Selasa, 16 November 2010
Hilang berganti
Sekali sekala melayan lagu lama sungguh mnyengat di kalbu. Terbayang beberapa peristiwa yang hampir menepati senikata lagu ini......Dan kadang-kadang kita merasakan kesan kehilangan penyanyi ini.....
Sudirman : Biarlah Ku Sengsara Sendiri
Hampir menitis airmata tika menjiwai lagu ini di malam sepi......Siapa sahaja yang pernah kecewa atau cinta tak terbalas akan mengimbau kembali kepahitan yang pernah dialami takala mendengar alunan lagu ini....
Isnin, 15 November 2010
Puisi Kenangan Lama
SELAMAT BERTEMU, SELAMAT BERTAMU
Kita tidak pernah bertemu
sekian lama waktu nan usang
nostalgia menemukan kita
kita kenal
tetapi tidak berbicara
kita mesra
tetapi tidak bersua
dan hari ini
kita bertemu
kita bertamu dalam debar yang menggamit imbauan silam
tanpa luahan
tanpa pernyataan
dalam diam seribu bahasa berucap dalam kepingan kertas
sebenarnya telah terikat naluri kerinduan
kini
kita umpama pantai dan pulau
nampak tak terjangkau tangan
jumpa tak tercapai hasrat
aku
sebenarnya aku yang dulu
aku yang kau tidak pernah tahu
sekeping hati telah dilarikan
selamat bertemu
selamat bertamu.
Ahad, 31 Oktober 2010
Membenci sesaorang yang disayangi
Menyayangi sesaorang adalah lumrah.Membenci sesaorang juga kebiasaan sifat manusia. Namun membenci sesaorang yang disayangi jarang-jarang berlaku. Banyak faktor yang menyebabkan situasi ini terjadi. Hakikatnya, ada sesuatu yang boleh membuatkan sesaorang itu membenci orang yang disayanginya.
Dalam kes ini, sesaorang yang disayangi mungkin telah melukakan hati, mengecilkan hati, atau menghilangkan kepercayaan dengan parahnya orang yang menyayanginya. Tidak kiralah apa sama ada atas sebab perbuatan, kata-kata atau sikapnya. Bila ini terjadi, maka tidak mustahil sebanyak mana sayang sekalipun sesaorang itu akan membenci kesayangannya itu. Inilah dikatakan sayang yang tidak membabi buta. Sesetengah orang apabila menyayangi sesaorang, walau apapun yang dilakukan, buruk atau baik, menyakitkan atau menyenangkan, semuanya ditelan mentah-mentah sebagaimana cerita 'Anakku Sazali".
Kadang-kadang orang yang tahu dirinya disayangi akan naik 'mua' (naik lemak) bila dia tahu dirinya terlalu disayangi. Dia tidak kisah apa dia nak buat kerana tahu tidak akan dimarahi.
Tetapi dia lupa bahawa setiap orang ada batasnya. Apabila keterlaluan, atau membuat sesuatu yang cukup melukakan hati orang yang disayangi, hatta kekasih sekalipun akan membenci. Dan bila benci bersarang di hati, tiada lagi kenangan manis, tiada lagi kasih sayang, tiada lagi ingatan silam, tiada lagi kasihan. Yang tinggal, hanyalah benci, sakit hati dan dendam.
Kemudian, segala rahsia yang telah pernah disimpan dengan 'paswood' sekalipun akan terungkai dan tersebar...
Pesan ulama'' berbaiklah berpada-pada dengan sesaorang kerana suatu masa dia mungkin menjadi musuh kamu dan berpada-pada juga membenci sesaorang kerana suatu masa tidak mustahil dia akan menjadi kawan karib kamu.."

Ahad, 3 Oktober 2010
Dibohongi
Sesungguhnya apabila kita menyayangi sesaorang kita akan menjadikan dirinya tempat mencurahkan segala kasih sayang. Bahkan rahsia dan hal-hal peribadi akan menjadi hak milik bersama. Kita percaya dan yakin dia juga akan turut menyimpan segala rahsia
Tetapi bayangkan perasaan kita jika orang kesayangan kita tiba-tiba membohongi kita yang selama ini kita yakin dia tidak akan berbohong pada kita. Bayangkan juga apabila kita bertanya dan minta dia berterus terang dia masih berbohong sedangkan kita ada bukti yang nyata menyatakan dia berbohong.
Dan apabila kita tunjukkan bukti dia pun memberi jawapan yang berdolak dalih bagi menegakkan benang yang basah. Dan jika dia ingin meneruskan penipuan itu atas sebab dia saja yang tahu, dia akan guna taktik lain. Menukar cara dan perbuatan untuk meneruskan penipuannya. Dan yang paling hebat dia akan menggunakan air mata untuk menagih kepercayaan. Dalam hati sikena tipu Tuhan saja yang tahu betapa sakit dan pedih serta kecilnya hati menanggung perasaan.......
Jadi, mulai saat itu pasti perasaan curiga akan sentiasa menghantui kita....
Yang paling pelik...kita tetap sayangkannya......
Langgan:
Catatan (Atom)