Jumaat, 5 April 2013

ACUAN KITA HASILKAN PEMIMPIN


Siapakah individu yang akan anda berikan undi pada PRU 13 ini??
Coretan ini sekadar melepaskan kegembiraan kerana mandat seterusnya diminta daripada rakyat. Walaupun Pilihanraya ibarat satu proses biasa sesebuah negara tetapi jika dihalusi ianya sebenarnya berkait rapat dengan kepribadian dan keimanan sesaorang.

Undi yang anda berikan kepada mana-mana pemimpin akan menentukan corak kerajaan yang akan terbentuk. Kerajaan yang terbentuk akan menjalankan pemerintahan mengikut acuan mereka. Acuan mereka akan menentukan apa yang akan diberikan kepada kita sepanjang lima tahun. Jika pemimpin yang kita pilih menjalankan projek maksiat, maka itulah yang akan kita dapat dan jika pemimpin itu menghapuskan projek maksiat  maka in sya Allah itulah yang kita tidak dapat. 

Jika kita tahu pemimpin yang kita hendak pilih itu akan menjalankan aktiviti yang merosakkan iman dan rakyatnya, maka hukumnya adalah jelas tidak boleh dan jika kita tahu pemimpin yang akan kita pilih akan menegakkan hukum-hukum Allah, sudah pasti kita akan mendapat keredhaan. Ini logiknya.

Sekarang kita renungkan siapa yang akan kita pilih.
    1 - Ada pemimpin yang cukup berkaliber menjalankan menjalankan pembangunan, memajukan negara, memberi kebajikan  dan menaiktaraf hidup rakyat dan dalam masa yang sama membuka pusat-pusat maksiat, menggalakkan program maksiat, dan sebagainya.
    2- Ada pemimpin berkaliber menjalankan menjalankan pembangunan, memajukan negara, memberi kebajikan  dan menaiktaraf hidup rakyat dan dalam masa yang sama menutup pusat maksiat, mencegah kemukaran, menggalakkan ajaran Islam, dan menjalankan perintah Allah sekadar yang termampu.

Jika kita berjiwa Islam, mustahil kita akan memilih pemimpin nombor satu. Kita akan dapat apa yang kita usahakan dan apa yang sealiran dengan kita. Contohnya jika kita tidak berminat dengan majlis keagamaan, tak mungkin kita akan berada dalam majlis ilmu. Kita lebih selesa berada di depan TV menonton artis-artis perempuan menyanyi dengan tidak menutup aurat. Kita lebih selesa berada dalam kelompok kita juga. Jika kita berjiwa Islam, pasti kita lebih berminat dengan apa yang berkaitan keagamaan. Orang yang ada iman tidak mungkin membenarkan anak dan isterinya tidak menutup aurat. Orang yang ada iman juga tidak akan memilih pemimpin diketahui akan meneruskan pusat maksiat.

Sebab itu memilih pemimpin berkait rapat dengan keimanan dan keperibadian kita. Bagaimana acuan kita, begitulah hasil pemimpin yang akan kita pilih.

Coretan ini hanya berbicara tentang ciri-ciri pemimpin sahaja, bukan dasar parti lagi.