Ahad, 30 November 2008

Celoteh Ego

Biasanya manusia (mengingatkan saya juga) sering merasakan dia saja yag betul. Tidak mengaku silap iaitu ego walaupun dalam hatinya terdetik rasa silap. Lebih-lebih lagi jika dirinya seorang berkedudukan. Bapa dalam keluarga mungkin jarang yang mahu mengakui kesilapan terutama depan anak-anak atau isteri. Sikap ego ini sebenarnya boleh menjadikan sesaorang itu sukar untuk diajak berbincang dalam sesuatu masalah.
Bagi dirinya semua yang dilakukan ada alasan sebab musabab yang muncul tiba-tiba sahaja untuk dijawab. Walaupun sesuatu perbuatan atau percakapannya salah tetapi jika dilakukan berulang-ulang akan menjadi biasa. Namun begitu, jika orang lain yang melakukan kesilapan itu walaupun kecil, dia akan mengutuk sekutuk-kutuknya seakan besarnya kesalahan itu..... Pada hal kesalahan itu dia sudah amalkan bertahun-tahun....
<><>
Saya teringat satu ungkapan dalam sebuah filem animasi yang membawa makna lebih kurang begini " kita merasa kita saja yang betul tetapi jika kita turut jejak orang lain, kita akan temui sesuatu yang kita tidak ketahui sebelumnya..."
<><>
Ada orang kata lelaki lebih ego dari perempuan. Bagi saya sikap ego sama sahaja. Kalau ada berlebihan pada perempuan.... sesaorang lelaki yang terasa dengan keegoan seorang perempuan saya rasa lelaki jika tidak kuat imannya akan sanggup mencari peluang me***** perempuan yang ego tadi sebagai tanda panasnya hati.....
<><>
Cuba kalau lelaki yang ego.... Perempuan yang terkena tempiasnya... sekadar mampu menangis saja.... Atau yang sama-sama ego...siaplah lelaki!
<><>
Lelaki lainlah... kalau saya....mmmm....

Ahad, 23 November 2008

Jom Kita saling mengingati

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghozali bertanya, 1 - Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )2 - Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yangpaling jauh dari diri kita di dunia ini?" Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.3 - Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?" Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam ."Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A’araaf 179 )Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .4 - Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?" Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah""Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan."( Surah Al Ahzaab 72 )Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.5 - Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam didunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Selasa, 18 November 2008

Siapa ambo















""""
Mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, adapun orang-orang yang beriman sangat mencintai Allah.

***************
*****************
***************

* Berfikiran jauh & berwawasan.* Mudah ditawan kerana sikap baik.* Berperangai lemah lembut.* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.* Idea yang terlalu banyak di kepala.* Bersikap sensitif.* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.* Bersikap suka menangguh-nangguh.* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.* Cepat marah & cepat sejuk.* Suka bercakap & berdebat.* Suka buat lawak & bergurau.* Otaknya cerdas berangan-angan.* Mudah berkawan & pandai berkawan.* orang yang sangat tertib.* Pandai mempamerkan sikap.* Mudah kecil hati.* Mudah kena selsema.* Suka berkemas.* Cepat rasa bosan.* Sikap terlalu memilih & cerewet.* Kurang mempamerkan perasaan.* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.* Suka pada barang yang berjenama.* Mudah menjadi eksekutif.* Kedegilan yang tidak terkawal.* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

****************
******************
****************
Baca boleh, percaya jangan taksub.....
Ini hanyalah suatu andaian dari sebuah ramalan dalam satu laman web..... Yang lahir bulan Jun!
Nak tahu andaian yang lahir bulan lain?

Hubungi saya atau cari sendiri laman tersebut....

