Jumaat, 26 Disember 2008

TERIMA KASIH SEHATI SEJIWA


Saya menerima satu e-mail dari sesaorang yang masih samar identiti. Tetapi saya tertarik kerana dia juga meminati lagu-Ahmad Jais. Dan lirik lagu yang dikirimkan itu benar-benar menepati apa yang dirasai dalam hati saya... Justeru, saya siarkan lirik lagu itu untuk kenangan saya dalam blog ini. Selamat menyanyi dalam hati.... Err..bawah sekali saya siarkan puisi dari penghantar e-mail lirik lagu ini....Puisinya juga mengesankan-

MENANTI DI AMBANG SYURGA - A. JAIS.

Duhai kasih pujaan kekanda
dengar ku mengeluhkan rindu
merayu setiapnya waktu sayang
padamu duhai kekasihku

Tapi sungguh malangnya nasibku
hajatku kini telah terganggu
iri hati rasanya diriku sayang
tinggallah ku melamun rindu.

Tapi ku kan tetap bersabar
namun hatiku takkan berduka
walau kini jiwaku terkorban
pada tuhan saja kuserahkan

Namunku tak kan putus asa
duhai kasih pujaan kekanda
didunia kita tak berjumpa sayang
ku menanti diambang syurga.

NAK DARA RINDU.

Hamba merindu kekasih
taman hati sunyilah kurasa
amboi begini rasanya
jika rindu menggoda dikalbu

begini rasanya merindu
orang jauh selalu terkenang
siang menjadi kenangan
jika malam menjadi impian.

Hatiku tak tahan menderita
rindu setiap hari
oh bulan dan bintang
sinarilah hatiku yang rindu

Wahai awan di angkasa
sampailah rindu kasih sayangku
wahai angin yang mendayu
sampaikanlah rindu asmaraku.

MUNGKIN BERSAMA.

ingin kunyanyikan lagu nan gembira
ingin kuceritakan senandung asmara
tapi hatiku selalu berduka
kerna diri kecewa

Harap kuharapkan kasihmu padaku
harap kuharapkan kan kekal selalu
Namun begitu tak mungkin menjelma
tapi ku kenang jua.

Di malam terkenang wajahmu terbayang
air mata berlinang
kurenung di bulan kuseru namamu
kerna kutak tahan merindu selalu

Bilakah derita kan ganti bahgia
hati duka lara kan sembuh semula
dapat bersama memadu asmara
kekal selama-lama.


MABUK KEPAYANG.

Bukan hati tak kasih sayang
bukan hati tak rindu dendam
sayang si manis tak berteman
jalan seorang

Ingin kutanya siapa nama
tapi di manakah rumahnya
mungkin dia ada yang punya
aduh manisnya

Tak tahan ku senyumannya
menyusup ke dalam jiwa
bukan hati tak kasih sayang
bukan hati tak rindu dendam
jumpa si manis hati berkenan
mabuk kepayang.

BERPISAH JAUH.
Sedih nun merindu
terbayang di saat berpisah
hujan yang turun menyinari alam
seakan samalah berduka

Hidupmu berlalu
menuju ke pulau cita-cita
tinggallah hanya aku yang berharap
dibayangan impinan saja

oh oh oh alangkah pilu rasa hati
kiniku sunyi tak berteman lagi sayang
bandingmu sukar diganti
payah dicari

harapan kupinta
gembiralah engkau di sana
dipangkuan kasih ibunda sayang
padaku kau lupakan jangan

***********<><>**************
Ini pula puisi beliau:

DI SUDUT MALAM YANG BERPAGAR KITA BERTEMU

Mengapa
di sudut malam yang berpagar
kita dipertemukan?
demikian pada senja yang berasingan.

Telah ku sentuh hatimu
dengan naluri hakiki
baru ku mengerti
ada sendu yang belum terungkai.

Malam yang memagari kita
bilakah kan terlerai
biarpun ku tahu
antara kita entahkan bersatu...

***************************
Terima kasih berbanyak kerana ini....

Rabu, 10 Disember 2008

Ilmu Pengasih


Ilmu Pengasih! Saya rasa ramai yang tahu apa itu ilmu pengasih. Saya tidak mahu membincangkan definisi ilmu pengasih dalam bicara ini. Cuma saya ingin berkongsi pengalaman tentangnya.

Dulu, sebelum berkeluarga, saya sangat gemar mencari ilmu pengasih. Maklumlah rupa tiada, harta pun kurang, jadi, kononnya dengan ilmu pengasih dapatlah kita memikat dara pujaan. Setiap kali jumpa orang tua, saya pasti berbisik meminta diajarkan ilmu pengasih. Macam-macam ayat yang diajarkan oleh beberapa orang tua. Ada menggunakan ayat al-Quran sepenuhnya. Ada ayat al-Quran dicampurkan dengan jampi serapah. Ada jampi serapah sepenuhnya dan ada juga dalam bentuk pantun bahkan ada dalam bahasa daerah atau Jawa.(Cuma bahasa omputeh je tak pernah diajarkan...)

