Rabu, 4 September 2019

LELAKI KENA BIJAK BUAT KEPUTUSAN

Dalam satu keluarga, suami isteri atau dalam satu komuniti, lelaki mesti berani buat keputusan. Lelaki yang hebat ialah lelaki yang boleh membuat keputusan. Ramai lelaki di luar sana terutama yang sudah beristeri menyerahkan semua urusan keluarga kepada isterinya. Sama ada lelaki malas berfikir atau lelaki bersikap penyayang kepada isteri dengan menyerahkan semua keputusan isteri yang buat.

Misalnya anak-anak ajak berkelah dan bertanya di mana, si bapa terus saja berkata, "tanya mama kamu." 
"Abah, nak buat macamana ni."
"Tanya mama kamu."

Jika ada masalah menimpa keluarga, acap kali berlaku suami tak tahu nak buat apa, akhirnya isteri yang membuat tindakan. 

Sikap lelaki begini tidak wajar dicontohi kerana mereka tidak sesuai jadi pemimpin keluarga, apa lagi hendak memimpin komuniti atau lebih besar lagi negara. 

Walau bagaimanapun, idea dan pendapat isteri perlu juga ditimbangkan kerana kadan-kadang ianya sangat patut diikuti. Bergantung kepada sejauh mana kreatif dan bijak fikiran isteri.

Apapun, lelaki kena belajar buat keputusan. Jangan menyerahkan seratus semuanya kepada wanita. Ingat, lelaki adalah khalifah dan pemimpin. Sebagai pemimpin, MESTI bijak membuat keputusan.

Ajar diri buat keputusan dan tanya pendapat orang sekeliling tentang hasil keputusannya. Lama-lama anda akan bijak membuat keputusan. 

Selamat berfikir

Khamis, 28 Mac 2019

CARA MUDAH DAPATKAN PAHALA

Saya tertarik dengan viral berkenaan enam (6) amalan paling mudah untuk dapat pahala walaupun
selepas meninggal dunia. Antaranya ialah:

1. Letakkan Al-Quran di mana-mana masjid untuk dibaca oleh sesiapa sahaja.
2. Sumbangkan kerusi roda di mana mana hospital untuk digunakan oleh pesakit.
3. Turut serta menyumbang dalam membina masjid walaupun dengan satu beg simen.
4. Letakkan air sejuk di mana mana tempat awam untuk diminum oleh orang yang lalu lalang.
5. Tanamlah pokok yang orang lain boleh berteduh di bawahnya.
6. Dan yang paling mudah lagi sebarkan mesej ini ke group lain semoga diamalkan oleh orang lain dan anda juga akan mendapat pahala.

Melihat kepada keenam-enam pekara ini, sebenarnya kita boleh kongsi pahala secara tidak perlu mengeluarkan wang poket sendiri untuk mendapatkannya.

Caranya melalui persatuan / pertubuhan masing-masing. Panggil mesyuarat atau menerusi mesyuarat Agung, seseorang cuma perlu bangun memberi cadangan supaya persatuan, contohnya membeli dan mendermakan al-Quran kepada mana-mana masjid.

Mudah-mudahan semua ahli-ahli yang bersetuju dengan cadangan itu akan turut mendapat pahala apabila dibaca oleh orang ramai.

Sebagaimana memilih (mengundi) kerajaan yang melaksanakan kebajikan dan mematuhi hukum Allah, para pengundinya in-sya-Allah akan dapat ganjarannya.


Selasa, 27 November 2018

AGAK LAMA TETAPI MASIH ADA

Ya, agak lama tidak mencoret di sini tetapi aku masih ada di sini, di dunia ini dengan rahmat dan keizinan Allah s.w.t.

Sesungguhnya kesibukan masa dan hari yang berlalu dengan pelbagai aktiviti. Aku bertanggungjawab sebagai penjawat awam, sebagai pimpinan NGO dan sebagai ketua keluarga, namun aku harus menempuhnya dengan kesanggupan yang aku berikan setakat ini.

