kecuali membaca al-fatehah untuk membuka gelanggang.

Tuduhan ini kadangkala melucukan namun jika difikirkan lama-lama ianya satu yang menyakitkan dan cukup zalim. Aku yang tidak pernah terlintas di hatiku perkara-perkara ini akan kena atas kepalaku sendiri sesekali tidak akan memaafkan orang yang membuat tuduhan ini termasuk bomoh yang membuat tuduhan yang mempunyai unsur syirik, kufur dan kurafat.

Mengapa manusia suka mencari jalan penyelesaian dengan mempercayai bomoh?? Sedangkan Allah sentiasa membuka jalan iktiiar menerusi solat hajat, istikharah dan sebagainya. Berusahalah dengan sungguh-sungguh kemudian bertawakkal kepada Allah.

Aku mampu berdoa semoga orang yang membuat tuduhan itu termasuk bomohnya akan insaf dan kembali kepada ajaran Islam yang hakiki.

Jumaat, 3 Februari 2012

"Buaya"

Ada lelaki atau wanita suka dirinya menjadi kegilaan orang. Lelaki atau wanita jenis ini adalah bersifat "buaya". Kadang-kadang mereka sengaja membiarkan wajah atau tubuh badan mereka menjadi tontonan dengan harapan sesiapa yang melihat akan tertawan. Walaupun mereka sebenarnya tidak berniat untuk memberi tindak balas.

Golongan ini suka bertentang mata untuk memberi respon seakan-akan mereka juga tertarik dan apabila orang di depannya memandang pada mata mereka ini, cepat-cepat dia larikan mata seolah-olah malu. Sedangkan dalam hatinya mengharapkan orang yang dipandang tadi memikirkan bahawa mereka ini sebenarnya meminatinya. Tidak hairanlah selepas itu orang yang dipandang tadi akan tersipu-sipu malu dan acap menoleh atau memandangnya kerana sudah terperasan sendirian. Silap haribulan akan tercetus apa-apa hubungan sulit.....

Cara ini sebanarnya cara menggoda yang bersifat curang atau 'buaya darat'. Lelaki atau perempuan seperti ini sangat buruk sifatnya. Jika mereka ini berjaya akan berlakulah dosa kecil dan besar.....

Jadi awaslah mata dan hati dari berniat untuk menggoda dengan rupa diri dan tubuh badan yang seksi...Jika anda sudah berpunya, ingatlah bahawa jika kita jujur, pasangan kita juga akan bersifat jujur........

Rabu, 18 Januari 2012

Renungan Hidup

 
 
 
 
Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah

"Barang siapa yang bangun dipagi hari, dan hanya dunia yang difikirkannya, sehingga seolah olah ia tidak melihat Hak Allah dalam dirinya...
(tidak berdzikir/tidak solat), maka Allah akan menanamkan 4 penyakit:

1) Kebingungan yang tiada putus.
2) Kesibukan yang tiada berujung.
3) Kebutuhan yang tiada terpenuhi.
4) Khayalan yang tiada ujung.
                                                                                                                       (HR.Muslim)

 Salamun Qaulam Min Rabbir Rahiim

SALAM sebagai Ucapan SELAMAT dari Tuhan Yang Maha Penyayang.

PERBAIKI NIAT-UCAP dan PERBUATAN untuk jalani HIDUP lebih BERKUALITI dengan Syukur-Sabar-Ikhlas dan Istiqamah dalam raih cintaNya.

♠̇Aamiin
Yaa Rabbal 'alamiin
 
(Catatan ini diambil dari Facebook yang dicatat oleh Sultan Brunei.....)
RENUNGI HADIS DI ATAS SEDALAM-DALAMNYA....DAN NILAI KEDUDUKAN KITA

Sabtu, 7 Januari 2012

Poligami orang miskin

Mengapa setiap kali berbicara tentang poligami, orang akan mengaitkan dengan kekayaan. Seolah-olah ada wang boleh berpoligami. Hinggakan orang hampir terlupa tentang kemampuan lain. Bahkan ada isteri tua memberi syarat, jika hendak beristeri lagi, mesti beri sebuah kereta, sebuah bunglow, dan wang puluh-puluh ribu ke dalam akaun isteri tua. Ini bermakna orang miskin jangan mimpilah hendak beristeri dua!!!

Tetapi benarkah wang segala-galanya??? Benarkah wang boleh membahagiakan dua atau tiga atau empat isteri???? Ada lelaki kaya, jutawan lagi tetapi isterinya masih lari mengikut lelaki lain yang jauh lebih miskin. Ada pula lelaki sederhana / miskin mempunyai dua atau tiga atau empat isteri tetapi hidup bahagia hingga akhir hayat....Tetapi orang tetap mengaitkan poligami dengan kekayaan????? Apa makna kekayaan pada wanita jika kebahagiaan hakiki tidak ditemuinya.
Maka untuk memahami isu ini, hanya wanita yang tahu apa erti wang ringit dan apa erti kebahagiaan cinta hakiki.

Seorang wanita yang benar-benar menyayangi suaminya dengan tiga bukti iaitu NIAT, UNGKAPAN dan PERBUATAN pasti tidak akan goyang hati dari menyintai suaminya miskipun suaminya berhasrat kahwin satu lagi. Isteri yang solehah, yang memahami / menghayati rukun iman keenam iaitu qada' dan qadar pasti akan pasrah jika dimohon oleh suaminya untuk berpoligami. Jika ditetapkan oleh Allah s.w.t dia bermadu, walau ditentang sehebat mana pun pasti bermadu juga. Jadi tidak perlulah kecoh-kecoh jika suami hendak kahwin lagi...Tuhan Maha Mengetahui. Jangan mendahului dengan kebodohan hati yang sentiasa hendak memberontak dan akhirnya kita sendiri akan malu....Yang pasti..jangan beri syarat kepada suami bila kaya baru boleh poligami...Sebab kekayaan bukan penentu poligami....

Tidak kaya??? Tidak boleh berpoligami??? Jadi macamana hendak menahan diri dari hasrat yang membuak-buak hendak tambah isteri??? Silap haribulan boleh lakukan dosa besar....