Ahad, 2 November 2008

SIKAP DAN NALURI OKU - Suatu penafsiran peribadi

Tidak ada siapa di dalam dunia ini mahukan kekurangan pada dirinya. Namun begitu tidak seorang pun yang sempurna seratus peratus. Mahu tidak mahu setiap orang mesti akur dengan pemberian Allah s.w.t.
Orang Kurang Upaya (OKU) telah ditakdirkan mempunyai kekurangan. Ada yang menerima qada tuhan sejak lahir dan ada juga menerima takdir menerusi kemalangan atau penyakit setelah menjalani manusia normal seketika. Justeru itu ramai antara mereka merasa kecewa dan kadang-kadang menyalahkan takdir di atas nasib yang menimpa.
Hanya satu yang dapat mengubati perasaan itu iaitu dengan mengambil iktibar pada setiap kejadian Pencipta. Mungkin jika kita tidak cacat, kita akan menjadi orang yang menyimpang daripada jalan kebaikan. Bersyukur dengan setiap pemberian Allah s.w.t. adalah sebaik-baik tindakan.
Sebagai OKU, sikap dan naluri mestilah positif dalam menilai orang ramai dan diri sendiri. Lumrahnya OKU sering merasa rendah diri atau hina kerana keadaannya yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan. Sebenarnya kita sendiri yang menghinakan diri kita kerana menjadikan kecacatan sumber menagih simpati, bergantung seratus peratus kepada orang dan alasan untuk tidak perlu berusaha. Mungkin peluang kita agak terbatas tetapi pihak-pihak tertentu terutamanya kerajaan boleh membuatkan kita berjaya, asalkan kita beriltizam. Bak kata pepatah, hendak serbu daya, tak hendak seribu daleh.
Namun begitu ada yang menjadi ego apabila mendapat sedikit kelebihan. Mungkin perasaan ini hadir kerana mereka merasakan sedikit kebolehan itu adalah sesuatu yang tidak ternilai harganya kerana merasakan dirinya yang cacat pun boleh melakukannya, apatah lagi jika sesetengah orang normal pun tidak boleh melakukannya.
Sebagai contoh, apabila OKU dapat menggunakan komputer mereka merasakan begitu hebat. Apatah lagi jika ada orang normal yang memuji, mereka merasa begitu megah dan berbangga. Sikap begini bukan saja merosakkan persahabatan apabila memandang remeh kepada orang lain tetapi juga memusnahkan jiwa kita terhadap Tuhan yang amat keras larangannya kepada orang-orang yang bersikap riak dan takbur.
Selain daripada itu, OKU juga jarang ingin mencuba perkara yang baru. Sepatutnya sikap ingin mencuba perlu ditanam dalam setiap warga OKU agar merka tidak ketinggalan dalam arus dunia tanpa sempadan ini. Jangan anggap kecacatan sebagai penghalang kerana setiap yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. ada hikmah dan keistimewaannya.
Pendek kata, OKU mesti menjalani kehidupan ini seperti orang normal juga. Jangan malu untuk membuat ketrampilan diri kerana jika ada yang memandang hina kepada OKU, ianya bukanlah perkara pelik. Adat manusia memang begitu. Bukan saja orang normal, sesama cacat juga turut menghina sesama mereka. Jadi kenapa harus terasa jika ada orang normal berbuat demikian? Pokoknya, sesiapa yang lakukan, tanggunglah kesannya. Kita yang menerima harus berdoa agar mereka insaf dan sedar.
Seperkara yang penting bagi OKU, jangan anggap kecacatan yang ada pada diri ini adalah penghalang segala-galanya sehingga tanggungjawab kepada Tuhan juga turut dirangkum bersama. Sedangkan pesakit kronik pun diwajibkan bersolat walaupun dengan cara isyarat, inikan pula kita OKU yang lebih berpeluang mengerjakannya?
Jadi, fikir-fikirlah. Kekurangan fizikal bukan satu sijil perlepasan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Ilahi seperti solat, puasa dan sebagainya.
Untuk seketika, bacalah apa yang tersurat di dalam rencana ini sambil merenung apa yang tersirat di sebaliknya............. Alang Tamalika.....

Catatan suatu ketika di sebuah memori...

/ “Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.”
\ “Batu pun untung walaupun tenggelam?”
/ “Orang ke laut memasang pukat, guna batu atau timah untuk
menenggelamkan pukat, baru dapat ikan, itulah untung.”
\ “Macamana saya nak buat sajak berkenaan laut?”
/ “Kenapa tak buat sajak berkenaan Pantai Teluk Ketapang?”
\ “Bagus cadangan itu, bagaimana saya nak mulakan?”
/ “Awak orang Kelantan datang ke Teluk ketapang kerana bertemu
jodoh, banyak idea tu.”
\ “InsyaAllah saya akan cuba, terima kasih, Pak Aziz.”

