Isnin, 26 Mac 2012

Bela hantu raya??

Aku sejak kecil tidak pernah percayakan hantu. Tidak mempercayai bomoh, tidak mempercayai ilmu pengasih, ilmu kebal, ilmu minyak mati dibunuh, toyol, pelesit dan segala macam hantu atau belaan alam ghaib. Bagi aku itu semua adalah karut dan syirik.

Tetapi bila ada yang mempunyai masalah yang tidak dapat diselesaikan, kemudian berikhtiar berjumpa bomoh, tetiba aku yang dituduh menjadi puncanya. Ini kerana kononnya aku menghantar hantu untuk mengacau keluargan mereka. Aku dikatakan membela hantu raya.

Mungkin kerana aku pernah mengajar seni silat kepada anak-anak muda pada tahun 90han dulu, aku dianggap mempunyai pelbagai ilmu. Pada hal, seni silat adalah pergerakan tubuh badan sahaja tanpa ada diselitkan dengan unsur karut marut kecuali membaca al-fatehah untuk membuka gelanggang.

Tuduhan ini kadangkala melucukan namun jika difikirkan lama-lama ianya satu yang menyakitkan dan cukup zalim. Aku yang tidak pernah terlintas di hatiku perkara-perkara ini akan kena atas kepalaku sendiri sesekali tidak akan memaafkan orang yang membuat tuduhan ini termasuk bomoh yang membuat tuduhan yang mempunyai unsur syirik, kufur dan kurafat.

Mengapa manusia suka mencari jalan penyelesaian dengan mempercayai bomoh?? Sedangkan Allah sentiasa membuka jalan iktiiar menerusi solat hajat, istikharah dan sebagainya. Berusahalah dengan sungguh-sungguh kemudian bertawakkal kepada Allah.

Aku mampu berdoa semoga orang yang membuat tuduhan itu termasuk bomohnya akan insaf dan kembali kepada ajaran Islam yang hakiki.