Cara menggunakan ilmu pengasih juga berbeza. Ada dibaca ketika bertentang mata, ada ketika lalu depan rumah, ada ketika hendak tidur sambil tepuk bantal, ada dibaca sambil menghembuskan asap rokok, ada dibaca pada sireh, ada dibaca ketika menghadap cermin, memakai baju, ketika mandi dan ada dibaca pada bunga, pada air, pada beras, nasi dan sebagainya. Pada masa itu saya tidak terfikir tentang syirik atau khurafat. Maklumlah tengah 'rock'.

Pada awalnya saya merasakan setiap ayat yang saya amalkan memberi kesan yang hebat. (Tak perlulah saya ceritakan kesannya di dalam blog terbuka ini). Saya yakin dan percaya sepenuhnya. Tetapi selepas beberapa bulan, saya rasakan ilmu yang saya amalkan mula hilang 'power'nya kerana orang yang saya rasa hendakkan saya tidak menampakkan ciri-ciri dia hendakkan saya lagi. Lalu saya amalkan ilmu yang lain pula.... Namun begitulah berulang jadi seterusnya.....

Kemudian, setelah saya semakin dewasa dan dikira matang, saya mula memikirkan dan mengkaji sendirian ilmu-ilmu yang saya pelajari yang mana saya tulis dalam sebuah buku kecil. Pada hemat saya, semua ayat-ayat jampi (kecuali ayat al-Quran) itu, saya sendiri pun boleh mereka cipta ayat pengasih.

Tengok contoh jampi ini yang saya perolehi dari seorang bidan kampung:- Hey cahaya kersani, mu hias muka aku untuk (si anu). Kalau (si anu) tengok muka aku seperti anak jembor ibu dengan berkat kata Lailahailallah...(Jembor tu dalam bahasa Kelantan maknanya terkam).

Pada zaman dahulu mungkin ayat jampi ini sangat mujarab. Saya tidak tahu sejauh mana mujarabnya tetapi bidan itu menceritakan seorang wanita pada suatu ketika sebelum Jepun membaca ayat ini untuk lelaki idamannya. Betapa kuatnya jampi itu yang dibaca waktu siang hari, pada malamnya lelaki itu datang dengan segalas pakaian merayu di tangga rumah wanita itu untuk tinggal bersama (kahwin) dengannya.Entahlah, sukar untuk percaya pada zaman moden ini.

Begitulah beberapa catatan tentang ilmu pengasih untuk kali ini.... Pada lain kali saya akan bicara sambungannya.....

*AMARAN: DILARANG MENGAMALKAN JAMPI YANG DIJADIKAN CONTOH DALAM BICARA INI. PENULIS TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB JIKA TERJADI SEBARANG PERKARA BIDAAH, SYIRIK, KHURAFAT DAN SEBAGAINYA TERHADAP PENGAMAL HARAM.

Khamis, 4 Disember 2008

SIKAP MEMINTA-MINTA


Bukan hendak menuduh atau merendah-rendah OKU (kerana saya juga OKU)tetapi hakikatnya begitulah.....Ramai OKU yang saya temui suka mengharapkan bantuan atau ehsan masyarakat. Kalau dengan kerajaan mereka ini cukup 'manja'. Apa saja peluang bantuan akan mereka selidik dan pohon. Sehinggakan duit zakat pun hendak disapunya. Ya, sebut duit zakat, ramai OKU merasakan golongan OKU layak menerima zakat sedang OKU tidak termasuk dalam asnaf lapan yang layak.
Sikap meminta-minta seolah-olah sudah jadi sinonim dengan OKU. Sehinggakan ada sesetengah OKU, mereka sebenarnya sudah berada tetapi terus-terusan mengaku miskin dan fakir semata-mata untuk mendapat bantuan. Sikap suka dibantu inilah menjadikan OKU dipandang rendah oleh masyarakat. Kecacatan bukan tiket untuk mendapatkan simpati tetapi satu anugerah Ilahi untuk kita bersyukur.....(panjang cerita ni...)
Sebenarnya sindrom mengaku miskin untuk bantuan bukan sahaja berlaku dalam dunia OKU sahaja. Ada kalangan masyarakat kita apabila ditanya jumlah pendapatan (terutama yang kerja sendiri) dengan selamba menjawab RM300 sebulan. Apabila isi borang permohonan bantuan buku teks sekolah anak atau apa-apa saja permohonan, jumlah pendapatan sebulan cukup rendah. RM300? Bayangkan jika ada anak 5 orang. Apakah logik sesaorang yang berpendapatan RM300 sebulan sekarang ini? Sedangkan dia ada motorsikal, ada TV, ada peti sejuk, dan sesetengah ada kereta. Yang menjadi persoalan ialah, orang yang mengesahkan pendapatan tersebut tanpa banyak soal terus tandatangan dan cop.
Jika diukur daripada penyata pendapatan dalam borang-borang, memang cukup ramai orang miskin,....miskin maruah sebenarnya....sehinggakan ada yang sebenar layak terlepas peluang bantuan.....
Tepuk dada tanyalah hati....