Tiada siapa yang tahu dengan siapa aku bercakap tentang hal ini. Kalau aku bagitahu pun, kalau orang minta bukti, pasti aku tidak boleh berikan. Lainlah kalau talipon yang aku gunakan boleh bagitahu bahawa percakapan itu adalah antara aku dan J.M Aziz.

Aku tidak pernah kenal rapat dengan penyair kurang sempurna fizikal (KSF) ini. Namun aku sering mengikuti perkembangannya. Ketika aku mula hadir ke Teluk Ketapang kerana bertemu jodoh di sini, aku bercita-cita hendak bertemu dengannya. Melalui isteriku, aku menaliponnya. Ternyata Pak Aziz seorang yang cukup peramah. Dia tidak loket ilmu. Apa saja yang aku tanya, dia pasti jawab dengan senang hati. Dia beberapa kali menyuruh aku datang ke rumah puisinya tetapi aku tidak punya masa yang terluang walaupun jaraknya Kampung Teluk Ketapang dan Kampung Baru Seberang Takir hanyalah tiga kilometer.

Mungkin tidak ada jodoh pertemuan, maka perkenalan kami cuma menerusi corong talipon. Apa yang menjadi kenanganku, sepanjang berkenalan dengannya, ada beberapa sajak yang berjaya kunukilkan dan tersiar di beberapa dada media massa.

Ada satu yang cukup mengecewakanku, pada suatu hari dia datang dengan sesaorang menjemput aku di rumah mentua di Teluk Ketapang. Sayangnya aku tidak ada kerana balik ke Kelantan. Dua hari selepas itu, aku menaliponnya, dia katakan datang mengajak aku ke Besut kerana ada satu program berkaitan puisi. Sungguh-sungguh aku terkilan dengan hal ini.

Sehingga pemergiannya menemui Ilahi, aku cuma kenal Pak Aziz melalui suara. Namun aku berbangga kerana pernah menjadi kawan dan murid kepada seorang penyair yang cukup besar semangatnya walaupun kurang sempurna fizikal. Aku tidak pernah gunakan perkataan insan kurang upaya kerana orang sepertinya adalah seorang yang berupaya. bahkan, mana-mana mereka yang cacat, tidak kiralah cacat anggota, penglihatan, pendengaran dan sebagainya, jikalau mereka mampu berdikari dan berjuang dalam hidup ini, mereka tidak wajar dikategorikan orang kurang upaya atau OKU, sebaliknya mereka cuma kurang sempurna fizikal atau KSF. Yang layak bergelar OKU ialah pesakit yang tidak mampu berbuat apa-apa. Sedangkan mereka yang cacat bukan tidak mampu, malah kadang-kadang lebih hebat daripada yang normal.

Perkataan cacat bukanlah sesuatu yang hina. Perkataan ini memberi makna yang tepat. Tidak ada apa yang perlu dimalukan dengan perkataan itu. Perkataan ini langsung tidak memberi impilikasi yang buruk jika insan-insan KSF tadi berada dalam golongan mereka.
Aku ada seorang kenalan. Namanya Z. Bila aku pelawa dia masuk Persatuan Insani dia menolak terang-terang.

“Mengapa tidak mahu bersatu dalam persatuan, orang macam awak yang berkelulusan tinggi, patut ada dalam persatuan demi memantapkan persatuan,” aku memujuk sambil menabur sedikit pujian.
“Sebenarnya, biarlah saya berterus terang, saya sejak dari kecil tidak pernah bergaul dengan orang cacat, jadi saya rasa tak bolehlah nak bergaul sekarang.”

Terkedu aku mendengarnya. Di sudut hatiku menukilkan kata, ada juga orang cacat yang tidak mahu mengaku cacat.
Aku tanya R, kawan yang kenal rapat dengan Z.
“Dia cacat sikit aje, tapi tetap dikategorikan cacat oleh JKM.” Kata R hampa kerana dia memang berharap Z menganggotai persatuan yang diterajuinya itu.