Mungkin masanya akan tiba aku akan beralah dan berundur dari semua tanggungjawab ini. Aku rindukan jalan yang dilalui oleh orang yang tidak terikat dengan jawatan, tidak terikat dengan kerja sukarela. Aku ingin jadi orang yang mengikuti denai yang ditebas tebang oleh orang lain. Aku ingin lakukan sesuatu yang orang lain arahkan. Entah bila.

Namun aku harus selesaikan dahulu amanah sekarang. Biar semua selesai dan berjaya. Kemudian aku akan mula beransur-ansur turun ke bawah menjadi rakyat biasa......


dan mengabadikan diri.......





Isnin, 23 November 2015

ISTERI SOLEHAH




Ada kisah Ketika Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menghadapi permasalahan dengan istri-istrinya sampai beliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah Subhanahu wa Ta'ala menyatakan kepada Rasul-Nya Shallallahu 'alaihi wa sallam:
عَسَى رَبُّهُ إِنْ طَلَّقَكُنَّ أَنْ يُبْدِلَهُ أَزْوَاجًا خَيْرًا مِنْكُنَّ مُسْلِمَاتٍ مُؤْمِنَاتٍ قَانِتَاتٍ تآئِبَاتٍ عَابِدَاتٍ سآئِحَاتٍ ثَيِّبَاتٍ وَأَبْكَارًا
"Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan istri-istri yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat, taibat, 'abidat, saihat dari kalangan janda ataupun gadis." (At-Tahrim: 5)
Sifat yang mulia sebagaimana disebut dalam ayat di atas ialah:
a. Muslimat: wanita-wanita yang ikhlas (kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala), tunduk kepada perintah Allah ta'ala dan perintah Rasul-Nya.
b. Mukminat: wanita-wanita yang membenarkan perintah dan larangan Allah Subhanahu wa Ta'ala
c. Qanitat: wanita-wanita yang taat
d. Taibat: wanita-wanita yang selalu bertaubat dari dosa-dosa mereka, selalu kembali kepada perintah (perkara yang ditetapkan) Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam walaupun harus meninggalkan apa yang disenangi oleh hawa nafsu mereka.
e. 'Abidat: wanita-wanita yang banyak melakukan ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala (dengan mentauhidkannya karena semua yang dimaksud dengan ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam Al-Qur'an adalah tauhid, kata Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma).
f. Shoimat: wanita-wanita yang berpuasa. (Al-Jami' li Ahkamil Qur'an, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir, 8/132)

KESIMPULANNYA ISTERI YANG BAIK ADALAH:
Sentiasa Menjaga aurat
Sentiasa Menjaga pandangan mata
Sentiasa Menjaga maruah diri
Tidak berkata-kata dengan lelaki yang bukan muhrim kecuali perlu.
Tidak memberi sesuatu dari rumah kepada orang lain tanpa kebenaran suami
Tidak mengizinkan sesiapa masuk ke rumah tanpa izin suami
Tidak Keluar rumah tanpa suami
Tidak meninggikan suara kepada suami
Menjaga rahsia-rahsia suami terutama rahsia di tempat tidur.
Mendoakan kebaikan untuk suami
Tidak mengumpat dan menghina suami
Tidak mengungkit janji suami
Tidak mengungkit pemberian kepada suami
Menyukai dan menjaga kegemaran suami
Membenci dan menjauhi kebencian suami
Menjaga harta benda dan hak milik suami sebaik-baiknya.
Tidak meminta sesuatu di luar kemampuan suami.
Menampilkan keadaan yang menyenangkan dan menarik bila bersama suami
Selalu memohon maaf dari suami
Memberi kasih sayang sepenuhnya.
Bersyukur dan redha dengan pemberian serta kebaikan suami.
Tidak menyibukkan diri dengan ibadat sunat ketika suami ada di rumah kecuali diizinkan.

Semoga bermanfaat...