Aku tidak tahu, mengapa ada insan cacat berfikiran seperti itu. Barangkali dia masih tidak mahu menerima realiti bahawa dia cacat. Memang aku tahu, Z berkawan dengan orang-orang sempurna sahaja. Dia sentiasa menganggapnya sempurna walaupun zahirnya cacat. Biarlah dia dengan dunianya. Aku rasa dia tidak mahu menyertai persatuan kerana tidak mahu menonjolkan kecacatannya. Kalau selama ini orang tidak ramai yang tahu dia cacat, jadi dia takut bila dia sertai persatuan orang cacat akan terserlah kecacatannya di mata masyarakat.
Tentu ada yang akan bertutur, “ Masya Allah, rupanya si Z tu cacat rupanya..”

Agaknya itulah yang dia takut-takutkan.

Masalah hendak menyertai persatuan inipun cukup menghairankan aku. Ada seorang gadis bernama Ila. Dia cacat anggota. Bila aku pelawa dia menjadi ahli persatuan, dia tanya aku, “apa faedahnya kalau saya masuk persatuan ini?”
“Banyak faedahnya, contohnya suara kita akan menjadi kuat, kita akan berusaha berdikari dan memajukan diri menerusi persatuan,” kataku memujuk terus.
“Kalau saya masuk persatuan ini, bolehkan persatuan tolong bayar hutang saya?”

Hendak tergelak pun ada, hendak marah pun ada. Aku fikir Ila memang tidak berminat hendak menyertai persatuan ini. Buktinya, bila aku hantarkan borang keahlian kepadanya, dia peram sahaja borang itu sampai sekarang. Malas aku hendak hubunginya lagi.

Aku rasa orang cacat tidak ramai seperti Pak Aziz. Walaupun dia lebih ramai kawan insan normal, dia tidak pernah tidak mengaku dirinya cacat. Kecacatannya pula tidak dijadikan sandaran untuk meraih simpati atau menjadi halangan kepadanya untuk berkarya.

Aku pun mesti jadi macam Pak Aziz – Si Penyu Menangis Siapa Yang Tahu.

SENIKATA DAN LIRIK MENYENTUH KALBU HAMBA

Artist : Ahmad Jais Title : Lima Tahun Ku Cari
Lama ku cari
Lima tahun jadi kelana
Tak putus asa
Walaupun merana jua
Satu ketika
Dewi asmara akan menjelma
Hasrat tak sia-sia
Biar ku tetap mengalah
( korus ) Nuraini dewi
Dikau beri harapan ku kini
Nuraini sayang
Kau berikan cinta abadi
Puspita hati
Kau umpama bintang nan cemerlang
Lima tahun ku cari
Kini hati tak bimbang

Artist : Ahmad Jais Title : Bunga Kupuja Dipetik Orang
Ingin memetik bunga yang kembang
Untuk hiasan dalam jambangan
Apakah daya nasibku malang
Bungaku puja dipetik orang
Namunku takkan putus asa
Banyak mekar di dalam taman
Walau seribu tahun tak apa
Asalkan kembang jadi idaman
Sungguh kasihan
Bunga bermadu
Ditinggalkan kumbang
Sesudah layu
Apakah ini suratan
Dirimu sayang
Setelah layu
Tiada yang mahu
Dari itu ingatlah bunga
Jaga diri jagalah nama
Agar kamu tak dipersia
Oleh sang kumbang yang durjana

Artist : Ahmad Jais Title : Gelisah
Gelisah
Gelisah menanti dinda
Di ambang bahgia
Mungkinkah khabaran cinta
Akan menjelma
Rindu hati ku tiada terkira
Atau impian yang menggoda
Gelisah inikah dia
Getarannya jiwa
Bergema menyiksa dada
Aku derita
Mungkinkah kita dapat bersua
Menjalinkan kasih mesra
Dialam nyata

Artist : Ahmad Jais Title : Juita Ku Sayang
Wahai juita ku indah rupawan
Juita ku sayang
Termimpi-mimpi wajah menawan
Ibaratnya sinar nan gemerlapan
Menuju kalbu ke kalbu idaman
Menuju kalbu ke kalbu idaman
Oh kekasih ku teruna satria
Sayang di sayang
Terpaut aku kerana jasa
Kerana budi lahir asmara
Sebagai embun menimpa bunga
Sebagai embun menimpa bunga
Kalau juita telah sedia
Asmara berpadu kasih
Tiada masa menentukannya
Tiada manusia tahu
Oh asmara ku wahai juita ku
Sayang di sayang
Semoga kita kekal abadi
Hidup bahgia untuk keluhuranmu
Ku puja-puja dengannya semadi
Ku puja-puja dengannya semadi

Artist : Ahmad Jais Title : Budi Setahun Segunung Intan
Jangan cik adik lah sayang
Rindukan bulan
Bulanlah tinggi cik adik
Jauh di awan
Orang jauh jangan rindu
Orang yang dekat dengarkan teman
Teman dicari cik adik
Bergurau senda
Tidur sebantal cik adik
Sanggul berbunga
Kasih sayang hamba sembah
Sirih dikapur tanda mesra
Sirih sekapurlah abang
Berseri muka
Bunga setangkai cik abang
Penyambut kata
Kalau tuan sayang hamba
Tidaklah padi berusang hamba
Takkan berusanglah abang
Padi diladang
Takkan terbang hai abang
Pipit di ladang
Kekasih rindu dikenang Budi setahun segunung intan

Artist : Ahmad Jais Title : Lembaran Terakhir
Bisikan keluhan hasrat hati
Diakhir jambangan kisah sedih
Katakan padanya aku pergi
Membawa derita sendiri
Rayuan suara hati hamba
Mengiring sesalan tak terhingga
Meratap menangis tiada guna
Yang lalu tak usah ditanya
Ku pergi dengan harapan
Cari teman seiring jalan
Ku nanti saat gemilang
Bila tercapai tujuan
Lembaran terakhir ku berikan
Tandanya berpisah dua insan
Tiada kandungan kata mesra
Hanya bingkisan kelana

Artist : Ahmad Jais Title : Kucupan Azimat
Terimalah ucapan berbisa
Selamat tinggal kasihku
Kanda 'kan pergi kemedan berjuang
Kerana bangsa dan nusa
Terima airmata kenangan
Tanda cinta dan ingatan
Pergi kerana seruan negara
Mempertahankan Malaysia
( korus ) Malam perpisahan ini mungkin terakhir
Maaf segala batin zahir
Izinkanlah kanda menyentuhi bibirmu
Kucupan azimat bagiku
Selamat tinggal wahai kasihku
Doakan lah kanda pergi
Sentiasa berbakti sampai kembali
Kepada kasih bersama

Artist : Ahmad Jais Title : Harapan Kecewa
Beri sekedar harapan jiwa
Untukku yang mengharapkan
Mengharap belas kasih dan sayang
Pengisi jiwa yang hampa
Jiwaku kini terasa sunyi
Sejak sekilas kujumpa
Tak mungkin hilang masih berkesan
Seraut wajah menawan
( korus ) Betapa terasa kecewa
Sampai tiada khabar berita
Sampai hatimu kau kiranya
Membiarkan hatiku luka
Lukaku kini bertambah parah
Sampai kini masih berdarah
Berilah sekedar harapan
Jiwaku kini terasa sunyi
Sejak sekilas kujumpa
Tak mungkin hilang masih berkesan
Seraut wajah menawan

Artist : Ahmad Jais Title : Lembaran Terakhir
Bisikan keluhan hasrat hati
Di akhir jambangan kisah sedih
Katakan padanya aku pergi
Membawa derita sendiri
Rayuan suara hati hamba
Mengiring sesalan tak terhingga
Meratap menangis tiada guna
Yang lalu tak usah ditanya
Ku pergi dengan harapan
Cari teman seiring jalan
Ku nanti saat gemilang
Bila tercapai tujuan
Lembaran terakhir ku berikan
Tandanya berpisah dua insan
Tiada kandungan kata mesra
Hanya bingkisan kelana
<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>